Sunday, June 29, 2014

RAMADHAN :)

Assalamualaikum
hye semua !

Alhamdulillah..dapat juga kita bertemu dengan bulan Ramadhan tahun ini kan :)


Puasa Ramadhan ertinya menahan diri daripada makan dan minum serta segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa, mulai dari terbit fajar sehinggalah terbenam matahari pada bulan Ramadhan.

Hukum puasa Ramadhan adalah wajib bagi umat Islam.

Umat Islam juga dikehendaki menahan diri daripada menipu, mengeluarkan kata-kata buruk atau sia-sia, serta bertengkar atau bergaduh. Ini kerana puasa merupakan medan latihan memupuk kesabaran, kejujuran serta bertolak ansur dalam diri.

Secara tidak langsung amalan puasa akan menyuburkan sikap murni di dalam diri pelakunya.

Adalah menjadi harapan agar kesemua nilai yang baik ini akan terus dipraktikkan ke bulan-bulan berikutnya.


Niat Puasa dan Qadha’ Puasa Ramadhan..

1) Lafaz niat puasa fardhu Ramadhan :

نويت صوم غد عن أداء فرض شهررمضان هذه السنة لله تعالى .

Ertinya : Sahaja aku puasa esok hari menunaikan fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.


 Perkara yang membatalkan puasa :

  1. Makan dan minum dengan sengaja walaupun pada nilaian dan kadaran yang sedikit pun,seperti memakan saki baki makanan kecil yang terlekat pada celah gigi dan lain-lain lagi.
  2. Muntah dengan sengaja
  3. Bersetubuh
  4. Mengeluarkan air mani dengan sengaja
  5. Keluar darah haid atau nifas
  6. Hilang akal (seperti gila)
  7. Pitam (termasuk pengsan) atau mabuk sepanjang hari.
  8. Merokok disiang hari. (Termasuk menghisap ganja atau dadah)
  9. Murtad (keluar dari Islam)
  10. Memasukkan sesuatu ke dalam rongga terbuka seperti menyembur pewangi atau menyegar mulut dan sebagainya. Larangan ini tidak termasuk memasukkan air atau udara kedalam rongga terbuka kerana ingin berwuduk atau melegakan kesakitan dan ketidakselesaan pada rongga(dengan syarat air tersebut tidak diminum atau ditelan dengan sengaja).


Selamat menyambut bulan Ramadhan :)

5 comments:

This is my personal blog,
Syira tulis tentang diri sendiri, hal sosial dan persekitaran + perspektif Islam,
fashion, resepi, tips blogging, book review and giveaway.

Segala ilmu,info,tips,gambar atau apa sahaja dari blog ini adalah hak milik peribadi, dari pemerhatian dan sumber yang boleh dipercayai.
Tiada yang diambil dari sumber lain melainkan yang telah dikreditkan/dibacklinkkan/dinyatakan sumber asal dibawah setiap artikel bagi menghormati penulis/pemilik artikel asal.

Pemilik tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang masalah dengan info yang anda kongsi di mana mana laman sosial.

Mohon bertanya dahulu sebelum membuat sebarang spekulasi atau penyebaran maklumat. :)

Mohon tegur jika salah.
Terima kasih. :)