Tuesday, July 29, 2014

Hukum memutuskan Silaturahim

Assalamualaikum
hye semua :)


Silaturahim 
bermaksud menyambungkan tali persaudaraan atau kasih sayang, mengeratkan kembali rasa kecintaan serta menjaga keutuhan persaudaraan yang telah terbina terhadap saudara, kerabat, teman dan sebagainya. 


Membina dan mengeratkan silaturahim adalah merupakan 
satu tugas dan tuntutan yang wajib di sisi Islam di mana Rasulullah s.a.w amat membenci golongan yang suka memutuskan hubungan persaudaraan sesama manusia sebagaimana sabda baginda yang maksudnya:
"Tidak halal bagi seorang muslim menjauhi (memutuskan) hubungan dengan saudaranya melebihi tiga hari." 


Mewujudkan silaturrahim bukan sekadar membawa maksud 
menyambung kembali ikatan persaudaraan yang telah retak atau 
memulihkan semula ketegangan dalam perhubungan malah ia 
membawa erti yang lebih luas lagi iaitu 
membina kemesraan dan keakraban dengan sesiapa sahaja menerusi sifat saling membantu, bertolak ansur dan sebagainya. 


Biasanya punca permasalahan dan gejala keretakan persaudaraan
 didahului dengan pertengkaran dan saling menjauhkan diri. 
Maka adalah menjadi kewajipan bagi seorang muslim yang lain mengajak saudaranya yang bertelagah itu
 ke jalan perdamaian sama ada dengan cara mendatangi, menyapa atau memberi salam serta diikuti dengan ucapan meminta maaf. 


Seseorang yang sedang berada dalam suasana tegang (perselisihan faham)
 hendaklah membanyakkan sabar dan bersikap terbuka serta mengalah untuk 
meminta maaf atau memaafkan orang lain.
Jangan bersikap sombong dan angkuh serta menganggap diri sentiasa benar atau betul kerana inilah punca terjadinya keretakan hubungan yang berterusan. 
Sesungguhnya dosa sesama insan hanya boleh dimaafkan oleh manusia itu sendiri dan bukanlah boleh diampunkan oleh Allah S.W.T. 



Kadang kadang bila bergaduh tu ..tak bertegur..menjauh sampailah akhirnya macam tak kenal..
pihak yang tak bersalah pun kadang kala ingin memohon maaf tapi pihak lagi satu pula macam buat tak endah ..
bila pihak yang salah pula nak memohon maaf , pihak lagi satu pula masih sakit hatinya..
berlaku kan ? 

sukarnya nak mengalah andai tak salah..
susahnya nak lembutkan hati yang keras tak nak kalah..
namun..hati ini milik Allah..
cubalah :)

cuba pelbagai cara untuk satukan ikatan itu kembali..Allah nampak usahamu :)
kesabaran akan membawa kebahagiaan :)



10 comments:

  1. true. kadang kita mengalah, tapi org buat tak endah. sabar tu plg payah nak dapat. tp, x salah mencuba ;)

    ReplyDelete
  2. Satu artikel yang amat bagus untuk peringatan sesama kita.

    ReplyDelete
  3. Terima kasih atas perkongsian Syira ini... Selamat Hari Raya Aidilfitri yer ^_^

    ReplyDelete
  4. Kadang2 sama-sama rase dia yang betul.
    Ni lagi susah. Walaupun mereka salah.

    ReplyDelete
  5. semoga dibekati. entri yang menarik dan semoga mendapat perhatian ramai ...

    ReplyDelete
  6. Betul tu..kena plak yang ego, salah pun tak nak ngaku..nak salahkan pihak yang lain ja..inilah lumrah manusia, pelbagai kerenah dan perangai..

    ReplyDelete
  7. Moga2 entry ni memberi manfaat untuk kita semua

    ReplyDelete
  8. Sama2 kita jaga silaturrahim sesama kita ..InsyaAllah

    ReplyDelete
  9. sama sama kita kekalkan silaturrahim

    ReplyDelete

This is my personal blog,
Syira tulis tentang diri sendiri, hal sosial dan persekitaran + perspektif Islam,
fashion, resepi, tips blogging, book review and giveaway.

Segala ilmu,info,tips,gambar atau apa sahaja dari blog ini adalah hak milik peribadi, dari pemerhatian dan sumber yang boleh dipercayai.
Tiada yang diambil dari sumber lain melainkan yang telah dikreditkan/dibacklinkkan/dinyatakan sumber asal dibawah setiap artikel bagi menghormati penulis/pemilik artikel asal.

Pemilik tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang masalah dengan info yang anda kongsi di mana mana laman sosial.

Mohon bertanya dahulu sebelum membuat sebarang spekulasi atau penyebaran maklumat. :)

Mohon tegur jika salah.
Terima kasih. :)