Assalamualaikum
hye semuaa :)
[Kehidupan sebagai pelajar 1st year Kaunseling] yeayyy....lepas ni boleh update blog selalu sebab Syira dah start cuti :D
bestnyaaaa..dah selesai 2 sem, tinggal lagi 6 sem oke..6 sem..huarghhh ! jauh lagi perjalanan, entah berapa kali akan jatuh bangun jatuh bangun.
Alhamdulillah untuk 1 tahun ni, tahun pertama sebagai pelajar kaunseling Universiti Malaya.
Siapa sangka sekarang dah berusia 21 tahun, dah boleh kahwin dah..kan kan kannn ? hehe..
kalau dulu kecik kecik asyik mengamuk bila tak dapat anak patung barbie, tak nak tido malam selagi tak dapat mainan..lepas UPSR dapat asrama tapi tak mau duduk asrama, kuat merajuk tak boleh pisah dengan keluarga..pergi sekolah harian, lepas PMR, sambung form 4 form 5 SPM aliran sains memberontak tak minat tapi teruskan...lastnya kecundang banyak subjek sains D walaupun result takde yang gagal.. sakitnya Allah je tahu, kawan lain melambai lambai gembira masuk U, kte terumbang ambing lagi cari arah tuju...and kte decide sambung STPM, lastnya alhamdulillah berjaya menempatkan diri di salah satu universiti hebat dengan jurusan yang diidamkan.Failure will never overtake me if my determination to succeed is strong enough.It does not matter how slowly you go as long as you do not stop.
Ijazah Sarjana Muda Kaunseling dah habis setahun dah pun.
Sem 1 bermula dengan baik..yelaa..baru mula nak kenal kawan-kawan baru, dunia baru..terkejutnya bila dapat assignment, dulu time STPM (1st batch sistem modular) kena siapkan kerja kursus berpuluh-puluh muka surat, bila dapat assignment lecturer nak 15 pages..SAHAJA? okee..tu 1st thing yang agak surprise..yelaa..selama ni orang cakap belajar dekat U busy, banyak assignment, tak cukup masa..macam-macam la..
tapi kadang-kadang duduk dalam bilik dengan roomate, terfikir sejenak..
dulu zaman sekolah, pergi sekolah awal pagi...kat universiti kelas pukul 8 pagi dah terasa awal. Pelik jugak macam mana waktu sekolah dulu pukul 7 pagi dah terpacak kat tapak perhimpunan.
lepas pukul 1 sambung kelas tambahan(sekolah), aktiviti kokorikulum or kawad kaki sampai 5,6 petang. balik mandi solat makan..sambung buat homework, study tidur..dan aktiviti tu berulang setiap hari...
lepas pukul 1 sambung kelas tambahan(sekolah), aktiviti kokorikulum or kawad kaki sampai 5,6 petang. balik mandi solat makan..sambung buat homework, study tidur..dan aktiviti tu berulang setiap hari...
tapi sekarang di U dalam 5 hari hanya ada beberapa kelas (bukan kos perubatan and kos lain yang heavy), masih sempat join projek kolej, aktiviti universiti, masih sempat online, tambah phone 24 jam di tangan, sempat tidurr...and still kita cakap tak cukup masa..padahal hari cuti je balik, merayap sana sini..makan itu ini..
still buat assignment last minute, tangguh kerja projek, esok nak present hari ni buat slide.. kita betul-betul sibuk atau tak pandai bahagikan masa?? sedangkan due date untuk sesuatu tugasan tu dah diberitahu awal...tapi untuk sesetengah orang akan cakap
"ala..relax la..life bro ! lekluuu..masih muda"
selalu juga fikir tentang ni.
one of my friend pernah cakap sebelum Syira jejakkan kaki ke universiti "if kamu boleh lepas form6, kamu akan senang di U"
Lecturer pernah cakap "kita ni selalu sibuk, sibuk itu la sibuk ini la sampai takde masa untuk orang lain(buat kebajikan/amal), sekarang cakap tengah belajar sibuk, nanti dah kerja pun sibuk"
and masih teringat kata-kata seorang lagi lecturer, "kita ada banyak masa tapi kita je tak pandai bahagikan masa...utamakan mana lagi penting".
Mungkin ada sebab kenapa Syira ditakdirkan untuk ambil jurusan kaunseling. HIKMAH ! ada something yang Allah cuba sampaikan...
"apa sahaja pekerjaan kita di dunia, hidup ini untuk memberi bukan sahaja menerima".
