Assalamualaikum
hye semua !!
PROGRAM BICARA BUKU MENTALITI JAMBAM - Khairul M Abdullah
Tarikh : 5 Oktober 2016 (Rabu)
Masa : 10.30am -12.30pm
Tempat : Ruang Pameran Perpustakaan Utama, Universiti Malaya.
Anjuran : Perpustakaan Universiti Malaya dan Komrad Buku.
Buku ini menyentuh tentang keseluruhan aspek kehidupan, sikap dan mentaliti masyarakat Malaysia yang sesetengahnya dilihat telahpun menjadi seperti budaya yang diamalkan dan sukar untuk diubah. Contohnya dari segi sikap dalam pergaulan sosial, pemanduan di jalan raya, penjagaan kebersihan, adab makan dan minum dan sebagainya. Buku ini akan membuka minda pembaca tentang sikap, adab dan mentaliti yang sepatutnya ada pada diri setiap rakyat Malaysia apatah lagi Malaysia dikenali sebagai negara yang agama rasminya adalah agama Islam, dan membandingkannya dengan sikap-sikap positif dikalangan masyarakat negara-negara maju.
Malaysia sedang menuju ke arah negara maju menjelang tahun 2020. Namun apa gunanya jika negara maju tetapi sikap dan mentaliti rakyatnya masih di kelas ke tiga. Penulisan buku ini adalah untuk memberi teguran dan membuka mata rakyat Malaysia tentang cara hidup, adab dan tatsusila yang sepatutnya ada pada setiap rakyat seperti di negara maju yang lain.
Sesekali perbandingan turut dibuat dengan negara maju yang lain seperti Jepun, Jerman, Sweden dan sebagainya tentang bagaimana mereka menjalani hidup yang baik dan penuh berkualiti samada dalam kehidupan personal mereka ataupun dalam kehidupan bermasyarakat. Buku ini juga mengupas bagaimana sebuah negara bukan Islam yang masyarakatnya boleh mengamalkan nilai-nilai murni seperti yang dianjurkan oleh agama Islam itu sendiri, berbanding dengan masyarakat Malaysia. Jom ramai-ramai dan dengarkan apa yang akan diperkatakan.
Dijemput semua untuk menghadiri majlis bicara buku ini yang akan mengetengahkan beberapa isu semasa masyarakat masakini.
Buku-buku terbitan Komrad Buku dan Must Read Sdn Bhd juga akan dijual pada hari tersebut. Ada PROMOSI tau !! :D Dapatkan juga buku #serenitysyiralokman ^_^
Mana tau kot jumpa Syira juga masa tu..eh? :p
Jom sahabat-sahabat Universiti Malaya dan sesiapa sahaja yang berkelapangan pada hari tersebut, support Bicara Buku Mentaliti Jamban tulisan Khairul Abdullah rakan penulis Syira.
InsyaAllah kalau Syira free, Syira juga akan berada di sana. :) jom support buku-buku terbitan Komrad Buku dan Must Read ya ! ^_^
kalau dekat nak gi jugak. dah lama x masuk UM. kalau masuk mesti pi Pekanbuku sbb boleh beli buku murah2!
ReplyDelete