Assalamualaikum
hye semua !
Salam Ramadhan ! Ahamdulillah, hari ni dah masuk 2 ramadhan dan hari ni juga Syira exam. So far alhamdulillah semua oke and ada lagi 4 paper. 7 subjek untuk semester empat ni. Exam sambil berpuasa la kali ni..hehe..Cepat je masa berlalu and semester 4 bakal berakhir. Bulan Ramadhan kali ni dapat jemputan ke Majlis berbuka puasa dan beramah mesra bersama penulis best seller. Tapi atas beberapa kekangan, Syira tak dapat sertai sebagai penulis jemputan :(
sedih...teringin nak join.. mungkin akan ada rezeki lain nanti kan.. Dah masuk dalam list penulis pun cukup seronok dah :D ni semua hasil sokongan pembaca buku pertama Syira iaitu #serenitysyiralokman. Syira takkan capai semua ni tanpa koranggg..
^_^ alhamdulillah..rezeki Allah banyak sangat kalau kita hargai kan ? banyak sangat hikmah Allah tunjuk lepas setiap ujian yang Allah bagi...yang penting kita kena yakin dengan Allah dan sabar. :)
^_^ alhamdulillah..rezeki Allah banyak sangat kalau kita hargai kan ? banyak sangat hikmah Allah tunjuk lepas setiap ujian yang Allah bagi...yang penting kita kena yakin dengan Allah dan sabar. :)
Sedih tak dapat join tapi mood kena kawal.. nak exam kan..hehehe..
semoga dipermudahkan segalanya. All the best juga buat semua yang menghadapi peperiksaan and selamat berpuasa ! ^_^ tunggu Syira cuti baru Syira rajin tulis entry panjang-panjang :D
Ramai sibuk kumpul pahala kan, ni Syira share 10 tips kumpul pahala selain amalan dalam gambar di atas, Syira nak share tips yang boleh kita sama-sama amalkan bukan hanya di bulan Ramadhan ni tapi setiap masa :)
- Sentiasa doakan kebaikan orang lain dan bantu orang tanpa mengira bangsa.
- Dahulukan Allah dalam setiap perkara.
- Hormati orang lain, tak kira tua muda atau bangsa apa sekali pun.
- Apabila kita melihat keburukan orang lain, cepat-cepat imbas kembali keburukan kita agar kita tak mudah mengata.
- Kawal emosi sebaiknya, sabar dan bersangka baik.
- Berusaha dan jangan suka menangguh kerja.
- Semua orang melakukan kesilapan dan pernah melampaui batas, namun sebesar mana pun kesilapan itu, pintu taubat sentiasa dibuka, ruang keinsafan sentiasa ada.
- Harta dunia adalah ujian,tidak kekal untuk kita selamanya.
- Belajar dari Islam bukan orang Islam..kerana Islam itu sempurna tetapi orang Islam tidak sempurna.
- Berpegang kepada kata-kata ini "Allah dah tutup elok aib kita, kenapa kita nak buka aib orang?"
Jika kita melakukan sesuatu itu kerana terpaksa, mana mungkin wujud ikhlas didalamnya. Tetapi jika kita meredhakan keterpaksaan itu kerana kebaikannya. Yang keruh akan jadi jernih. Ikhlas-Nya akan nampak dengan sendiri.
Jom sama-sama doa semoga rezeki #serenitysyiralokman dan @butterflysyiralokman bertambah di bulan Ramadhan :)
-> http://tinyurl.com/OrderBukuKomrad
-> WhatsApp 016 209 3151
Semoga rezeki kita semua diberkati dan mendapat redha Allah ^_^
Terima kasih atas perkongsian.. semoga kita sama-sama amalkannya.. InshaAllah
ReplyDeletesuka yang last tuu. "Allah dah tutup elok aib kita, kenapa kita nak buka aib orang?"
ReplyDeletekadang2 kita buat tanpa sedar pun T_T
hanisamanina.com
salam syira nice sharing thanks! :)salam ramadhan too
ReplyDeletegood reminder for those yang selalu lupa. selamat berpuasa syira
ReplyDeleteFai doakan rezeki syiralokman bertambah di bulan Ramadhan ini.. doakan juga rezeki Fai dengan bisnes Shaklee bertambah berlipat kali ganda dari bulan sebelum ni.. (>___<)
ReplyDeletethank share ni kak syira! :D <3
ReplyDeleteRamadhan Kareem. Semoga ibadah kita semua diterima Allah.
ReplyDeletenice tips.. terima kasih
ReplyDeletejemput join GA http://www.nurinaizzati.com/2016/06/madinah-and-vietnam-souvenirs-giveaway.html
perkongsian yang baik..
ReplyDeletesalam ramadhan...
kaissi.my