Saturday, September 10, 2016

Pengalaman Jatuh Bangun.

Assalamualaikum
hye semua :)


Kamu lihat kejayaan orang lain, kamu rasa “bestnya dia... asyik dapat yang hebat je.”

Adakah kamu lihat perit hidup dia?
Adakah kamu lihat aktiviti siang dan malamnya?

Tidak.
Kamu hanya lihat sebahagian dari catatan kisah hidupnya.
Bukan realiti pahit getir hidupnya.
Kamu kena sedar,
sebelum dia berjaya,
dia juga menempuh pahit manis derita.

Dia jatuh,
dia bangun,
dia jatuh,
dia bangun,
dia jatuh lagi,
dia bangun lagi.

Dan dia....
Masih terus kuat berusaha,
kerana dia tahu,
ada rezeki sudah tercatat buatnya.
Tugas kita manusia,
hanya berusaha,
dan terus berdoa untuk apa yang kita impikan.

Bukan mengeluh saat jatuh,
Bukan merenung nasib tak sebaik orang lain.

Kita yang menentukan apa yang kita mahukan dalam hidup.
Rezeki itu tetap ada,
Allah yang beri.

Kita hanya perlu usaha untuk dapatkan,
bukan duduk goyang kaki tak buat apa-apa.
Untuk menikmati kejayaan,
kita akan melalui pelbagai fasa yang sangat menguji mental juga fizikal.

Melabur wang yang banyak,
ke sana ke mari mencari ilmu.
Tiba di pertengahan jalan kita jatuh.
Saat ini,
kita harus lebih kuat untuk bangun.
Bukan berhenti setakat itu saja.

Apabila dewasa,
pemikiran matang,
kudrat lebih kuat.
Sepatutnya kita lebih kuat untuk bangun setelah jatuh.


Selepas kita lalui fasa yang perit,
dan kita jatuh lagi,
kita akan bangun dengan selesanya,
kerana rasa sakit itu telah sebati dalam jiwa.

Mulanya memang perit, tapi lama-lama kita dah terbiasa.

'PENGALAMAN' bukan dicipta untuk kamu mengeluh,
tetapi untuk memberi pengajaran dan mematangkan fikiran.

Bertindak atas kewarasan akal,
agar kamu dapat tempuh pahit getir ujian,
demi mengejar manisnya kejayaan.
Jatuh bangun tu biasa.
Mula seksa lama-lama bahagia.


petikan dari buku #serenitysyiralokman

7 comments:

  1. Great inspiration :)

    Keep it up tau Syira

    ReplyDelete
  2. Benar.. Dunia ni penuh dgn ujian yang tak pernah putus..
    Yakinkan diri dan buat yang terbaik..

    ReplyDelete
  3. Masih belum sempat dapatkan buku ini....

    ReplyDelete
  4. bestnya baca entri syira ni. busyra sampai skrng tak beli2 lg buku syira. tp akan di beli jgk nnti.

    ReplyDelete
  5. hebat gila sis.... terbaik sis..


    Apa pun terjah Nil ye ada something Join la jommmmm

    SEGMEN BLOGWALKING EXCHANGE LINK NH

    JOM JOINNNNN.... ada hadiah ada followers.. ada komen.



    http://nilamhimawari.blogspot.my/2016/09/segmen-blogwalking-blog-exchange-link-nh.html

    ReplyDelete

This is my personal blog,
Syira tulis tentang diri sendiri, hal sosial dan persekitaran + perspektif Islam,
fashion, resepi, tips blogging, book review and giveaway.

Segala ilmu,info,tips,gambar atau apa sahaja dari blog ini adalah hak milik peribadi, dari pemerhatian dan sumber yang boleh dipercayai.
Tiada yang diambil dari sumber lain melainkan yang telah dikreditkan/dibacklinkkan/dinyatakan sumber asal dibawah setiap artikel bagi menghormati penulis/pemilik artikel asal.

Pemilik tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang masalah dengan info yang anda kongsi di mana mana laman sosial.

Mohon bertanya dahulu sebelum membuat sebarang spekulasi atau penyebaran maklumat. :)

Mohon tegur jika salah.
Terima kasih. :)