Monday, March 24, 2014

Sotong kicap masak taucu

Assalamualaikum
hye semua !


Bahan-bahan :

3 ekor sotong (saiz besar)
1 inci halia - dititik
3 biji bawang putih - dicincang
2 biji cili api / cili merah -hiris
1 biji bawang besar - hiris bulat
1 cawan kicap manis 
2 - 3 sudu taucu
2 -3 sudu tepung jagung dan sedikit air.
garam & cuka secukup rasa (cuka boleh ganti dgn airasam jawa @ asam keping)

Cara-cara :
  1. Sotong dibersihkan & dipotong ikut citarasa.
  2. Tumis halia, bawang putih, cili hingga wangi.
  3. Masukkan kicap manis dan taucu ke dalam tumisan tadi.
  4. Masukkan bawang yang dihiris dan sotong. 
  5. Masukkan tepung jagung dan sedikit air. Kacau selalu.
  6. Biarkan hingga bawang layu & sotong masak. Sambil tu perasakan dengan garam & sedikit cuka.

**jangan biar sotong masak terlalu lama coz boleh menghilangkan rasa manis & liat bila dikunyah.
Selamat Mencuba ! ^_^

8 comments:

  1. sotong kicap pernah masak, tapi masak taucu tu tak pernah lagi, boleh cuba ni, thanks for sharing syira...

    ReplyDelete
  2. wahh..masak untuk makan tgah hari ke syira? :D

    ReplyDelete
  3. akk selalu telur je masak taucu...sedap nampaknya

    ReplyDelete
  4. Tak biasa letak taucu ..hehehe ..biasa kalau sotong akk singgang ,masak hitam,masak kicap atau masak merah ..sesekali buat sambal sotong

    ReplyDelete
  5. Masak taucu ? Taucu tu pa syira ?

    ReplyDelete

This is my personal blog,
Syira tulis tentang diri sendiri, hal sosial dan persekitaran + perspektif Islam,
fashion, resepi, tips blogging, book review and giveaway.

Segala ilmu,info,tips,gambar atau apa sahaja dari blog ini adalah hak milik peribadi, dari pemerhatian dan sumber yang boleh dipercayai.
Tiada yang diambil dari sumber lain melainkan yang telah dikreditkan/dibacklinkkan/dinyatakan sumber asal dibawah setiap artikel bagi menghormati penulis/pemilik artikel asal.

Pemilik tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang masalah dengan info yang anda kongsi di mana mana laman sosial.

Mohon bertanya dahulu sebelum membuat sebarang spekulasi atau penyebaran maklumat. :)

Mohon tegur jika salah.
Terima kasih. :)