"Semua penulis akan mati. Hanya karyanya yang akan terus abadi. Maka tulislah sesuatu yang akan dapat membahagiakan dirimu di akhirat nanti "
- Saidina Ali bin Abi Talib-


Monday, March 24, 2014

Sotong kicap masak taucu

Assalamualaikum
hye semua !


Bahan-bahan :

3 ekor sotong (saiz besar)
1 inci halia - dititik
3 biji bawang putih - dicincang
2 biji cili api / cili merah -hiris
1 biji bawang besar - hiris bulat
1 cawan kicap manis 
2 - 3 sudu taucu
2 -3 sudu tepung jagung dan sedikit air.
garam & cuka secukup rasa (cuka boleh ganti dgn airasam jawa @ asam keping)

Cara-cara :
  1. Sotong dibersihkan & dipotong ikut citarasa.
  2. Tumis halia, bawang putih, cili hingga wangi.
  3. Masukkan kicap manis dan taucu ke dalam tumisan tadi.
  4. Masukkan bawang yang dihiris dan sotong. 
  5. Masukkan tepung jagung dan sedikit air. Kacau selalu.
  6. Biarkan hingga bawang layu & sotong masak. Sambil tu perasakan dengan garam & sedikit cuka.

**jangan biar sotong masak terlalu lama coz boleh menghilangkan rasa manis & liat bila dikunyah.
Selamat Mencuba ! ^_^

8 comments:

Eimma said...

bestnya syira... huhuh

Farah Waheda Wahid said...

sotong kicap pernah masak, tapi masak taucu tu tak pernah lagi, boleh cuba ni, thanks for sharing syira...

Inani Hazwani said...

wahh..masak untuk makan tgah hari ke syira? :D

Mimie said...

Sedapnue syira..nak skit

msredcheesecake said...

akk selalu telur je masak taucu...sedap nampaknya

Lya Akif Imtiyaz said...

Tak biasa letak taucu ..hehehe ..biasa kalau sotong akk singgang ,masak hitam,masak kicap atau masak merah ..sesekali buat sambal sotong

Wafi Remli said...

taucu ni apa

Unknown said...

Masak taucu ? Taucu tu pa syira ?

DISCLAIMER

Ini merupakan blog peribadi.

Segala ilmu,info,tips,gambar atau apa sahaja dalam blog ini adalah hak milik peribadi, dari pemerhatian dan sumber yang boleh dipercayai.
Tiada yang diambil dari sumber lain melainkan yang telah dikreditkan/dibacklinkkan/dinyatakan sumber asal dibawah setiap artikel bagi menghormati penulis/pemilik artikel asal.

Pemilik tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang masalah dengan info yang anda kongsi di mana mana laman sosial.
Pendapat pemilik mungkin berubah mengikut nilai ilmu.
Mohon bertanya dahulu sebelum membuat sebarang spekulasi atau penyebaran maklumat. :)

Mohon tegur jika salah.
Terima kasih. :)
Daisypath Anniversary tickers

Official Blog Syira Lokman Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah