Saturday, February 3, 2018

Resepi Agar-agar Susu

Assalamualaikum
hai semua !

Resepi mudah kali ini yang Syira nak kongsikan ialah Agar-agar Susu. Agar-agar susu ni cantik. Itu yang buatkan Syira nak try..hehee..Buat agar-agar ni mudah, resepi yang sama je kita guna, lepas tu kita adjust perasa, warna, filling dan topping ikut suka :)


Bahan-Bahan :

1/2 paket agar-agar bertali
1/2 tin susu cair
1 cawan kecil susu pekat
2 cawan kecil air
5 sudu gula
sumi jelly
buah strawberry
nata de coco (perisa laici)

Cara-Cara :
  1. Masak air bersama agar-agar sehingga mendidih.
  2. Masukkan susu cair, susu pekat dan gula, kacau sebati dan masak hingga mendidih, kemudian tutup api.
  3. Kacau sebati dan biarkan dahulu dalam periuk.
  4. Tuang agar-agar susu kedalam loyang.
  5. Masukkan sumi jelly, nata de coco mengikut kesukaan anda.
  6. Sejukkan dalam peti ais selama 10 minit kemudian keluarkan dan taburkan strawberry yang telah dipotong.
  7. Masukkan semula loyang ke dalam peti ais dan sejukkan sebelum dimakan.


Selamat Mencuba ! ..hehe..

3 comments:

This is my personal blog,
Syira tulis tentang diri sendiri, hal sosial dan persekitaran + perspektif Islam,
fashion, resepi, tips blogging, book review and giveaway.

Segala ilmu,info,tips,gambar atau apa sahaja dari blog ini adalah hak milik peribadi, dari pemerhatian dan sumber yang boleh dipercayai.
Tiada yang diambil dari sumber lain melainkan yang telah dikreditkan/dibacklinkkan/dinyatakan sumber asal dibawah setiap artikel bagi menghormati penulis/pemilik artikel asal.

Pemilik tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang masalah dengan info yang anda kongsi di mana mana laman sosial.

Mohon bertanya dahulu sebelum membuat sebarang spekulasi atau penyebaran maklumat. :)

Mohon tegur jika salah.
Terima kasih. :)