Tuesday, August 4, 2015

Resepi Bawal Sweet Sour bersama Ambra

Assalamualaikum
hye semua !

siapa suka buah ambra atau nama lainnya buah kedondong ?
 biasa makan gitu je kan or buah jeruk..pernah cuba tak masukkan buah ni dalam masakan ? :D
Syira dah cuba buat and nak tau apa rasanya ? jom cuba !
Bahan-bahan : 

ikan bawal (digoreng)
2 bawang besar (dikisar)
2 ulas bawang putih (dikisar)
cili kering (dikisar)
sedikit belacan bakar (dikisar)
sedikit air asam jawa garam dan gula secukup rasa
3 biji buah ambra/kedondong (dihiris)
3 biji buah ambra/kedondong (dikisar)

Cara-cara : 

  1. Panaskan minyak dan goreng ikan hingga garing.
  2. Kemudian, gunakan lebihan minyak tadi dan tumis bahan-bahan kisar .
  3. Masukkan garam, gula dan air asam jawa secukupnya. 
  4. Kacau sebati. (boleh juga masukkan air jika ingin berkuah).
  5. Tutup api kemudian masukkan pula ambra yang dihiris tadi.
  6. Masukkan juga ikan bawal dan gaul rata. 
  7. Hidangkan. 

JOM MEMASAK :D best tau ! ada kerangupan dalam masakan !

12 comments:

  1. Tak pernah makan buah kedondong selain dari jeruk dia je. Next time boleh try masak macam ni pula =)

    ReplyDelete
  2. TQ for sharing dear :)

    http://homemadebeautysecret.blogspot.com/

    ReplyDelete
  3. syira, akak makan menu ni ahad baru-baru ni.. hihi..

    ReplyDelete
  4. bawal sweet sour adalah salah satu kegemaran akak...

    ReplyDelete
  5. nyum..nyum..hantar sepinggan dua kat rumah akk ;)

    ReplyDelete
  6. rasa mcmana ya kedondong tu? hehe

    ReplyDelete
  7. wahh sdpnya ni..mkn dgn ns panas..perggh

    ReplyDelete
  8. Gantikan dengan belimbing pun sedap. Tak boleh makan buah amra..

    ReplyDelete

This is my personal blog,
Syira tulis tentang diri sendiri, hal sosial dan persekitaran + perspektif Islam,
fashion, resepi, tips blogging, book review and giveaway.

Segala ilmu,info,tips,gambar atau apa sahaja dari blog ini adalah hak milik peribadi, dari pemerhatian dan sumber yang boleh dipercayai.
Tiada yang diambil dari sumber lain melainkan yang telah dikreditkan/dibacklinkkan/dinyatakan sumber asal dibawah setiap artikel bagi menghormati penulis/pemilik artikel asal.

Pemilik tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang masalah dengan info yang anda kongsi di mana mana laman sosial.

Mohon bertanya dahulu sebelum membuat sebarang spekulasi atau penyebaran maklumat. :)

Mohon tegur jika salah.
Terima kasih. :)