"Semua penulis akan mati. Hanya karyanya yang akan terus abadi. Maka tulislah sesuatu yang akan dapat membahagiakan dirimu di akhirat nanti "
- Saidina Ali bin Abi Talib-


Thursday, April 16, 2015

Projek Sinar Mahabah Astar.

Assalamualaikum
hye semua :D

Hello ! hello ! kte sedang honeymoon..hehehe..
midsem break ! Boleh bayang tak muka keriangan di situ :D
haha... tapiiii
banyakkkk kerjaa ! Banyak sangat benda nak dibuat dalam masa beberapa hari je yang tinggal ni..tapi takpe..
slow and steady :D
sem 2 ni Syira join beberapa projek kolej and salah satunya ialah projek Sinar Mahabah ASTAR :D
Ada pelbagai aktiviti yang dijalankan untuk projek ni antaranya ialah kursus kahwin, kursus sembelihan, ceramah "ijazah vs sijil nikah", malam tangisan gaza dan futsal amal.


Syira merupakan salah seorang ajk untuk Biro Aktiviti dan tugas group Syira adalah urus kursus sembelihan !
huarghh..kenapa la tak ditugaskan untuk urus kursus kahwin ?? kalau tak..confirm dapat join kursus kahwin..
disebabkan kursus kahwin dan kursus sembelihan dibuat pada tarikh yang sama, so Syira terpaksa la sabarkan diri untuk berjinak jinak dengan jalan menuju perkahwinan..hehee..
kita jaga ayam dulu baru fikir jaga laki oke :P

so..meh sini, Syira nak story aktiviti sepanjang projek Sinar Mahabah ASTAR ! :D Aktiviti ini berlangsung dari 3 April hingga 5 April 2015 yang lalu di Kolej Kediaman Pertama, Universiti Malaya.
Syira cerita pasal ayam ye sebab tu bahagian kte :P
Jumaat malam hanya ceramah "ijazah vs sijil nikah" je .
Pagi sabtu tu dimulakan dengan aktiviti sembelihan..sembelih ayam oke..
bukan lembu,itik atau biawak !
tengok betul-betul ye..kita sembelih ayam..
eh silap! bukan kita..hehe..mereka..Syira tengok je..maklumlah..krew kan..so Syira jaga ayam yang dah disembelih dengan selamat je :P


jangan risau..ayam ni semua disembelih dengan baik, sambil tu ada ustaz yang ajar..bukan suka hati je sembelih dikk oiii..kang tak pasai pasaii..seksa ayam tu..
ayam yang dibeli ni suci putih gebu..macam pakai qu puteh pula nengoknye :P hehe..
Alhamdulillah..selesai je sembelih terus dibawa ke ruangan memasak untuk krew cabut cabut bulu ayam.
lepas selesai aktiviti pagi, dah sembelih, celur, cabut bulu, potong and bersihkan, kteorg sambung aktiviti petang bermula lepas asar pula dengan menggoreng and membakar !

nampak tak makcik tudung biru menggoreng sambil mulut potpetpotpet tak berhenti..
acah-acah dialah hebat goreng ayam..kahkahkah !


anak dara..anak dara..orang lain masak,si tudung biru melantak !
sumbat ayam dalam mulut kenkonon sedap sangat masakan sendiri..


"posing" depan camera dengan wajah paling ayu katanya, di tangan tetap pegang ayam , sepanjang masak tak berhenti makan...yang penting..time masak pun still melawa pakai shimmery bawal square by Syira Lokman oke..kalau nak beli jangan lupa serbu Zmar Apparel Shoppe.
hehe..sempat promoteeee...
ouh lupa..tshirt yang Syira pakai ni pun free tau ! dapat 2 lagi..hehehe..
 hadiah dari ephiliamalaysia ! terima kasih ephiliamalaysia !

lepas bergambar bajet cun tadi..sambung mengunyah :P kalau dikira ntah berapa je ayam yang berjaya diselamatkan, lain semua dah ditelan oleh krew..sedap sangat la kononnya :P

tadaa ! ni bahagian ayam yang dibakar ! yang dibakar orang lain buat oke..so tak perlu kot masukkan semua gambar..hehe..gambar ayam bakar pun sudah membuatkan dirimu terliur :P
Jam 8 malam macam tu aktiviti memasak selesai...so lepas isyak ada program lain pula iaitu Malam Perpaduan Ummah@Malam Tangisan Gaza. Malam ni Syira jaga gerai Aman Palestin pula..saja tolong-tolong..bukan jaga je oke..bergambar itu perlu ~~~ hewhewww ~~

yang penting..support Gaza, Support Aman Palestin, support Islam :))


tadaaa ! kami krew untuk Projek Sinar Mahabah ASTAR yang comel lagi manis..hehee...
Alhamdulillah..Projek Sinar Mahabah berjalan dengan lancar dan yang penting kami HAPPY !
kawan baru, projek baru and pengalaman baru..
lepas ni ada lagi 1 projek kolej..projek apa lagi ?? haha..tunggu oke..insyaAllah lepas raya :))


terima kasih sudi baca :)) doakan kita semua berjaya dunnia akhirat oke !


10 comments:

fariza rahman said...

saya last sembelih ayam masa form 5, sembelih ayam dekat dengan longkang, habis je sembelih, terlepas ayam terus masuk longkang.... tapi boleh je makan... syarat2 wajib semua dah buat kan.. :)

yang baik said...

wah bestnya dapat pengalaman manis macam nie... sungguh berharga.

Ana Solehah DI said...

Tahniah syira... mmg best pon program cenggini kan... jadi kenangan suatu hari nnt :)

Ana Solehah DI said...

Tahniah syira... mmg best pon program cenggini kan... jadi kenangan suatu hari nnt :)

ArY+ShA=AmZaRFaYyAdH said...

Assalam syira,
haaaaaaaaaaa
naseb baek gambor hat last2 tu uols tak nunyap naaaaaaaaa
he3 :P

Akif Imtiyaz said...

Wah menarik juga program ni Syira ..Dapat pendedahan yang berguna dan baru untuk diri sendiri kan Syira..Alahai tgk Syira makan ayam goreng tuu..Aipp aipp takbuat kerja makan jer yaaaa

ejulz said...

Terbaek.. :)

ejulz said...

Jemput singgah sini k. tq "Kes Buli Budak Sekolah Lagi!!!"

"Hati Perempuan"

Jemput Join ek.. :) "SEGMEN : Ucapan Hari Lahir Buat 'Si Lala' Pada 13 Mei"

khaty aiman said...

seronokkan boleh libatkan diri dengan program macam nie..

h- Zinnirah said...

seronok bila ada program macam ni, pengisian jiwa. bab2 kahwin tu memang kena jinak. nanti mengganas waktu akad nikah mcmana? hihi

DISCLAIMER

Ini merupakan blog peribadi.

Segala ilmu,info,tips,gambar atau apa sahaja dalam blog ini adalah hak milik peribadi, dari pemerhatian dan sumber yang boleh dipercayai.
Tiada yang diambil dari sumber lain melainkan yang telah dikreditkan/dibacklinkkan/dinyatakan sumber asal dibawah setiap artikel bagi menghormati penulis/pemilik artikel asal.

Pemilik tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang masalah dengan info yang anda kongsi di mana mana laman sosial.
Pendapat pemilik mungkin berubah mengikut nilai ilmu.
Mohon bertanya dahulu sebelum membuat sebarang spekulasi atau penyebaran maklumat. :)

Mohon tegur jika salah.
Terima kasih. :)

Official Blog Syira Lokman Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah