Monday, January 20, 2014

Beza antara orang yang beriman dan orang Islam.

Assalamualaikum
hye semua :)

SEKADAR PERKONGSIAN :)

Apakah beza di antara orang yang beriman dan orang Islam ?
 Sebagaimana yang kita maklum, Islam ialah melaksanakan rukun-rukun Islam :

1. Mengucap dua kalimah syahadah.
2. Solat lima waktu.
3. Mengeluarkan zakat.
4. Berpuasa di bulan ramadhan.
5. Menunaikan haji .

Iman pula ilah meyakini dengan rukun-rukun iman:

1. Beriman kepada Allah swt.
2. Beriman kepada Malaikat-Malaikat Allah swt.
3. Beriman kepada Rasul-Rasul Allah swt.
4. Beriman dengan kitab-kitab Allah swt.
5. Beriman kepada hari kiamat.
6. Beriman kepada Qadar baik dan buruk.



Lalu apabila terdapat satu kata-kata yang berbunyi

1- "semua orang yang beriman itu adalah orang Islam, tetapi bukan semua orang Islam adalah orang yang beriman".

mengapa ?


KERANA kata kuncinya adalah satu, iaitu MUNAFIQ...

Munafiq juga adalah orang Islam, tetapi Islamnya adalah kepura-puraan untuk mengelirukan orang Islam yang lain. Orang munafiq hatinya tidak kepada Allah swt, MalaikatNya, KitabNya, RasulNya, Hari Qiamat, dan Qada' baik dan buruk.

Jadi, jika kita fikir kita orang Islam adalah orang yang beriman, maka lebih baik untuk kita muhasabah semula, Islamlah dengan sebenar-benar Islam, ISLAM YANG TIDAK DIUKUR HANYA PADA PERLAKUAN KITA DENGAN RUKUN-RUKUN ISLAM, kerana jika kita hanya beramal dengan rukun-rukun Islam semata, maka ternyata tidaklah ada bezanya antara kita dan orang Munafiq.

Maka hendaklah kita percaya dengan hati, dan meletakkan sepenuh i'tikad dan penuh rasa Iman kepada rukun-rukun Iman.

Semoga kita tergolong dalam golongan-golongan orang yang beriman.

Firman Allah swt:

"Sesungguhnya orang-orang yang beriman ialah mereka yang bila disebut nama Allah gementarlah hati mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayatNya bertambahlah iman mereka, dan hanya kepada Tuhanlah mereka bertawakkal." Al-Anfaal 8:2.

WaAllahu a'alam...
sumber : [ariffsarip.blogspot.com]

6 comments:

  1. Alhamdulillah,perkongsian yang sngat baik..mudah-mudahan kita cakna.. In Shaa Allah..

    ReplyDelete
  2. Yup.. org beriman itu semestinya islam.. org islam plak x semestinya beriman... Nice..

    ReplyDelete
  3. aniq : setuju ! hhehee...terima kasih ye :)

    ReplyDelete
  4. farid : sama2 ye ^_^

    terima kasih semua...tinggalkan link di page syira..lebih mudah nak follow balik ^_^

    ReplyDelete

This is my personal blog,
Syira tulis tentang diri sendiri, hal sosial dan persekitaran + perspektif Islam,
fashion, resepi, tips blogging, book review and giveaway.

Segala ilmu,info,tips,gambar atau apa sahaja dari blog ini adalah hak milik peribadi, dari pemerhatian dan sumber yang boleh dipercayai.
Tiada yang diambil dari sumber lain melainkan yang telah dikreditkan/dibacklinkkan/dinyatakan sumber asal dibawah setiap artikel bagi menghormati penulis/pemilik artikel asal.

Pemilik tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang masalah dengan info yang anda kongsi di mana mana laman sosial.

Mohon bertanya dahulu sebelum membuat sebarang spekulasi atau penyebaran maklumat. :)

Mohon tegur jika salah.
Terima kasih. :)