"Semua penulis akan mati. Hanya karyanya yang akan terus abadi. Maka tulislah sesuatu yang akan dapat membahagiakan dirimu di akhirat nanti "
- Saidina Ali bin Abi Talib-


Tuesday, March 17, 2015

Open Floor Astar FHT 2015 - Cinderella B200

Assalamualaikum
hye semua

Sejak masuk sem 2 ni manjangg je tde mood, bila ntah mood rajin study nak sampai, mungkin tertinggal kat Ipoh pastu tak nak datang datang dah..
padahal lebih pada malas sebenarnya.
Bila ada masa free..tidooo..bila bosan, online...pastu bila tak siap assignment cakap kenkonon busy dengan aktiviti..busy bersukan sebenarnya, sukan atas katil..hahaha..
untuk sem 2 ni Syira join 3 projek kolej iaitu Sinar Mahabbah Astar, Astar Caring Day (sukarelawan) dan Program Pertukaran Budaya Antarabangsa (Indonesia). Last sem dah join Gerai Konvo Astar..sudah ! jangan lebih lebih..pointer akademik kena jaga juga.

Minggu lepas bersempena Fiesta Hari Terbuka Astar, banyak tau aktiviti best dijalankan and salah satunya ialah open floor :D open floor ni special sikit..setiap floor diberi tema untuk hias floor masing-masing.pandai pandai la korang nak hias macam mana pun asalkan cantikk meletoppp !
Antara tema yang dipilih ialah cinderella, hunger games, spongebob, doraemon, night at the musium, jurassic park dan sebagainya.
selalu before ni mana boleh nak masuk blok orang lain, setakat blok perempuan oke je..blok lelaki memang tak la...tapi special untuk aktiviti open floor, pada masa tertentu..gegirls boleh masuk blok boboys dan boboys boleh masuk blok gegirls :D
best tak best tak ??
haha..mestilah best kan..bleh cuci mata..intai intai kot ada yang handsome ke..hahahaa..

aip aip!! dosa dosa... :P

Floor Syira dapat tema Cinderella :D memang i likeeeee ...bajet ala-ala princess of the day la kenkonon...

Kalau cerita cinderella ada kereta kuda kann..ni ala-ala kereta kuda yang takde kuda..hahaa..
style labu and paling penting..ni lah yang dijadikan photobooth :D
best tauuuu..boleh selfieee bebanyakkk !


bilik yang dijadikan showroom..bilik ni kami design ala-ala "ballroom" :D
disaat cinderella bertemu cintanya si putera raja ^_^
ecece...
tapi bilik ni takde pun hasil kerja Syira..Syira tolong bahagian jalan, carridge and pokok tepi dinding je :))



Pokok ni antara salah satu hasil kerja Syira and kenkawan lain..
lawa tak lawa takk ??
hehee...siap ada dedaun berguguran gituuwwww..
si baju oren mak tiri cinderella yang garang@sombong..kenkonon berlakon buat muka garang la tu :P
menjadi tak ?
agak agak boleh berlakon filem David Teo tak lepas ni ?? :D

Barisan gadis-gadis cantik menarik tertarik kau memang kebababommm dari floor B200 astar :D
gigih tak tido semata-mata nak cantikkan floor oke..
semua harus bersatu dan bekerjasama..kata floormate kan..
apa yang penting ?? kerjasama~~~


Jodoh jodohhh..pilih pilihh...hahaha
dari kiri ..2 kakak tiri cinderella yang suka membuli kenkonon diorg paling lawa dari cinderella..
baju putih tu roomate syira..dia la si cantik manis cinderella kami ^_^ hehe..
ehem ! dan yang paling menawan berbaju oren tu mak tiri cinderella yang garang tapi baik hati ?
baik hati ke ?? hehe...Syira laaa..bajett comel disituu...
fefelingg princess japp pakai baju sponsor :D btw, semua baju yang kami pakai ni senior sponsor..
Farah Efa ^_^ bajuu semuaaa hot uollls...stokk retis punya bajuuu je ni..
untungla dapat pinjam sekejappp..hehe..
sepanjang aktiviti open floor..Syira and cinderella jenjalannn melawat blok lain :D 
Bajet princess, anak raja melawat kawasan :P

an an an ..tottemo daisuki..doraemon ~~~

doraemon pun suka tau baju syira ni..excitedd gituuww sebab doraemon mokmok..mana muat nak pakai baju tuu..hahaha...pegang je eh monmon..jangan tarik tarik monmon, ni pun baju orang..Syira pinjam je..hahaha..
mati la makkkkk kalau rosak kena ganti pulaa kannnnnnnnn.
Alhamdulilah...floor kami bertemakan Cinderella menjadi JOHAN untuk open floor Astar bagi kategori perempuan ^_^

yeayyyy ! tak sia-sia tertonggeng-tonggeng tampal plastik sampai atas lantai semata-mata nak buat jalan ala-ala capet merah siapa ada pavement :P

Baru je selesai dengan Fiesta Hari Terbuka, beberapa hari lepas berakhir pula Astar Caring Day ? apa aktiviti sepanjang menjadi sukarelawan untuk Astar Caring Day ?
itu nanti Syira story di next entry oke ? tunggu ~~~
Lepas ni ada lagi 2 projek yang Syira join iaitu Sinar Mahabbah Astar dan Program Pertukaran Budaya Antarabangsa (Indonesia). 
Wish me luck ^_^ doakan semuanya berjalan lancar and Syira berjaya dunia akhirat :)

Kalau nak tengok gambar Syira sepanjang aktiviti...follow > http://instagram.com/syira_lokman/

8 comments:

Nieyl said...

Singgah pagi...
kreatif..:)

Farah Waheda Wahid said...

wah menarik idea ni syira...

Ainim Suju said...

menariknya ada program begini..tema lain takde gambar ek?

ieta mat sa'ad said...

cantiknya Syira... Gd luck ya Syira ^__^

Hana Syed said...

wah memang real sangat. akk tengok dari gambar pun dah rasa best. Tahniah untuk usaha korang..

Alin Marlini said...

Salam kenal. Kreatif dan cantik. Mau bg brapa bintang ya?????

ArY+ShA=AmZaRFaYyAdH said...

Assalam syira,
hamboi3
saaaaaaaaaaaakaaan
tapi napa baju syira kejap warna merah kejap warna oren??
ke mata akak yang mereng ni???he3

Syira Lokman said...

menarik kannn ! seronokk..hehehe..
tema lain ada tp hanya 30 minit utk masuk blog lelaki n 30 minit utk masuk blok perempuan..so tak sempat nak tgkap gmbar and ada floor yang ala kadar je design :) .. hehe..baju tu oren..setting phone kawan jd cm ne ntah wne jd terang sgt..ehehe

DISCLAIMER

Ini merupakan blog peribadi.

Segala ilmu,info,tips,gambar atau apa sahaja dalam blog ini adalah hak milik peribadi, dari pemerhatian dan sumber yang boleh dipercayai.
Tiada yang diambil dari sumber lain melainkan yang telah dikreditkan/dibacklinkkan/dinyatakan sumber asal dibawah setiap artikel bagi menghormati penulis/pemilik artikel asal.

Pemilik tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang masalah dengan info yang anda kongsi di mana mana laman sosial.
Pendapat pemilik mungkin berubah mengikut nilai ilmu.
Mohon bertanya dahulu sebelum membuat sebarang spekulasi atau penyebaran maklumat. :)

Mohon tegur jika salah.
Terima kasih. :)

Official Blog Syira Lokman Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah