Tuesday, January 31, 2012

Ini Takdir Allah ..

Assalammualaikum
hye semua !



INI TAKDIR ALLAH ^_^

"Sesuatu yang telah ditakdirkan untukku, pasti akan aku dapat meskipun aku lari darinya, dan sesuatu yang ditakdirkan bukan untukku, pasti aku tidak akan dapat walau aku bersusah payah untuk mendapatkannya”


SALAM SAYANGGG !

Sunday, January 29, 2012

Happy B'day Syiralokman.blogspot.com !

Assalamualaikum
hye semua!


HAPPY BIRTHDAY SYIRALOKMAN.BLOGSPOT.COM ^_^

Alhamdulillah.. 28/01/2012...
(28/01/2011-1st entry..)
genap setahun usia blog Syira ni..

Terima kasih semua yang sudi follow,komen and sentiasa melawat blog yang tak seberapa ni..
Syira akan sentiasa sediakn entry yang menarik and banyak lagi tips untuk kamu semua..
Insya-Allah...
Kalau ada apa apa cadangan untuk penambahbaikan blog Syira ni..
tolong la bagi tahu di ruangan komen kat bawah ni yea.. :)
tq !

so..teruskan menyokong blog Syira and Syira harap kita semua boleh jd KAWAN! ^_^

Jom like page PaBiLa-DuA-bLoGgEr-BeRgAbUNg dan add Syira di facebook










Wednesday, January 18, 2012

Monday, January 16, 2012

Nasihat Wardina Safiyyah kepada remaja2




Allah ♥ will never leave you EMPTY..He will replace everything you have LOST..
If He asks you to put something DOWN..it's because He wants you to pick up something GREATER ^_^

#God knows what is the best for us :)
Any man who dare to touch you ♥ before get married, say Good Bye ! ^_^


jom like PaBiLa-DuA-bLoGgEr-BeRgAbUNg.TERIMA KASIH.

Tuesday, January 10, 2012

Ikan goreng sambal cili padi :P

Assalammualaikum
hye semua..

Hari ni Syira masak lagi ! :D
simple je pun..untuk mkn tengah hari..
Mama cuti hari ni..so lauk lain mama yang masak,Syira masak satu ni je :)
hehe..oke laa kannn??? :P
Syira masak ikan goreng sambal cili padi(suka hati je nak letak nama apa)
hehe...so..nak resepi?? meh sini meh >>>

nak lagi cantik,hias la..hehe
ta koje aih Syira nak hias..kang masuk dalam perut juga :P



BAHAN-BAHAN

3 ekor ikan-sederhana(ikut suka nak ikan apa)
4 sudu besar cili kering(dikisar)
1 bawang merah-besar(dikisar)
cili padi(ikut suka nak banyak atau sikit)
belacan
garam
gula
asam jawa.
bawang putih(pilihan)

CARA-CARA

1.goreng ikan hingga garing dan ketepikan.
2.kisar cili kering,cili padi,belacan,bawang putih dan bawang merah.
3.then,panaskan minyak..tumis semua bahan tadi hingga minyak pecah.
4.masukkan sedikit asam jawa,garam, dan gula.
5.Masukkan ikan dan gaul hingga sebati..SIAP !

#kalau nak ganti ikan dengan bahan lain atau telur goreng pun boleh :)

SELAMAT MENCUBA !


#jom like page ni PaBiLa-DuA-bLoGgEr-BeRgAbUNg


Monday, January 9, 2012

My first Cupcakes :D

Assalamualaikum
hye semua...

Again! projek baruu lagi..hehe
Hari ni Syira buat cupcakes..
hehe..lepas spm ni,duduk rumah je..belajar la masak kann....
Kali ni Syira buat CHOCOLATE OREO..
Syira guna resepi yg sama untuk buat kek coklat..(resepi-kek-coklat)
cuma bezanya..lepas adunan dah sebati..
masukkan biskut oreo dalam paper cup kemudian,masukkan pula adunan coklat tadi :D
kalau nak tambah cip coklat pun boleh..
then,kukus/bakar....
Lepas kek tu da masak...biar sejuk sikit dulu..
then hias lah ikut kreativiti kamu semua :)
(ni Syira hias guna white chocolate je,kalau ada cream lagi oke)


SELAMAT MENCUBA !

tak pandai nak hias kek lagi laaa :P



# jom like ni PaBiLa-DuA-bLoGgEr-BeRgAbUNg
TERIMA KASIH ! ^_^

Sunday, January 8, 2012

Chocolate Praline

Assalamualaikum..
Hye semua !