Alhamdulillah...masih boleh handle masalah sepanjang tahun pertama di UM. Tak pernah lagi lewat hantar assignment, tak pernah tidur melebihi 2 pagi semata-mata untuk siapkan assignment, masa tidur Syira sepanjang 2 sem ni paling lewat pun pukul 1 or 2, mostly sem 1 pukul 12 lebih tidur dah.
yeayyy..misi berjaya !..hehe..padahal time form 6 cikgu siap pesan dah.."nanti masuk U, dapat je assignment g library, cari buku pinjam awal, nanti lambat orang lain ambil dulu, sekarang awak senang belajar ada internet guna laptop, dulu susah" ...
cikgu..saya ingat pesan cikgu..
mesti cikgu bangga if baca ni kan..hehe..
tapi kan cikgu...masuk sem 2 lebih guna internet je cikguuu :P *kantoi..asal masuk library je ngantokkkk and pernah masuk library semata mata nak tidoo sementara tunggu kelas!
kahh ! contoh baikkkk sangat..
Syira akui..kos Syira tak banyak sangat subjek..sem 1 ada 7 subjek..sem 2 hanya 6 subjek..
sem 1 sekali je ponteng kelas, sem 2 pula 6 kali (3 ponteng, 2 projek, 1 demam)..itu ni jangan ikut..hahaha..ponteng tanpa rasa bersalah..
adik adik jangan ikut hakak okeeehhh !
Biasalah misi pelajar universiti, result mesti nak gempak, mengejar banglo 4 tingkat..misi 4.00..bagus ada matlamat ! kita akan lebih berusaha tapi pastikan usaha kita seiring matlamat dan jangan berusaha dengan perkara yang salah (tiru time exam).
alhamdulilah..sem 1 result Syira 3.65 ..mungkin kalau di U lain dah dekan but di UM 3.7 baru dekan..so kekurangan 0.05 tu agak mengecewakan..tapi kejap jela...lama-lama i oke je uolls...walaupun jelaous tengok orang lain terima anugerah..
...alhamdulilah..rezeki..exam sem 2 ni baru je lepas..harap ada rezeki lebih baik, insyaAllah..dah usaha sebaik mungkin, so biar Allah lakukan tugasNya, bersangka baik, berdoa :)
...alhamdulilah..rezeki..exam sem 2 ni baru je lepas..harap ada rezeki lebih baik, insyaAllah..dah usaha sebaik mungkin, so biar Allah lakukan tugasNya, bersangka baik, berdoa :)
Change your thoughts and you change your world.
Beberapa projek kolej dan fakulti yang Syira dah join untuk 1 tahun ni :
- Program Kaunseling di Pusat Koreksional Dungun, Terengganu.
- Program Masih Ada Yang Sayang di Cure and Care Rehabilitation, Serendah, Selangor. (Pengarah Projek)
- Program Masih Ada Yang Sayang di Sekolah Henry Gurney, Melaka.
- Malam Anugerah Kaunseling dan Alumni 2015. (Biro Publisiti)
- Malam Penganugerahan Astar 2015.
- Sinar Mahabbah ASTAR (Biro aktiviti)
- Gerai Konvo ASTAR (Biro makanan)
- ASTAR Caring Day (sukarelawan-bersama anak yatim, down syndrome dan orang tua).
- Open Floor Astar Fiesta Hari Terbuka 2015 - Cinderella B200 (Johan P)
- Kursus Kefahaman Islamofobia.
- AJK- JKP Kebajikan dan Kemasyarakatan KK1 2014/15
- Program sehari bersama seksyen Kaunseling, Kerjaya & OKU
- Majlis sambutan hari antarabangsa Menangani keganasan terhadap wanita 2014.
- Hari Terbuka Psikologi 2014.
- Aktiviti carian dana : Car Wash
Seronok sangat join aktiviti..banyak lagi aktiviti sebenarnya tapi Syira "memilih" ..hehe..mana yang mudah tapi best and menusuk kalbu kte join..lain bagi orang lain pula join..hehe..
jenuhhh la if nak join semua kannn..yang penting kena seimbang study sekali..
sebab Syira sambil belajar sekarang ni pun still bekerja "cari makan" dengan blog, facebook dan instagram (advertorial-review-promotion)..syira juga join program affilate, paid advertising copywriter untuk 1 blog produk kecantikan dan kesihatan serta vendor pakaian di butik Zmar Apparel Shoppe.
