"Semua penulis akan mati. Hanya karyanya yang akan terus abadi. Maka tulislah sesuatu yang akan dapat membahagiakan dirimu di akhirat nanti "
- Saidina Ali bin Abi Talib-


Friday, March 4, 2016

Resepi Popia Daging.

Assaalamualaikum
hye semua !

jom belajar resepi ringkas, jimat dan paling best kenyang ! hehe..
hidangan untuk 3 hingga 5 orang :)
Bahan-bahan :

Kulit popia
ubi kentang dipotong dadu
cili merah dan cili hijau dihiris halus
bawang merah dicincang
daging yang dicincang
serbuk kari
Minyak
Air
Telur -1


Cara-cara :

  1. Gaulkan hirisan cili merah dan cili hijau, bawang merah, daging serta ubi kentang bersama serbuk kari.
  2. Panaskan kuali dan tumis campuran tadi seketika, tambah sedikit garam dan penambah perasa untuk lebih enak. Tambah sedikit air untuk ubi kentang tadi lembut.
  3. Setelah bahan-bahan tadi siap dimasak, biarkan ia sejuk seketika. 
  4. Kemudian, ambil kepingan kulit popia, letakkan bahan-bahan yang telah dimasak tadi.
  5. Gulung seperti bentuk popia dan di hujung gulungan tersebut sapukan sedikit telur supaya gulungan popia tadi melekat.
  6. Panaskan minyak dan goreng popia hingga garing.
  7. Siap !

Terus makan panas panas memang best ! 
nak lagi syok, letak cheese ! cair je cheese.yummy ~~~

## Boleh guna bahan lain seperti isi ketam kentang, sengkuang, ayam daging, taugeh dan sebagainya  :)

4 comments:

Nieyla Nadia said...

Singgah pagi ♥
dah lama x buat popia :)

Farah Waheda Wahid said...

Wahhh macam sedap jer nih...

Izwa Kamaruddin said...

nyums!~

Aqilah Azmi said...


aaaaaa popiaaa :(

DISCLAIMER

Ini merupakan blog peribadi.

Segala ilmu,info,tips,gambar atau apa sahaja dalam blog ini adalah hak milik peribadi, dari pemerhatian dan sumber yang boleh dipercayai.
Tiada yang diambil dari sumber lain melainkan yang telah dikreditkan/dibacklinkkan/dinyatakan sumber asal dibawah setiap artikel bagi menghormati penulis/pemilik artikel asal.

Pemilik tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang masalah dengan info yang anda kongsi di mana mana laman sosial.
Pendapat pemilik mungkin berubah mengikut nilai ilmu.
Mohon bertanya dahulu sebelum membuat sebarang spekulasi atau penyebaran maklumat. :)

Mohon tegur jika salah.
Terima kasih. :)
Daisypath Anniversary tickers

Official Blog Syira Lokman Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah