Assalamualaikum
hye semua :)
Dah lama simpan cerita ni dalam draft, hari ni baru teringat nak publish..hehe..
oke la kan..belum basi lagi entry ni :P walaupun dah sebulan kisah ni berlalu..sebelum exam sem 1 lagi ..hehehe..
Usai sudah Program "Journey to Self Maturity" selama 3 hari di Terengganu.
"Menyingkap kisah di sebalik tirai besi"
Anjuran : Pelajar Sarjana Muda Kaunseling sesi 2014/2015 Universiti Malaya.
Kerjasama : Jabatan Penjara Malaysia, Telaga Biru SDN BHD.
Alhamdulillah,perancangan Allah cukup baik :)
kami terselamat dari banjir besar dan segalanya berjalan lancar.
Kali pertama masuk ke Pusat Koreksional Dungun , rasa nervous sangat..
ye ! kali pertama bertemu dengan penghuni penjara, berkongsi cerita bersama mereka dikelilingi pegawai penjara.
Nak masuk pun kena check dulu, tinggalkan semua barang,phone atau apa sahaja yang dibawa di locker. Pakaian perlu sopan.
Time nak menuju ke bilik khas yang menempatkan kami bersama penghuni penjara ni pun kena melalui laluan yang berpagar.
ye ! kali pertama bertemu dengan penghuni penjara, berkongsi cerita bersama mereka dikelilingi pegawai penjara.
Nak masuk pun kena check dulu, tinggalkan semua barang,phone atau apa sahaja yang dibawa di locker. Pakaian perlu sopan.
Time nak menuju ke bilik khas yang menempatkan kami bersama penghuni penjara ni pun kena melalui laluan yang berpagar.
Syira minta maaf kerana apa yang berlaku semasa aktiviti penghuni penjara dan gambar-gambar mereka tidak boleh dikongsi.
Peraturan ini perlu dijaga sebaiknya :)
Tapi untuk entry kali ini Syira hanya ingin berkongsi rasa dan pengalaman.
Perkongsian dengan penghuni di penjara amat memberi kesan. Disebalik persepsi masyarakat, jiwa mereka tidaklah seteruk tanggapan dunia. Selama hayat masih ada, selama itu juga kita diberi pilihan untuk terus melakukan yang terbaik.
Semudahnya penghuni penjara ini "dilabel jahat" oleh manusia di luar gerigi besi sedangkan kisah mereka sebelum ditempatkan di situ tidak kita ketahui.
Kita berkata dan menyebarkan cerita tanpa selidik kisah sebenar di sebalik kejadian yang menimpa.
Percaya tak kalau Syira katakan, ada penghuni penjara yang TIDAK PERNAH tinggal solat dan puasa dari sebelum masuk penjara hingga saat dia berada di penjara.
Jadi apa perbezaan mereka dengan kita ? :)
Kita TIDAK "dilabel" jahat kerana kita bukan penghuni penjara sedangkan solat, puasa kita..terjaga ??
hmm..itu kena tanya diri sendiri...
Mereka di sana kerana pelbagai kisah hidup,
Sekiranya kesalahan yang dilakukan itu disengajakan, mereka selayaknya di situ..
tetapi..
ada sebahagian dari mereka yang teraniaya..akhirnya tersilap langkah..
Namun, semuanya hanya urusan antara mereka dengan Allah..
Allah yang selayaknya menghukum, bukan manusia. :)
tetapi..
ada sebahagian dari mereka yang teraniaya..akhirnya tersilap langkah..
Namun, semuanya hanya urusan antara mereka dengan Allah..
Allah yang selayaknya menghukum, bukan manusia. :)
Kita tidak boleh mengubah apa yang telah terjadi semalam, tetapi kita boleh mencipta memori untuk hari esok.
"Cerita hari ini bermula dari tirai semalam"
"..Dalam dunia ini, tidak pernah ada jiwa yang dilahirkan dengan sikap jahat, tidak pernah ada manusia yang diminta untuk dilahirkan sebagai pesalah dan memilih untuk hidup di balik tirai besi.. Setiap antara kita mempunyai jalan cerita sendiri untuk menentukan pilihan kehidupan yang terbaik, dan pilihan itu membawa kita untuk sedari, jalan putih atau jalan hitam yang kita pilih.. Jika seseorang itu dipandang atas dasar darjat dan kejayaannya, jangan pula ada seseorang yang lain disisih dan dimatikan rasa cintanya kerana sejarah lampau dan sejarah silamnya.."
Terima kasih buat semua yang terlibat menjayakan program ini. ^_^
semoga kalian dimurahkan rezeki !
pengalaman yang best...
ReplyDeleteseronoknya dapat kutip pengalaman kann :D
ReplyDelete@Nur Amalina sangat best ! macam2 nak cerita tapi ta boleh share gambar and kes mereka..
ReplyDelete@Nur Inani aah ! seronokkkk...rasa nak join lagi aktiviti mcm ni..berfikir di sebalik persepsi manusia..
ReplyDeleteBest experience ever!
ReplyDeletepengalaman yg cukup brrharga bila dpt selami sendiri hati naluri mereka kan.
ReplyDeletepengalaman yg x semua org lain dapat...tahniah...bukan senang nak ubah tanggapan masyarakat...
ReplyDeletekampus ima dekat dgn penjara. setiap kali tgk dorang dalam trak, macam2 perkara bermain di minda. benar, kita tak tahu. tak tahu apa sebenarnya yg sedang berlaku :)
ReplyDeleteSelesai membaca entri ni.
ReplyDeleteErmmm...saya pun taktau nak kata apa sebab tak pernah bertentang 4 mata dengan mereka.
Cuma bagi saya, jika kesalahan kerana membunuh, tindakan yang menyebabkan kematian & merogol memang tak dapat dimaafkan jika dilakukan dengan sengaja & dalam keadaan sedar.
Selebihnya wallahua'lam.
- Saya hamba Allah yang hina :(
pengalaman yang org lain pun tak dpt laluinya :) indah !...membuat kita berfikir semua apa hikmah di sebalik semua yg berlaku..
ReplyDeletebest gak dapat melawat penjara, aku dulu melawat hospital bahagia je..itupun rasa syok.ahaha
ReplyDeleteas'salam...
ReplyDeletebgusnya...
bnyk prkra boleh bljar daripada sana kan.penglmn yg menarik =)
betul..takde orang yang nak dilahirkan sebagai pesalah, pembunuh etc etc..
ReplyDeletetp lumrah hidup..yang baik,balasan baik..
cuma kita sebagai manusia, kurangkan lah sifat menghukum.kita belum tahu lg apa nasib kita kedepan
dari menghukum baiklah doa yang terbaik untuk mereka. hidayah milik allah
Beruntung Syira dapat merasai pengalaman tersebut..
ReplyDeleteMereka 'didalam' menemui jalan pulang, jadi kita 'diluar' usah terus melabel mereka atas kesilapan lalu
semoga ALLAH mmenerima doa2 kita semua..yg baik dijadikan tauladan manakala yg buruk dijadikan sempadan..
ReplyDeletePerihal penjara ni saya banyak dapat info dari filem je. Tak dinafikan, memang ada dikalangan banduan yang kita lihat akhlak dan kesabarannya menempuh dugaan, jauh lebih baik dari kita yang berada bebas di luar tembok penjara ni.
ReplyDeletepengalaman adalah satu perkara yang tidak boleh dibeli.Tahniah Shira Lokman.
ReplyDelete