Assalammualaikum
hye semua..
resepi baru hari ini!
PUDING ROTI..!!
Percubaan pertama..alhamdulillah..berjaya lagi! :)
jom tengok resepi ni..
Bahan-bahan
4 keping roti – dipotong kecil-kecil
1 tin susu cair (375 mL)
2 biji telur
4 sudu besar gula
1 sudu kecil esen vanilla
2 sudu besar butter
Sedikit kismis (*pilihan..)
Cara-cara
Masukkan telur, gula dan esen vanilla di dalam bekas dan kacau hingga sekata. Masukkan susu cair dan kacau adunan hingga sekata.
Sapu butter pada roti dan susun dalam loyang.
Tuang adunan ke atas susunan roti dan tabur kismis.
Kukus dengan api yang sederhana selama 20-25 minit.
Selepas dikukus, sejukkan di dalam peti sejuk sebelum dihidangkan.
*boleh dimakan begitu sahaja ataupun makan dengan jem,coklat atau madu :)
SELAMAT MENCUBA !
#nak bakar pun boleh..
#kali ni Syira sebenarnya tak letak kismis pun..sebab tak suka kismis,hehee...
kalau kamu semua suka,letak je oke? :)
Jom like page ni PaBiLa-DuA-bLoGgEr-BeRgAbUNg dan add Syira di facebook
TERIMA KASIH ! ^_^
6 comments:
okey, sementara tgk cuti ni nak kena cuba hah...
tq2 :)
peh,menyelerekan la.
laparnyer baca entri ni~... -.-"
FadzMeera : try la..t tunjuk jd ke ta :D
nurpiska: sangat menyelerakannn :D
Gary: hehee..jom buat ! :)
alhamdulillah sampai juga sini..wow..makan dgn ais krim vanilla pun sedap ni.. :)
Mizan: betul tu! jom la try :D
Post a Comment