Friday, September 25, 2015

Kenapa makin sibuk ?

Assalamualaikum
hye semua !!

Selamat Hari Raya Aidiladha ! hehee..
rindu Syira takkk ? Syira rasa mesti korang makin boring dengan blog ni kan..
yelaa..dah lama tak cerita pasal diri sendiri...penuh dengan entry review je..
Alhamdulillah, walaupun blog ni tak selalu meriah tapi masih ada lagi yang beri kepercayaan kepada Syira untuk promosikan produk mereka. Banyaknya rezeki dari Allah kannnn :)
Syira rindu semua orang..dah lama tak blogwalking, rasa makin jauh dengan rakan blogger tapi terharu sebab korang masih singgah blog ni and support semua benda yang Syira buat.
Korang jangan risau, walaupun makin lama bayangan Syira di mata korang semakin berjerebu, tapi dalam hati Syira, bayangan korang terang seperti gigi putih di tengah malam :D hehehe..

Dah 3 minggu Syira menjadi pelajar tahun 2..sem kali ni bermula dengan baik tapi busy sikit..Assignment dah makin banyak. Syira baru balik dari kem selama 3 hari, next week Syira cerita pasal kem tu oke !
hehe..banyak benda nak share dengan korang.
Sebelum Aidiladha Syira dah restock baju di butik ! korang boleh baca entry ni Koleksi by Syira Lokman kalau nak tengok produk terbaru. Paling best sekarang dah boleh order melalui whatsapp tau ! so tak payah susah nak datang butik...best kannnn ? :D
Mungkin ramai yang tak tahu, sekarang Syira pegang banyak status, bukan status sebagai isteri ataupun ibu kepada anak-anak yee...tetapi Syira memegang status sebagai pelajar, blogger, advertising copywriter dan vendor di Butik Zmar Apparel Shoppe.

InsyaAllah Oktober depan tambah lagi 1 status iaitu penulis buku. Buku pertama Syira Lokman bakal diterbitkan Oktober ini. Buku berunsur motivasi yang ditulis dengan gaya santai puisi dan monolog hati. Siapa yang suka baca entry motivasi dalam blog Syira,wajib dapatkan buku bertajuk "SERENITY" terbitan Must Read. Korang hanya boleh baca penulisan Syira melalui buku tu sahaja sebab tiada lagi entry motivasi dalam blog. So yang ni memang limited edition special buat semua ! ^_^  Korang please nanti beli buku Syira tau and tag kat instagram @syira_lokman. Support Syira Lokman ^_^

Alhamdulillah so far masih teratur lagi jadual walaupun kadang-kadang rasa penat sangat. Naib baik jadual kelas sem ni tak padat, boleh la bahagikan masa untuk blog dan kerja-kerja lain. Syira dah 21 tahun so kena gigih lagi berusaha. Walaupun rezeki tak menentu tapi rezeki tak pernah putus. :)
Nikmat Allah tak pernah berkurang selagi kita sebagai hambanya terus bersyukur dan berdoa !

Oke..banyak sangat nak cerita sampai dah tak teratur ayat :P hehe...
jangan biarkan Syira terus menulis sebab memang takkan stop ! hehehe..
nak settlekan kerja lain dulu..bubye semua orang ! Nantikan buku Syira Lokman di kedai buku berdekatan OKTOBER nanti ye !

terima kasih sudi baca..jumpa lagi ^_^

16 comments:

  1. bestnya bila dapat menulis buku dan terbitkannya,

    nona nak tnye something, nanti nona email ye,

    tahniah and all the best for semua...smg berjaya dan bahagia !

    ReplyDelete
  2. busy nye dia. hehehe
    all the best :)

    ReplyDelete
  3. salam aidiladaha syira!
    wah dah ada buku sendiri.

    :D

    ReplyDelete
  4. @nona senyum2 boleh awak..nak tanya ape2 emel je ..pm facebook pun boleh :)

    ReplyDelete
  5. Wah, Syira keluarkan buku motovasi pula yer. Tahniah... Salam Aidiladha yer ^-^

    ReplyDelete
  6. salam aidiladha dari kaknoor syira
    thanks sudi singgah blog kaknoor ya :)

    ReplyDelete
  7. Salam Aidiladha syira..
    Semoga berjaya dan bahagia dunia akhirat :)

    ReplyDelete
  8. bestnyer dah ade buku sdiri, smoge syira terus success yer :)

    ReplyDelete
  9. Singgah blogwalking..salam Aidiladha juga

    ReplyDelete

This is my personal blog,
Syira tulis tentang diri sendiri, hal sosial dan persekitaran + perspektif Islam,
fashion, resepi, tips blogging, book review and giveaway.

Segala ilmu,info,tips,gambar atau apa sahaja dari blog ini adalah hak milik peribadi, dari pemerhatian dan sumber yang boleh dipercayai.
Tiada yang diambil dari sumber lain melainkan yang telah dikreditkan/dibacklinkkan/dinyatakan sumber asal dibawah setiap artikel bagi menghormati penulis/pemilik artikel asal.

Pemilik tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang masalah dengan info yang anda kongsi di mana mana laman sosial.

Mohon bertanya dahulu sebelum membuat sebarang spekulasi atau penyebaran maklumat. :)

Mohon tegur jika salah.
Terima kasih. :)