Alhamdulillah...masih muda ni elok cari rezeki..untuk masa depan, if hayat tak panjang boleh sedekahkan :) semua hak Allah. kita usahakan je..
banyak sangat nak cerita sebenarnya..ni susah bila dah start menaip..tangan memang tak nak stop..hehe..oke dahh.jangan lelebih..banyak sangat kisah "setahun" yang nak dimasukkan dalam ni..
entah macam mana la kalau lepas konvo kan..nak masuk kisah 4 tahun dalam entry ke cam mana ?
haha
alhamdulillah :) syukur !
indahnya hidup if kita memilih untuk membahagiakan bukan sekadar mengharap dibahagiakan :)
Doakan Syira berjaya dengan 1st class degree so boleh proceed Phd skip master :D hehe..
Rancangan Allah itu lebih sempurna dan lebih teratur dari impian yang diatur oleh manusia.
Syira tak dapat JPA and takde bantuan ptptn atas sebab tertentu...jealous bila orang lain pointer lagi rendah dari Syira and dapat JPA, tapi yela..rezeki orang, bukan rezeki Syira mungkin :)
sebab tu Syira kena berjuang untuk diri sendiri..belajar and cari duit walau sikit, sedih bila mama abah sampai nak pencen kena tanggung yuran anak-anak :'( sebab tu mana-mana mak ayah selalu pesan "kamu belajar je,duit boleh cari,takpe" *deep...
My mission in life is not merely to survive, but to thrive; and to do so with some passion, some compassion, some humor, and some style.
Always do your best. What you plant now, you will harvest later.
Believe in yourself! Have faith in your abilities! Without a humble but reasonable confidence in your own powers you cannot be successful or happy.
Believe in yourself! Have faith in your abilities! Without a humble but reasonable confidence in your own powers you cannot be successful or happy.
terima kasih sudi baca, semoga bermanfaat :)
http://instagram.com/syira_lokman/
http://instagram.com/syira_lokman/
banyaknya program syira.. apapun semoga syira berjaya menempuh alam belajar dengan jayanya..
ReplyDeletePeh..dek non..panjang N3 hari ini..huhuhu...
ReplyDeleteactually,dlu pun mohon couse nie kaunseling kat UKM..:)
tapi nak buat mcner...rezeki di tempat lain...
Goodluck :)
ReplyDeleteJangan lupa join contest Lazada, boleh menang GoPro atau duit raya CASH
Boleh click sini >
http://emyyyyemyyyy.blogspot.com/2015/06/berhari-raya-dan-contest-bersama.html
good luck sbg seorang pljr ya dik..
ReplyDeleteeh ad dlm group whatsapp kan? Yui mcm perasan..huhuh
goodluck n all the best ye syira..rindu zaman u dulu.
ReplyDeleterasa mcm nk putar balik je. penat mmg penat tp enjoy jee :)
Assalam, hai.. singgah balik.. Tahniah ye, for the good results, and all your success u have done, mcm best je kos kaunseling?
ReplyDeletedulu pernah nak, tp abah tak kasi, then amek science, fuhh, tak berkenan, and skrg kerja, lain bidang, hehee... bolehla..cri2 duit...huhu~
enjoy ur holidayyyy ok :)
gudluck syira :)
ReplyDeleteas salam. teringat masa study kat UM dulu. abe kie belajar 2 thn di PAS n 4 thn di Fakulti Pendidikan. Ambik TESL je. Masa tu kuliah n tutorial berlangsung di tiga fak...pendidikan, sains sosial n pusat bahasa. terkejar2 gak. rasa best sgt jd mahasiswa...
ReplyDeleteP.S. Ni akaun anak abe kie...malas nak sign out kan dia.
www.zukidin.com
Zaman U adalah zaman paling best! Good Luck Syira :D
ReplyDeleteGood luck study ye, nanti klu saya ade probs or tension ke kan leh lah dtg sini ngadu haha XD
ReplyDeleteSyira, memang kena dengan bidang kaunseling. Zumal baca cukup memotivasikan diri. Apa pun teruskan perjuangan, semoga dipermudahkan segalanya...
ReplyDeleteterima kasih semua..doakan syira terus istiqamah dan rendah diri ye :)
ReplyDeletegood luck syira
ReplyDeletebestnya baca entry ni.penjalanan sepanjang di um
menarik
kena pandai bahagikan masa ye
ciksu doakan.smga shira terus kecapi kejayaan di masa akan datang..
Seronok lah dah start cuti :)
ReplyDeleteAssalam syira,
ReplyDeletegood luck dalam study naaaaaaaa
chaiyok3
apa pun semoga berjaya syira!
ReplyDeletegood start syira...
ReplyDeletesemoga terus berjaya menggapai impian & cita-cita :)
Post ni banyak memberi inspirasi. Thanks a lot sis :)
ReplyDelete