"Semua penulis akan mati. Hanya karyanya yang akan terus abadi. Maka tulislah sesuatu yang akan dapat membahagiakan dirimu di akhirat nanti "
- Saidina Ali bin Abi Talib-


Wednesday, May 6, 2015

Sukarelawan untuk Astar Caring Day.

Assalamualaikum
hye semua :D

ni lagi 1 entry yang berkurunnnnn disimpan dalam draft dan baru hari ni berkesempatan untuk publish. Astar Caring Day merupakan antara projek kolej yang Syira join selepas Gerai Konvo Astar dan Sinar Mahabbah Astar :D Astar Caring Day sendiri buat 2 projek iaitu pertama menjadi sukarelawan di Rumah orang-orang tua iaitu Rumah Seri Kenangan pada 6/12/2014 dan aktiviti kedua ialah sukarelawan untuk anak-anak down syndrome serta anak-anak yatim. Syira join kedua-dua aktiviti..
seronok bila join macam-macam projek kolej ni, dapat ramai kawan baru dan pengalaman yang superly awesome !


Trip ke Rumah Seri Kenangan diadakan Disember yang lalu and trip tu Syira tak update dalam blog atas alasan tertentu.. so Syira nak share dengan korang pengalaman Syira join projek kedua pada 14 Mac 2015. Astar Caring Day bersama anak yatim and down syndrome merupakan satu projek di bawah kolej kediaman pertama dan diadakan semasa KAKUM (Karnival Kolej-kolej Kediaman Universiti Malaya) . 
Untuk projek ni sahaja Syira tidak terlibat sebagai ahli jawatankuasa tetapi Syira tetap support sebagai sukarelawan.
Sesiapa je boleh berkhidmat sebagai sukarelawan and semua sukarelawan perlu menjaga dan menceriakan seorang kanak-kanak. Pada hari tersebut Syira and kawan Syira iaitu Lina dapat seorang anak jagaan berbangsa cina iaitu si comel Zhe Wei (Down Syndrome). Macam-macam permainan disediakan buat tetamu kecil pada hari tersebut seperti puzzle, spider web, pertandingan mewarna, aerobik and many more..

Zhe Wei tak pandai bercakap tapi seronok sangat layan, sebab dia anak yang sangat baik and comel !
seronok sangat main sampai ajak makan pun tak nak..aktif sangat sampai berpeluh juga la nak berlari berkejaran sambil terbang terbangkan boleh untuk buat Zhe Wei gelak :D
rinduuuuu..aktiviti macam ni Syira suka sangat sebab pengalaman mendalami kehidupan orang lain and rasa terharu lihat kegembiraan anak-anak ini dalam melayari kehidupan.

Kaang-kadang bila scroll gambar dalam phone,,rinduu...walaupun hanya sehari dari pagi sampai petang jaga anak ini, cukup buat hati ni terikat :') dalam hidup ni, kita sentiasa rasa semuanya belum sempurna, semuanya tak cukup..dapat 1, nak 2 pula..dapat 2, nak 3 pula..
sampai bila-bila kita tak rasa puas, tak rasa cukup..tapi kita perlu bersyukur dengan secebis rezeki yang kita ada, dengan sekelumit nikmat yang kita perolehi.
mereka tidak sempurna tetapi jiwa mereka bersih dari kita :)
semuanya semoga kebahagiaan menjadi milik mereka.
Tahniah buat team Astar Caring Day..korang awesome and alhamdulillah projek ni berjaya !
harap projek ni diteruskan next year sebab Syira nak join lagi :D

10 comments:

Mek Onie said...

tengok adik sindrom tu tetiba teringat kat pakcik dan sepupu,semoga mereka tabah dalam harungi kehidupan .

Haryani Mohd said...

Seronok Syira dapat pengalaman begini. Dapat belajar banyak benda kan dengan mereka :)

ArY+ShA=AmZaRFaYyAdH said...

Assalam syira,
baguih3
xtviti amal yang berfaedah

izzeyda said...

bagus program sebegini diadakan..

Syira Lokman said...

@Mek Onie KAN...SYIRA SUKA LA DGN DIORG..RASA TENANG..DIORG INSAN ISTIMEWA PILIHAN ALLAH :)

Syira Lokman said...

@Haryani Mohd AAH..DIORG BEST SGT..COMEL..WALAUPUN TAK RETI CKP TP KAMI FAHAM..

Syira Lokman said...

@Haryani Mohd AAH..DIORG BEST SGT..COMEL..WALAUPUN TAK RETI CKP TP KAMI FAHAM..

Syira Lokman said...

@ArY ShA=AmZaRFaYyAdH BETUL TU..NAK JOIN LG NNTI..HEHEE

Syira Lokman said...

@izzeyda NI PROJEK KOLEJ..MMG BEST..PENGALAMAN ISTIMEWA DN ANAK YATIM N DOWN SYNDROME.

✿ Ina Ainaa ✿ said...

wahh best dapat pengalaman baru bila bersama dengan mereka sebegini.. tapi ena tak boleh la.. ena cepat sebak dan sedih tengok budak kecil ni.. hurmmm

DISCLAIMER

Ini merupakan blog peribadi.

Segala ilmu,info,tips,gambar atau apa sahaja dalam blog ini adalah hak milik peribadi, dari pemerhatian dan sumber yang boleh dipercayai.
Tiada yang diambil dari sumber lain melainkan yang telah dikreditkan/dibacklinkkan/dinyatakan sumber asal dibawah setiap artikel bagi menghormati penulis/pemilik artikel asal.

Pemilik tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang masalah dengan info yang anda kongsi di mana mana laman sosial.
Pendapat pemilik mungkin berubah mengikut nilai ilmu.
Mohon bertanya dahulu sebelum membuat sebarang spekulasi atau penyebaran maklumat. :)

Mohon tegur jika salah.
Terima kasih. :)

Official Blog Syira Lokman Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah