Friday, June 17, 2016

SYIRA LOKMAN DAN BUKU SERENITY DALAM BERITA HARIAN.

Assalamualaikum
hye semua :)


SYIRA LOKMAN DAN BUKU SERENITY DALAM BERITA HARIAN 16/6/2016 ^_^
[Pelajar Hasilkan Buku Motivasi Berkaitan Remaja]


Terima kasih team Berita Harian.
Terima kasih Kak Farhana dan photographer.
Terima kasih semua !!


Alhamdulillah untuk artikel ni, sentiasa ada insan mulia yang beri peluang untuk Syira. Rezeki Allah luas sangat. Ini bukan pertama kali kisah Syira dicoret dalam Berita Harian. Kadang-kadang bila dapat emel or mesej untuk apa-apa interview or job, mesti Syira tertanya-tanya "macam mana dia tahu pasal Syira?". 
Sedangkan ramai lagi yang hebat di luar sana.
Rupanya ada yang bagi cadangan kepadanya supaya pilih Syira Lokman. Baiknyaaa orang yang bagi nama Syira tu. :) Semoga murah rezeki mereka !

Salah satu perkara yang membahagiakan bila pembaca serenity tag gambar, PM Syira and cakap thank you untuk setiap apa yang Syira tulis. Ia membantu, its inspiring ^_^ and kata-kata tu buat Syira rasa yang Syira patut teruskan. Walaupun 1 buku yang simple, tapi berjaya memotivasikan orang lain and permudahkan urusan orang lain..itu la nikmat !
Syira nak orang yang rasa hidupnya tidak sempurna, melihat semula hikmah yang tersedia. Syira nak apa yang Syira kongsikan memberi manfaat pada orang lain. Sebab itu masih kekal lagi blog Syira Lokman ini dan terhasilnya buku pertama Syira iaitu Serenity. Syira tulis untuk semua :) 

korang boleh search #serenitysyiralokman di facebook dan instagram untuk lihat lebih banyak review ! apa pun,yang dah beli tu jangan lupa gunakan #serenitysyiralokman ^_^ nanti share yee pendapat korang pasal buku ni..support my 1st book !!! ^_^ doakan !

Order online:

-> WhatsApp 016 209 3151

Cara mendapatkan SERENITY :
  1. Syira Lokman (fb) (bertandatangan-limited)
  2. Komradbuku
  3. Butik Zmar Apparel Shoppe, Alam Avenue, Shah Alam.
  4. Bookcafe.com
  5. Buku Halal
  6. Ejen-ejen komrad
  7. Mph bookstore
  8. Popular bookstore
  9. Kinokuniya
  10. Kedai-kedai buku berhampiran anda.
  11. Online seller

Syira tahu, kita tak mampu menjadi sempurna seperti yang kita idamkan tetapi andai apa yang kita usaha mampu menyempurnakan hidup manusia lain, itu lebih dari indah :D 
Do something for others and manfaatnya ialah doa mereka mampu memberi kejayaan buat kita. 
Terima kasih semua yang mendoakan.. semoga semua murah rezeki ^_^
Syira sampai ke tahap ini pun disebabkan korang !
tak mudah sebenarnya tapi Syira yakin ...
Akan ada jalan buat mereka yang berusaha .
Akan ada rezeki buat mereka yang bersungguh sungguh ingin mendapatkannya dan
Akan ada kejayaan buat insan yang berjuang kerana Tuhannya.


### Lepas raya ni, team pameran Must Read nak bergerak aktif ke sekolah-sekolah. Kalau ada pihak sekolah, Pengetua atau Guru PSS yang nak menjemput Must Read untuk buat pameran boleh emel ke pameran@mustread.com.my.

5 comments:

  1. tahniah2.. memang best pon buku serenity tu.. good luck!

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum, alhamdulillah atas rezeki kan :) saya sejak dulu lagi suka menulis dan ada juga rasa untuk terbitkan buku tp kadang-kadang terfikir jugak 'betul k apa yg aku buat ini kang x pasal2 orang bash aku' haha padahal boleh je kalau nak tulis dan bila ada rasa nak menulis, masa pulak tak ada. Anyway tahniah dan selamat berpuasa ! ;)

    ReplyDelete
  3. waaah , dah ada buku sendiri :D serious takpernah tahu pun . huhu . dah formfive ni jarang pulak keluar pergi bookstore ugh . haha . tahniah ya sis :D

    ReplyDelete
  4. tahniah syira..semoga terus maju jaya

    ReplyDelete

This is my personal blog,
Syira tulis tentang diri sendiri, hal sosial dan persekitaran + perspektif Islam,
fashion, resepi, tips blogging, book review and giveaway.

Segala ilmu,info,tips,gambar atau apa sahaja dari blog ini adalah hak milik peribadi, dari pemerhatian dan sumber yang boleh dipercayai.
Tiada yang diambil dari sumber lain melainkan yang telah dikreditkan/dibacklinkkan/dinyatakan sumber asal dibawah setiap artikel bagi menghormati penulis/pemilik artikel asal.

Pemilik tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang masalah dengan info yang anda kongsi di mana mana laman sosial.

Mohon bertanya dahulu sebelum membuat sebarang spekulasi atau penyebaran maklumat. :)

Mohon tegur jika salah.
Terima kasih. :)