Saturday, August 30, 2014

Beralih ke "Dunia Baru" .

Assalamualaikum
hye semua :)
Alhamdulillah..masih diberi kesempatan untuk terus bernafas hari ini ..
menikmati setiap rezeki yang Allah kurniakan :)

Lepas SPM..sambung STPM..macam macam tanggapan orang..STPM susah..budak tak pandai je masuk STPM ni..
STPM tak best..kena pakai baju sekolah..

ye semuanya mengganggu emosi saat pertama kali menjejakkan kaki ke sekolah kembali..
tapi semuanya dah berakhir :) 
Dengan pointer yang diperoleh semasa STPM ,Syira berjaya mendapat 2 tawaran degree ..

ISM Sastera dengan Pendidikan di USM dan ISM Kaunseling di UM :)
siapa sangka ? :) alhamdulillah...
hebatnya perancangan Allah..

Perasaan sekarang ni macam-macam ada...dah macam abc ais batu campur..cendol pun boleh ..
sedih..takut..teruja...tak sabar...
semuanya bersatu dalam jiwa..
1 September 2014 Syira akan mendaftarkan diri di Universiti Malaya :)
dunia yang baru..fasa ke 5 selepas UPSR (Fasa 1) PMR (Fasa 2) SPM (Fasa 3) STPM (Fasa 4)..
mungkinkah nanti ada fasa ke 6? sambung master atau married? haha...
nantikan ceritanya dalam episod 4 tahun akan datang... :P

doakan Syira berjaya menjalani liku liku pahit manis kehidupan di UM ye..ecewahhh ayattt..haha
nervous pun ada ni..tapi tak sabar nak habiskan belajar 4 tahun tu..
hadiri majlis convocation... :D waaa...saat yang paling best kan ! tu la yang buat teruja nak sambung belajar..

siapa Syira Lokman 5 tahun akan datang ??

Matlamat perlu ditetapkan..niat perlu terus murni dari akarnya..
semoga usaha akan membuahkan kejayaan yang membanggakan buat semua :)

-Ijazah Sarjana Muda Kaunseling di Universiti Malaya-
## Counsellor to be ##

19 comments:

  1. In shaa Allah syira dapat lalui 4 tahun akan datang dengan baik.. masanya akan tiba juga nanti untuk majlis konvo syira..

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum, Aad doakan akak berjaya dunia akhirat.. Lepas tahu yang akak nak pergi Universiti Malaya, Aad pun jadi excited nak masuk u tu bila Aad dah habis SPM nanti. Ok, kak. Have your good time there.. :'(

    ReplyDelete
  3. kak Syira jgn lupakan blog taw..nanti rindu.. :) semoga urusan akak dipermudahkan..

    ReplyDelete
  4. selamat menempuh cabaran sebagai seorang mahasiswi. keep fighting! heee... Moga urusan syira dipermudahkan.

    ReplyDelete
  5. semoga segalanya akan berjalan dengan baik syira

    ReplyDelete
  6. Thanks for this post. Its really motivated me.

    ReplyDelete
  7. All the best Syira..Do your best for your future undertakings :)

    ReplyDelete
  8. semoga menjadi kaunselor yang berkaliber dan berdedikasi... inshaa Allah boleh... kan

    ReplyDelete
  9. Akak doakan impian dan cita2 Syira tercapai .....

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum kak syira...
    akak saya nak Tanya untuk masuk ke UM pointer minimum berapa yer?
    tahniah akak krn dipilih masuk ke UM. kalau tak keberatan boleh akak kongsikan pointer STPM akak??

    ReplyDelete

This is my personal blog,
Syira tulis tentang diri sendiri, hal sosial dan persekitaran + perspektif Islam,
fashion, resepi, tips blogging, book review and giveaway.

Segala ilmu,info,tips,gambar atau apa sahaja dari blog ini adalah hak milik peribadi, dari pemerhatian dan sumber yang boleh dipercayai.
Tiada yang diambil dari sumber lain melainkan yang telah dikreditkan/dibacklinkkan/dinyatakan sumber asal dibawah setiap artikel bagi menghormati penulis/pemilik artikel asal.

Pemilik tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang masalah dengan info yang anda kongsi di mana mana laman sosial.

Mohon bertanya dahulu sebelum membuat sebarang spekulasi atau penyebaran maklumat. :)

Mohon tegur jika salah.
Terima kasih. :)