"Semua penulis akan mati. Hanya karyanya yang akan terus abadi. Maka tulislah sesuatu yang akan dapat membahagiakan dirimu di akhirat nanti "
- Saidina Ali bin Abi Talib-


Thursday, October 2, 2014

"Projek Car Wash" !

Assalamualaikum 
Hai semua.

Yeayy ! update blog lagi..hehe..seronoknya bila dapat update blog ni...rinduuuu ~

Jumaat (26 September 2014) pelajar tahun pertama jurusan Kaunseling menjalankan satu aktiviti iaitu servis cuci kereta dan motor di Perkarangan Perpustakaan Utama Universiti Malaya :D
Bermula jam 7 pagi hingga 12,kami dah mula kerah tenaga menyental,mengilat dan mem"baru"kan semula motor serta kereta pelanggan kami !

Untuk makluman semua,
aktiviti ni dibuat bagi mengumpul dana untuk satu projek khas iaitu projek mendekati banduan dipenjara.

Nama Program : Journey to Self Maturity

Tarikh : 19 – 21 Disember 2014
Hari : Jumaat hingga Ahad
Tempat : Penjara Marang, Terengganu
Anjuran : Mahasiswa-mahasiswi Kaunseling Universiti Malaya
Sasaran : 34 orang banduan Penjara Marang, Terengganu

kami ingin menggunakan peluang keemasan ini untuk mencungkil seberapa banyak pengalaman bersama banduan di Penjara Marang,Terengganu serta menyumbangkan pandangan dan keringat demi memantapkan kemahiran para mahasiswa kaunseling. 
Agenda dan misi penting pada kali ini adalah untuk mengupas dan menyelami punca dan teori jenayah khususnya dalam kalangan remaja.

Bagi para banduan Penjara Marang, Terengganu pula, kami yakin dengan program perkongsian daripada para mahasiswa kaunseling ini dapat memberikan harapan dan penjelasan jitu kepada mereka yang sedang berusaha untuk melepaskan diri daripada kecelaruan identiti serta bangkit untuk kembali ke kehidupan yang lebih baik di sisi masyarakat.


Bagi memastikan perancangan kami ke penjara itu berjaya, kami perlu mengumpul dana sebanyak mungkin :)
Untuk mengumpul dana, kami pelajar Kaunseling telah menjalankan satu aktiviti yang dinamakan "Projek Car Wash" .

Seronok cuci kereta dan motor beramai-ramai ni tau :D
meriahhh dengan mulut tak berhenti bercakapnya...
ada yang siap bercakap dengan kereta lagi..haha :P


Ni sebahagian dari baldi pelajar jurusan kaunseling..meriahhh..
macam-macam warna ada..
yang penting ..salah satu BALDI PINK tu Syira punyaa ^_^


Bayaran yang dikenakan untuk kereta ialah RM10 manakala motor RM5.
masih ramai insan yang baik hati sudi membantu kami dan ada yang sanggup seikhlas hati bagi lebih :)


Alhamdulillah !
seawal jam 7 pagi hingga 12 tengah hari kami berjaya mengumpul wang sebanyak RM700+ ...melepasi target asal kami dan ini satu kenikmatan rezeki yang sungguh membanggakan :)

Yang baju hitam dalam gambar atas ni Professor Dr. Abd Razak bin Zakaria..
Pensyarah Psikologi Sosial..
dialah yang memberi idea kepada kami untuk menjalankan projek ni..
dapat paip tu kat dia..habis semua kena siram..mandi le komee...haha..


Jam 12 tengah hari semuanya selesai dan alhamdulillah..lumayan hasilnya :D
hubungan kami rakan sekelas pun makin akrab ^_^


namun wang yang ada belum cukup untuk menampung perbelanjaan kami ke Penjara Marang, Terengganu selama 3 hari..

Oleh itu, kami perlu menjalankan beberapa aktiviti lagi untuk menambah dana dan insyaAllah kami akan mencuci kereta serta motor anda semasa Festival Konvo UM bulan Oktober nanti :)

kami juga berharap agar ada pihak di luar sana yang sudi menyumbangkan dana kepada kami :)
sikit pun tidak mengapa kerana 1 sen membawa erti beribu kasih sayang :)

### Sesiapa yang berminat untuk menaja aktiviti dipenjara pada bulan 12 ini, boleh pm syira di facebook Syira Lokman atau emel syiralokman21@yahoo.com.my ..
apa sahaja tajaan kami terima..sikit atau banyak :)
bantuan anda amat kami hargai..


TERIMA KASIH SEMUA !


4 comments:

Anonymous said...

Pasti seronok ni. ;D

Unknown said...

semoga dipermudahkan segala urusan.. :)

Iola said...

Waaa meriah

Ibu Fahim said...

Wah!!!Bagus...;-)

DISCLAIMER

Ini merupakan blog peribadi.

Segala ilmu,info,tips,gambar atau apa sahaja dalam blog ini adalah hak milik peribadi, dari pemerhatian dan sumber yang boleh dipercayai.
Tiada yang diambil dari sumber lain melainkan yang telah dikreditkan/dibacklinkkan/dinyatakan sumber asal dibawah setiap artikel bagi menghormati penulis/pemilik artikel asal.

Pemilik tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang masalah dengan info yang anda kongsi di mana mana laman sosial.
Pendapat pemilik mungkin berubah mengikut nilai ilmu.
Mohon bertanya dahulu sebelum membuat sebarang spekulasi atau penyebaran maklumat. :)

Mohon tegur jika salah.
Terima kasih. :)
Daisypath Anniversary tickers

Official Blog Syira Lokman Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah