Tuesday, January 8, 2013

5 perkara orang Islam patut tahu-kesihatan..

Assalamualaikum
hye semua !

5 perkara orang Islam patut tahu berkenaan dengan kesihatan..



1. Mandi pagi sebelum subuh atau sekurang-kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk yang meresap ke dalam badan boleh mengurangkan lemak yang terkumpul. Kita boleh lihat orang mengamal mandi pagi kebanyakan badan tidak gemuk.

2. Rasulullah SAW mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air ais) setiap pagi.Mujarabnya, Insha Allah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit).

3. Waktu solat subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrin. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yang tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir ke ruang berkenaan.

4. Dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama ayam. Dikhuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam mengandungi ion + ve, manakala dalam ikan mengandungi ion-ve, jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tindak balas biokimia yang terhasil yang boleh merosakkan usus kita. Orang yahudi suka memakan ikan tanpa bercampur dengan makanan berasaskan ayam.

5. Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan kanan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli sains telah menjumpai bahawa enzyme banyak terkandung di celah jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (Enzyme sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam).

sekadar perkongsian..sila tegur if silap :)

5 comments:

  1. followed you.

    http://milikhusnahumairah.blogspot.com/

    follow back k? :)

    ReplyDelete
  2. Terima kasih . Info yg sangat berguna.

    ReplyDelete
  3. ai amalkan minum air kosong tu sebaik sahaja bangun dari tidur... =)

    ReplyDelete

This is my personal blog,
Syira tulis tentang diri sendiri, hal sosial dan persekitaran + perspektif Islam,
fashion, resepi, tips blogging, book review and giveaway.

Segala ilmu,info,tips,gambar atau apa sahaja dari blog ini adalah hak milik peribadi, dari pemerhatian dan sumber yang boleh dipercayai.
Tiada yang diambil dari sumber lain melainkan yang telah dikreditkan/dibacklinkkan/dinyatakan sumber asal dibawah setiap artikel bagi menghormati penulis/pemilik artikel asal.

Pemilik tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang masalah dengan info yang anda kongsi di mana mana laman sosial.

Mohon bertanya dahulu sebelum membuat sebarang spekulasi atau penyebaran maklumat. :)

Mohon tegur jika salah.
Terima kasih. :)