Assalamualaikum
hye semua !
budak tudung hijau tu sedang menikmati nikmat cuti mid sem..hehe..
cuti ni memang Syira gunakan sebaiknya untuk update blog, maklumlah banyak dah entry tertangguh ..
..nak cari mood menulis balik tu memang payah..
nak tulis kena dari hati, baru sampai pada jiwa yang membaca :D
tak gituuuu ??
haha..
Alhamdulillah..life sebagai pelajar UM memang seronok !
so far takde "homesick" tak de stress walaupun assignment banyakk..
biasa la tu kann..
emosi masih mampu dikawal..
ecece..nak jadi kaunselor..kena la pandai kawal diri,kawal emosi :D
sehubungan dengan itu....
jeng jeng jengg~~
9 Oktober 2014 yang lalu..pelajar jurusan kaunseling Universiti Malaya dijemput untuk memeriahkan Hari Terbuka Psikologi di Putrajaya :D
Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bersama Perbadanan Putrajaya telah menganjurkan Hari Terbuka Psikologi Malaysia 2014
Tarikh : 9 – 10 Oktober 2014 (Khamis dan Jumaat)
Tempat : Dewan Sri Siantan, Perbadanan Putrajaya
Program yang bertemakan “Kesejahteraan Psikologi Pemangkin Transformasi Perkhidmatan Awam” bertujuan memperkenal, mendedahkan serta memberi kesedaran terhadap perkhidmatan psikologi dan kaunseling kepada penjawat awam dan masyarakat serta menyediakan platform kepada agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO) yang memberikan perkhidmatan psikologi dan kaunseling kepada umum.
Pelbagai aktiviti menarik disediakan antaranya
· Wacana Khas
· Bicara Ilmuan
· Forum Perdana Hal Ehwal Islam
· Brain Dominance
· Pameran
· Outdoor Games
Menjelajah Putrajaya sambil bersuka ria dengan ilmu.. ^_^
Macam-macam aktiviti ada, ujian personaliti, play therapy, ujian warna and banyak organisasi serta jabatan buat pameran tau !
siap bagi hadiah lagi.. ~~ tu lagi seronok join ! hehe..
Mesti korang tertanya-tanya..psikologi tu apa??
Psikologi ni sebenarnya berasal daripada perkataan psyche yang bermaksud jiwa manusia. Bila ditambah dengan -logy maka jadilah dia satu bidang yang mengkaji tentang jiwa manusia. Sebab tu lah bila bercakap tentang psikologi, kita asyik terbayang tentang gangguan mental dan sakit jiwa walhal itu bukanlah 100% intipati tentang bidang ni.
Kalau nak cerita sejarah dia agak panjang bermula dari tamadun Yunani lagi, zaman Plato dan Aristotle tu.
Bila zaman berubah, psikologi dah mula mengambil pendekatan perubahan badan manusia di peringkat molekular digabungkan dengan ilmu pemikiran.
haa...kalau korang nak tahu, namanya Play Theraphy.
Play Therapy atau yang sering disebut terapi bermain adalah salah satu cara untuk menangani masalah emosi anak yang berlatarbelakangkan kegiatan bermain.
Bermain selalu membuat anak senang, tidak hanya sebagai hiburan tapi juga dapat membantu mengatasi masalah emosional anak.
Melalui bermain, si anak dapat mengekspresikan secara meluas dan saat anak bermain ,sila amati cara anak anda, kita boleh ketahui sama ada anak memiliki masalah, seperti anak mudah cemas, sering marah, atau kurang percaya diri..
tak percaya ??
tak percaya ??
ibu bapa patut cuba :D
ni antara gift yang kami dapat time join aktiviti ! ..best tauuu..
Syira kategori "Powerful Choleric" ..apa tu ? ..
cari sendiri :P
kenali diri anda dengan kenali apa itu psikologi :D
Seronok sangat join aktiviti sampai lupa nak bergambar banyak banyakkk...sedih kann..
tpe tpe..at least ada la juga sikit gambar yang Syira share untuk anda !..
lepas ni..jom kenali kaunseling, jom kenali psikologi !
:D
best tau belajar tentang kaunseling dan psikologi sebab sangat dekat dengan jiwa kita :)
walaupun semuanya umur lebih 19 tahun and pelajar degree kaunseling..
jiwa kanak-kanak ribena masih kekal oke :D
Ehhehe..alhamdulillah..seronok sangat dengan kawan-kawan baru,dunia baru ^_^
doakan kejayaan kami dunia akhirat ye :)
15 comments:
selamat menikmati cuti mid sem syira...
sayang..boleh tny..?? awak edit blog awk sendiri ke awk upah dari org lain? saya nk edit blog..tapi tak pandai la..xcantik..hehe
Terima kasih...
bLog syira ni kak azhafizah yg editkan..die blogger juga search azhafizah md nor kt fb
Seronoknya d alam universities..rindu saat brgelar student dulu
saya dah follow blog ini.kalau sudi follow blog ini.http://bicarabihah.blogspot.com/
terima kasih.
bestnya.. :)
Wah wah wah nampak seron ok semua ..
Selamat maju jaya Syira
Eh first time dengar pasal ini.. xD Anda ditag~ http://lifeisgreatwithme.blogspot.com/2014/10/the-liebster-award-6.html
Bestnya ;D
Bestnya. good luck syira & ur friends too
best bila ada hari terbuka ni..macam² aktiviti ada :)
Hebat syira!! Tiba2 ternampak nama classmate ketika Google search maklumat. .haha
Macam best belajar psikologi. IM pernah ada keinginan nak belajar psikologi dulu :)
Sy pegi hari psikologi ni. Sbb sy ambil bac pndidikan bim dan kaunseling dkt upm
Post a Comment