Hari ni Syira 1st time try buat Chocolate Praline ...
saja nak try buat chocolate ni sebab comel !..hehe..
nak tahu tak?? 1st time Syira buat chocolate ni and menjadi  ^_^ best!
Alhamdulillah :)
act,ta susah pun nak buat chocolate ni...tapi kena sabar la :)
mula mula ni,Syira buat bentuk love,bunga rose and bear dulu..

Nak try buat?? jom baca resepi ni >>>>

yang bentuk love tu adik Syira (FARID)yg buat..
die pun nak try juga ..hahaa


BAHAN-BAHAN

150 g dark chocolate
150 g white chocolate
150 g milk chocolate
pewarna (pilihan anda)
acuan pelbagai bentuk
piping beg
gunting
kacang * (jika perlu)

CARA-CARA

1.Menggunakan double boil..
cairkan dark chocolate,milk chocolate and white chocolate terlebih dahulu...
2.Asingkan white chocolate dalam dua bekas,dan titiskan warna yang anda suka.(1 bekas 1 warna)
3.masukkan setiap chocolate dalam piping beg dan ikat.Langkah ini harus disegerakan sebelum chocolate mengeras.



4.Letakkan kesemua chocolate yang telah diikat dalam double boil.Pastikan menggunakan api yang perlahan.Tujuannya agar chocolate sentiasa dalam keadaan cair.
5.Ambil salah satu chocolate dan picitkan ke dalam acuan.(ikut kreativiti anda)
6.Kemudian,sejukkan lapisan yang pertama sebelum anda lapiskan dengan lapisan warna seterusnya.(3 minit sahaja...kalau nak cepat,sejukkan dalam peti sejuk)
7.Seterusnya,lapiskan pula dengan lapisan kedua.
8.Masukkan kacang di tengah-tengah chocolate tersebut dan sejukkan lagi.
9.Seterusnya,Lapiskan dengan lapisan chocolate yang terakhir dan sejukkan selama 1/2 jam.
10.Setelah chocolate mengeras,keluarkan chocolate dari acuan dan.. SIAP !


#lapisan warna berlainan digunakan untuk menimbulkan ton warna
#ketebalan chocolate,design dan warna boleh diubah mengikut citarasa anda :)


tak reti sangat nak buat bear ni guna banyak warna dalam 1 design..
kang buruk terus...hee~~~


SELAMAT MENCUBA ! ^_^

Saturday, January 7, 2012

Syira dapat Dolly laa :D

Assalamualaikum..
Hye semua!


SYIRA DAPAT DOLLY !
Siapa bagi Syira Dolly??...alaaa....
Kenapa Syira dapat Dolly??
Kenapa Orang lain tak dapat pun..??
ish,kome ni...ce saboo.... hehehe..
sebenarnya Syira dapat dolly sebab .. (scroll sampai bawah)

EH,TU SYIRA LAA ^_^


Syira follower ke700 untuk blog ccicutewatermark.blogspot.com..
haha..mula-mula macam pelik je baca tajuk blog tu .."TAHNIAH BUAT SYIRA"
ingatkan menang apa la tadi kan..rupanya Syira follower ke 700 blog cci..
wahhh~~ suke la..tak tahu pun cci mencari  follower ke700 kan..
btw,terima kasih cci ! (thank juga sebab puji Syira dalam entry anda..hee~ )
so cci bagi Syira dolly yg comel ni...meh tengok ni :D

comel je...macam Syira tak??..hehehe
terima kasih CCi

Jom terjah blog ccicutewatermark.blogspot.com

Friday, January 6, 2012

If he's the right guy.

Assalamualaikum :)
Hye semua!

sabar lah ^_^



lelaki dan perempuan.
masing2 punya cara tersendiri. persepsi sendiri.
bila bercinta. bersungguh.
tapi bila berpisah.. senyap.
lelaki mungkin dengan ego.
sesetengah gadis.. bertahan.
tapi kebanyakannya.. sedih :(

mungkin lelaki menganggap gadis itu tabah.
tapi hati wanita, tak mungkin...
kadang nampak je macam tabah,tapi sebenarnya tak pun..
sekurang-kurangnya.. airmata itu harus mengalir.
apa yang terjadi pada kebanyakan gadis selepas berpisah :

1.
senyap. tiada senyuman.
2. menangis tanpa sebab..dimana-mana atau apabila mereka teringat kisah2 bersama.
3. hilang selera makan.
4. kurang keyakinan diri.
5. cuba untuk mencari pengganti tetapi masih merasakan ex-bf yg terbaik
(even ex-bf tu biasa2 je pun sbenarnya.. :P)
6. lebih senang berseorangan. which is not goooood.
7.post macam macam status sedih di facebook,blog,twitter and etc.
8.tengok je wall facebook ex-bf,baca mesej lama-lama..then tiba-tiba je nak mara.

banyak lagi sbenarnya kan. but one thing for sure,
girls need someone. it's not necessary to be boyfriend.
but also, best friend and family.
people need each other.

to girls, be strong.
if he's the right guy then he'll come back to you.
trust me.kebanyakkan lelaki akan buat macam ni kalau dia betul2 sayang..
sometimes,lelaki mungkin akan nangis :)
hey girls !
if he's not the right guy, then u have plenty of choices to choose from ;p
jangan jadi bodoh untuk sayang orang yang tak pernah sayang dan ambil berat tentang kita !
paling penting..kita kena ingat..

kalau kita sayangkan seseorang,biarkan dia pergi..
kalau dia ditakdirkan untuk kita..
dia akan jadi milik kita juga akhirnya.. ^_^


hey! Syira pun pernah putus cinta la..so..relax ! :)

Syira pasti semua dah tahu kan...
perempuan baik untuk lelaki baik, perempuan jahat untuk lelaki yang jahat...
..tapi doakanlah yang jahat tu jadi baik ye :)
jangan asyik nak menghukum manusia,nanti kita sendiri yang dapat dosa..

bila kita disakiti atau ditinggalkan...
jangan salahkan mana-mana pihak..
sebaliknya..kita perlu tenangkan diri dan fikir balik apa yang telah berlaku.
Cuba untuk perbaiki kelemahan diri dan berusaha jadi insan yang lebih baik..
doa je supaya Allah hadirkan insan yang terbaik dalam hidup kita.
..InsyaAllah ^_^


Allah aturkan sesuatu yang terbaik untuk hambanya..
cuma kita sebagai umat kena la pilih jalan hidup yang baik juga
untuk dapat kebahagiaan dunia dan akhirat ^_^




Resepi Kek Coklat

ASSALAMUALAIKUM..
HYE SEMUA !

Hari tu kan..Syira buat kek coklat!..
and yang best nya..
Syira BERJAYA buat kek coklat sendiri dengan jayanya! ..haha
nampak tak ayat tu...ayat bangga !..hee~~ ^_^
dan hari ini,Syira nak share Resepi Kek Coklat dengan kamu semua..

jom try buat !


BAHAN-BAHAN

1 cawan serbuk coklat
1 cawan gula
1 cawan minyak masak (boleh ganti dengan buttercup)
2 cawan tepung gandum
1 tin susu cair/pekat
1 1/2 sudu kecil soda bikabonat
1 1/2 sudu kecil serbuk penaik
2 biji telur
1 cawan air panas(jika perlu)


CARA-CARA

1) Sebelum kita bancuh bahan-bahan, didihkan air didalam alat kukusan.
2) Sementara tunggu air mendidih, kita mulai adunan dengan ambil 2 biji telur dan dipukul sehingga kembang.
2) serbuk coklat,tepung gandum, gula, serbuk penaik dan soda bikarbonat digaul sekali.
3) Susu ,air panas dan minyak masak dicampur ke dalam telur yang telah dipukul sehingga kembang.
4) Campur adunan di dalam langkah 2 ke dalam langkah 3.
5) Kacau sehingga sebati.
7) Sediakan loyang kek yang sudah disapu dengan majerin(lapik dengan A4 paper pun boleh)
dan masukkan adunan kek yang sudah sebati.
8 ) Kukus sehingga masak kira-kira 30 minit. (tempoh masa kek siap masak bergantung kepada saiz loyang kek dan saiz api yang digunakan tapi sebaiknya pantau pada masa 20 minit)
*untuk check dah masak ke tak kek ini boleh cek dengan cucuk kek menggunakan lidi.
kalau takde apa yang melekat pada lidi bermakna kek tu dah masak.
9) TOPPING- Selepas masak, cairkan bar coklat dan sapu di atas dan sekeliling kek.
(boleh diganti dengan serbuk coklat+susu)
10) Letakkan hiasan dan SIAP ! ^_^


#sukatan dan bahan boleh diubah ikut keperluan.

SELAMAT MENCUBA !