Saturday, February 20, 2016

Berjuang bukan demi sepinggan nasi buat diri, tetapi ?

Assalamualaikum
hye semua ^_^


Suatu saat nanti kau akan sedar berjawatan dan dihujani dengan pujian tidak memberi makna apa-apa jika tidak ada perubahan yang kau lakukan selama mana kau berdiri atas nama. Menjadi yang biasa-biasa namun jasamu diangkat di langit sana lebih indah di mata Pencipta. Lihat kelilingmu, buka jiwamu.

Manusia jatuh kerana egois, mendabik dada ibarat sudah berjaya di akhirat dan dunia. Manusia sibuk berbalah namun usaha makin lemah. Manusia sibuk berkata "aku inginkan kejujuran", namun jiwanya masih hanya mahu mendengar kata-kata yang menyedapkan telinga bukan sekadar betul dan sahih kebenarannya. 

Dimana unsur perjuangan andai makian jadi pegangan?
Dimana harapan kemenangan andai setiap salah, jari lantas menuding ke depan bukan pada diri yang tidak melakukan perubahan? 

Berkata biar seiring perubahan. Berjuang biar memberi manfaat kepada setiap insan.

Mulai hari ini, kata pada diri.. "Semoga diri ini kekal tunduk ketika jayanya rakus menjenguk. Berbaktilah untuk umat, biar gerakannya perlahan namun impaknya menggegar dunia. Berjuang bukan demi sepinggan nasi buat diri, tetapi demi sesuap nasi yang ingin dikongsi hingga nyawa ditarik Ilahi".

 #serenitysyiralokman #blogger #blogsyiralokman #komradbuku

Nak beli buku Serenity secara online?
Taip: SRN <jarak> KUANTITI <jarak> NAMA PENUH <jarak> ALAMAT dan hantar ke 0162093151
Atau klik http://tinyurl.com/OrderBukuKomrad

4 comments:

  1. setuju sis... berjuang utk menjadi khalifah...

    ReplyDelete
  2. wah.. best la . nnti busyra beli la dpt baucer buku nnti. hehe. teringin nak baca smua dlm buku syira.

    ReplyDelete
  3. Subahanallah indahnya bahasa awak :) teruskan menulis !
    btw jom join segmen pencarian bloglist theathra.
    http://theathra.blogspot.my/2016/02/pencarian-bloglist-theathra.html
    Terima kasih sebab support ;)

    ReplyDelete
  4. Hidup di dunia pun bukan untuk diri sendiri saja.. berjuang untuk menjadi khalifah.

    ReplyDelete

This is my personal blog,
Syira tulis tentang diri sendiri, hal sosial dan persekitaran + perspektif Islam,
fashion, resepi, tips blogging, book review and giveaway.

Segala ilmu,info,tips,gambar atau apa sahaja dari blog ini adalah hak milik peribadi, dari pemerhatian dan sumber yang boleh dipercayai.
Tiada yang diambil dari sumber lain melainkan yang telah dikreditkan/dibacklinkkan/dinyatakan sumber asal dibawah setiap artikel bagi menghormati penulis/pemilik artikel asal.

Pemilik tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang masalah dengan info yang anda kongsi di mana mana laman sosial.

Mohon bertanya dahulu sebelum membuat sebarang spekulasi atau penyebaran maklumat. :)

Mohon tegur jika salah.
Terima kasih. :)