"Semua penulis akan mati. Hanya karyanya yang akan terus abadi. Maka tulislah sesuatu yang akan dapat membahagiakan dirimu di akhirat nanti "
- Saidina Ali bin Abi Talib-


Saturday, April 26, 2014

Hukum menyebut "Rest In Peace-RIP"

Assalamualaikum
hye semua !

Apakah hukum untuk orang Islam menyebut “Rest In Peace – RIP” pada ketika mendengar seorang yang bukan Islam meninggal dunia? 
Adakah ia bergantung pada niat? 
Bagaimana jika ucapan itu hanya sebagai penghormatan sesama manusia?

PENJELASAN:

Secara dasarnya Islam membenarkan ucapan yang baik terhadap orang bukan Islam atas dasar kemanusiaan dan penghormatan terhadap hak mereka dalam melaksanakan agama mereka. Ini dapat dikiaskan dengan penghormatan Rasulullah s.a.w apabila Baginda berdiri menghormati jenazah seorang Yahudi yang lalu di hadapan Baginda.

Dua (2) perkara penting dalam isu memberi ucapan kepada orang bukan Islam. Pertama, niat seseorang dalam memberikan ucapan tersebut. Sekiranya sesuatu ucapan diberikan dengan niat membenarkan kepercayaan sesuatu agama yang jelas bertentangan dengan Islam, maka ia adalah dilarang. Sementara sekiranya ia diucap sekadar penghormatan secara umum, maka ia adalah harus.

Keduanya, latarbelakang tradisi istilah yang diucapkan. Sekiranya ia telah menjadi sebahagian dari amalan keagamaan maka ia adalah dilarang.

Dalam konteks ucapan Rest in Peace, ia adalah satu bentuk ucapan doa yang biasa diucapkan dalam agama Kristian terutama dalam mazhab Katolik sejak abad ke-18. Ia juga biasanya diukir di batu nisan mereka yang telah meninggal dunia di kalangan masyarakat Kristian. Versi penuh ucapan tersebut yang berasal dari bahasa Latin itu ialah ‘May his soul and the souls of all the departed faithful by God’s mercy rest in peace.’

Ia juga mengandaikan orang bukan Islam tersebut akan mendapat rahmat dari Tuhan sebagaimana doa asal yang disebut dalam bahasa Latin. Sedangkan dari sudut akidah Islam seseorang yang mati dalam kekufuran tidak akan mendapat keampunan dan rahmat dari Tuhan.
 Ini berdasarkan ayat al-Quran, 

Surah al-Taubah:113,

“Tidaklah dibenarkan bagi Nabi dan orang-orang beriman, meminta ampun bagi orang-orang musyrik, sekalipun orang itu kaum kerabatnya sendiri, sesudah nyata bagi mereka bahawa orang-orang musyrik itu ahli neraka.”

Oleh yang demikian seorang Islam adalah amat tidak digalakkan untuk mengucapkannya kepada seorang bukan Islam.

Walaubagaimanapun Islam tidak menghalang seseorang Islam mengucapkan simpati terhadap keluarga orang bukan Islam yang meninggal dunia dengan ucapan yang tidak memberi implikasi keagamaan seperti “Saya bersimpati dengan apa yang berlaku kepada anda “ atau “ kami mengucapkan kesedihan atas kehilangan si fulan dari keluarga anda”.

Wallahu a'lam.

Sumber:www.e-fatwa.gov.my

5 comments:

Unknown said...

assalammualaikum r=syiraaa.. kak zara dtg ziarah.. =D seriuosly.. kak zara baru tau mksd RIP tu >>> Rest in peace pulak.. pena dgr slalu kat movie tp xpena nak ikut sebut2.. hehehe//

Unknown said...

Terima kasih atas perkongsian..

norhasnizakhalid said...

terima kasih atas penjelasan yang serba lengkap ini dear..

Ainim Rashihah said...

penjelasan yang sangat akak cari. thanks syira

Lya Akif Imtiyaz said...

Perkongsian yg baik Syira ...

DISCLAIMER

Ini merupakan blog peribadi.

Segala ilmu,info,tips,gambar atau apa sahaja dalam blog ini adalah hak milik peribadi, dari pemerhatian dan sumber yang boleh dipercayai.
Tiada yang diambil dari sumber lain melainkan yang telah dikreditkan/dibacklinkkan/dinyatakan sumber asal dibawah setiap artikel bagi menghormati penulis/pemilik artikel asal.

Pemilik tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang masalah dengan info yang anda kongsi di mana mana laman sosial.
Pendapat pemilik mungkin berubah mengikut nilai ilmu.
Mohon bertanya dahulu sebelum membuat sebarang spekulasi atau penyebaran maklumat. :)

Mohon tegur jika salah.
Terima kasih. :)
Daisypath Anniversary tickers

Official Blog Syira Lokman Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah