Assalamualaikum
hye semua :)
Di Sebalik Tabir Photoshoot Majalah Rasa (Karangkraf) | 5 November 2015 yang lalu, Syira dan Liza (kawan) dijemput ke karangkraf bagi 1 sesi photoshoot untuk Majalah Rasa. Bila Kak Shida call ( 2 hari sebelum) terus Syira terima offer tu tanpa banyak songeh sebabnya memang 5 November 2015 tu Syira free and Kak Shida sanggup ambil Syira and Liza di Universiti Malaya. Gigih oke Kak Shida ambil kteorang dari fakulti semata-mata untuk bawa kteorang photoshoot di studio karangkraf. Pagi Khamis ada kelas, lepas kelas je Syira and Liza terus pergi makan and tunggu Kak Shida datang, malam pula bergegas siap untuk program "kedai jalanan". Memang jadual Syira padat untuk hari Khamis tu. Tak tahu la kenapa sekarang suka je penuhkan jadual. Penat tapi seronok ! :D
Sebenarnya dalam hati tak tau la kena buat apa kat studio, nak masak apa...ingatkan kena menu menu power padahal nak yang simple je...bila dah sampai sana, tenang je rasa, tambah pula disambut akak-akak team majalah rasa yang supporting. Rasa selesa sepanjang sesi and takde la rasa susah kerja macam ni. Menu kali ni Kak Shida pilihkan and kami kena masak je dalam studio. Kami slot terakhir untuk shoot hari tu sebabnya sesi hari Khamis tu dari pagi non stop oke. Hebat team Majalah Rasa ni ! *tunjuk lengan sado* ..patutlah masuk je studio banyak sangat makanan. ape lagi, bedal laaa kasi habis :D
Memasak memang favourite Syira sebab memasak boleh hilangkan stress ! and paling penting, boleh hilangkan kelaparan if makanan yang dimasak menjadi and sedap !..hahaha..kalau tak sedap memang tong sampah la jawabnya. Menangis rezeki.
Macam biasalah, kalau dah namanya masak untuk majalah, confirm setiap step kena acah-acah dulu sebab photographer nak shoot gambar kaw kaw baikkk punya. Padahal nanti masuk gambar tangan and periuk tu je lebih tapi setiap gambar je nak senyum. hahaa..tak sampai 10 minit settle kerja.
Ni la masakan special Syira omey angat...mudah, sihat, sedap and power ! main campak-campak je janji rasa sedap..yang paling penting, campakkan sekali kasih sayang dalam masakan, confirm makanan tu perghhhh, sedap gilerrr !
Lepas settle masak and posing ala ala model gitu, ape lagi..
perut pun berbunyi..makanan pun banyak, kita melantak la...hhahaa..
ni la saat paling best, lepas masak siap tangkap gambar terus makan :D nikmatnya makan, walaupun menu simple cukup buat perut kami kekenyangan.
Lepas habis kerja kami ke office dulu, lepak-lepak kejap sebelum Kak Shida hantar kami balik kolej. Sempatla selfie and posing acah-acah candid kat situ, kenkonon muka penat padahal excited.
Time nak acah-acah candid la KJ muncul kat tv belakang tu, ada hati nak masuk dalam gambar Syira Lokman :P
Tak boleh lama-lama bertapa kat karangkraf ni, memang rasa tak nak balik. Malam tu Syira ada program kedai jalanan pula, pasal ni Syira cerita next entry oke ? tunggu...Nak tau ruangan apa dalam Majalah Rasa ni akan terpampang wajah comel Syira Lokman ? Nak tau Syira and Liza masak apa ? hahaha..tu nanti Syira cerita. Jangan lupa dapatkan Majalah Rasa edisi Januari 2016 ye :D
Terima Kasih sudi baca, jumpa lain kali ^_^