"Semua penulis akan mati. Hanya karyanya yang akan terus abadi. Maka tulislah sesuatu yang akan dapat membahagiakan dirimu di akhirat nanti "
- Saidina Ali bin Abi Talib-


Friday, August 5, 2016

Kehidupan sebagai Pelajar 2nd year Kaunseling.

Assalamualaikum
hye semua !

Dah lebih sebulan cuti tapi baru teringat nak update tentang kehidupan sebagai pelajar second year kaunseling. Sebelum ni ramai yang suka dengan entry Kehidupan sebagai Pelajar 1st year. Kali ni Syira kongsikan kisah sebagai pelajar tahun 2 pula. Mana yang baik boleh dijadikan panduan, yang tak elok tu jangan ikut ye adik abang kakak. :)

Untuk tahun kedua ni jadual lebih padat. Sebenarnya semester 3 oke lagi la, leklek cool cool lagi..ececee..heheh...
cuma semester 4 je agak full dengan projek kolej and beberapa program lain seperti :

  1. Astar Entrepreneur Club 2015/2016 
  2. Um Women Empowerment Week 
  3. Sinar Mahabbah Astar 
  4. Astar Caring Team
  5. Festival Kesenian Astar (Fiestar)
  6. Gerai Konvo Astar
  7. Malam Penganugerahan Astar
  8. Persembahan Santai D'gazebo Sempena Homecoming Carnival 111th Anniversary Um
  9. Siswa Curah Bakti Pangsapuri Inderaloka
  10. Surau Hunters.
  11. Program Selami Dunia Gen Y
  12. Malam Anugerah Kaunseling dan Alumni 2016
  13. Program Outbound Universitas Indonesia

Banyak aktiviti yang Syira tak story dalam blog sebab kekangan masa and rasanya ada 5 program je Syira story kan..hehe..Banyak sangat rezeki tahun 2 ni, dapat mengikuti program pertukaran pelajar di Universitas Indonesia juga merupakan satu pengalaman yang paling tak boleh lupa. Syoknya bila dapat teman baru dari Fakultas Psikologi, Universitas Indonesia. Dapat rasa dan melihat cara mereka belajar memang best sangat.
So, sesiapa yang berpeluang tu, join la. Kumpul pengalaman banyak-banyak masa muda ni oke..Kami siap buat car wash demi mencari dana nak ke Indonesia tu..usaha tangga kejayaan ! hehee..

Dalam kesibukan sebagai pelajar tahun dua, Syira juga masih menulis blog dan masih menerima mana-mana job review. Alhamdulillah, masa belajar ni kadang-kadang blog pun tak jenguk tapi masih dapat job and trafik pun baik :)  Sibuk mana pun Syira akan pastikan ada juga entry baru.
Ramai yang tanya, bila buku kedua nak keluar. Sambungan Serenity katanya. Sabooo ye kome oiii, ade le nanti tu. Syira sekarang sedang gigih mengorek otak mencari idea untuk menyiapkan manuskrip kedua. Selepas buku #serenitysyiralokman terjual beribu naskhah dan kini diulang cetak, sepatutnya Syira makin excited nak menulis manuskrip kan. Tapi sekarang bukan malas oke cuma jiwa belum masuk. Nak tulis dengan baik kena ada jiwa, baru apa yang ditulis sampai kepada pembaca..hehee..bagus tak alasan ? :P
Syira happy sangat dengan sambutan and sokongan semua. Buku Serenity sekarang dah tersebar meluas and korang boleh dapatkan di Popular, MPH, Kinokuniya, facebook Komrad Buku, online seller dan mana-mana kedai buku berhampiran rumah korang :D Menjadi penulis best seller buat Syira rasa syukur sangat, yelaa..ni kan buku motivasi pertama Syira. Tak sangka hebat sokongan pembaca semua :) Terima kasih semua yang beli, sokong dan share :)
Alhamdulillah, alhamdulillah ! hebatnya rezeki Allah !

Syira seronok buat banyak benda, join projek kolej, join program fakulti dan universiti. Seronok sebab dapat banyak kawan baru yang baik-baik.
Syira sambil belajar sekarang ni pun still bekerja "cari makan" dengan blog, facebook dan instagram (advertorial-review-promotion-paid campaign)..syira juga join program affilate, paid advertising copywriter serta jadi vendor pakaian di butik Zmar Apparel Shoppe.
Masa muda ni elok cari rezeki..untuk masa depan, if hayat tak panjang boleh sedekahkan :) semua hak Allah. kita usahakan je..Tu pun Syira rasa macam nak tambah job lagi.

Mungkin untuk tahun 3 ni Syira akan stop berniaga seketika sebab nak fokus benda lain dulu.
Kadang-kadang Syira rasa penat and nak give up juga tapi setiap kali nak giveup Syira akan tanya diri Syira sendiri "kenapa Syira bermula and kenapa nak buang semua manfaat yang dah ada demi rasa penat yang sementara".. so lama-lama terus jadi tak give up..hehee...Doa banyak-banyak dengan Allah..Yakin je dengan Allah, itu akan buat kita kuat !
Bila ada masalah, doa, doa, nangis la puas-puas tapi jangan lepaskan marah pada kawan-kawan. Nanti kawan sebilik pula stress kan :)

Image result for work hard motivation

Alhamdulillah, Syira masih boleh siapkan assignment dengan baik sepanjang tahun 2 ini. Tak pernah lewat hantar assignment. Syira selalu pesan pada diri jangan ponteng kelas selalu dan jangan tangguh kerja.
Apa yang lagi best, untuk sem 3 dengan 4 ni Syira dapat dean list again and again :D Biasalah misi pelajar universiti, result mesti nak gempak, mengejar banglo 4 tingkat..misi 4.00..bagus ada matlamat ! kita akan lebih berusaha tapi pastikan usaha kita seiring matlamat dan jangan berusaha dengan perkara yang salah (tiru time exam, orang lain buatkan kerja, tak datang kelas tapi minta kawan tandatangan kehadiran). Hidup ini tentang KEBERKATAN. :)

Ramai yang minta tips belajar, macam mana boleh maintain pointer tinggi..so dalam entry ni Syira share sekali la ye apa yang Syira buat..

  1. Belajar waktu otak korang berfungsi dengan baik. Maksudnya masa ni masa yang korang tahu, bila korang study je, senang masuk. (jangan le dalam 12 jam, 2 jam je kome kata otak kome berfungsi, jenuh le kome oiii).
  2. Kalau boleh belajar 7 jam sehari (ni tips dari pelajar cina yang cemerlang masa zaman stpm dulu). 7 jam ni tak termasuk waktu kuliah tau. At least membaca la dalam 7 jam ni, bukan buat latihan je.
  3. Kalau boleh baca yassin, solat hajat and solat dhuha hari-hari. Cuba jangan tinggal walau sehari, cuba la..lebih baik kalau rajin baca quran. Banyak manfaat lain bila amalkan semua ni, try dulu :D
  4. Solat 5 waktu tu memang wajib. 
  5. Jaga hubungan dengan Allah, ibu bapa, guru dan kawan-kawan. 
  6. Jangan berfikiran negatif dan sentiasa bantu orang lain.
  7. Rajinkan diri untuk bersedekah.
  8. Sepanjang minggu exam, teruskan study..jangan la habis satu paper je terus reward diri (tgk movie la, jenjalan la)..tidur kejap lepas satu paper then sambung study paper seterusnya tu takpe la..jangan dok kelaut melayan movie la ape, lepas habis semua paper reward la diri kome tu. Dalam minggu exam je pun nak berjuang habis-habisan, sepanjang sem dah banyak rehat sebenarnya kita ni, tapi masih rasa tak cukup rehat kan.
  9. Jujur dan ikhlas (jangan meniru, jangan dengki)
  10. Jangan tangguh kerja, pastikan doa doa doa dan usaha seiring.

Kalau ikutkan banyak sangat tips tapi Syira share yang Syira dah buat and berkesan :)
Kejatuhan zaman SPM dan kisah-kisah menyayat hati yang berlaku zaman remaja banyak mengajar Syira untuk berjuang dan yakin dengan janji Allah. Failure will never overtake me if my determination to succeed is strong enough.It does not matter how slowly you go as long as you do not stop. Manusia akan jatuh, manusia akan diuji tetapi Allah tak pernah cakap yang manusia tak boleh kembali bangkit..betul kan ? :) Yakin, yakin, yakin. Allah ada dengan kita :)

Image result for work hard motivation
.
Tak kisah la ape orang cakap, Syira usaha untuk mama abah, untuk orang yang banyak tolong Syira.
Diorang dah banyak habis duit untuk bagi anak diorang ni berjaya and bahagia.
Syira pernah jatuh dan Syira taknak ulang sejarah lalu. Orang yang tak pernah belajar dari sejarah je akan terus mengulang kesilapan yang sama.

Syira tak nafikan yang tak cemerlang pun boleh berjaya, betul tu..tapi apa salahnya kita usaha je sehabis baik supaya tak menyesal di kemudian hari. Usaha pun pahala juga :) Rezeki kita macam mana di kemudian hari biar Allah tentukan. Ingat lagi kata-kata yang Syira pegang dari dulu. Berusaha tanggungjawab kita, memberi rezeki tu hak Allah. :)

Kadang-kadang mesti orang tertanya-tanya, kenapa Syira share tips dan pengalaman Syira di blog ?. Simple je, Syira nak bantu orang lain. Syira banyak kongsi tips sejak STPM and sampai sekarang zaman degree ni. Seronok bila ada yang emel atau PM sebab nak tanya, minta tips belajar dan bantuan sebab diorang mula rasa lemah, give up. Bila Syira dapat tolong. Indahnya nikmat tu. Hidup kita kat dunia ni bukan untuk selamatkan diri sendiri je, tapi untuk selamatkan orang sekeliling kita juga. :)

Image result for be the best you motivation

Sekarang ni Syira dah selesai 4 sem, tinggal lagi 4 sem oke..huarghhh ! jauh lagi perjalanan, entah berapa kali akan jatuh bangun jatuh bangun sebelum nak konvo 2 tahun lagi tu. Tahun 3 akan datang ni Syira berjuang menyiapkan thesis pula..Doakan Syira ye :)
Tapi Syira yakin, kalau kita nak Allah bagi rezeki, permudahkan urusan dan bantu kita faham ilmu dengan baik, kita kena ikut apa Allah suruh. :)

Terima kasih semua orang atas bantuan dan doa !
Terima kasih sangat-sangat, semoga korang berjaya dunia akhirat !
Tanpa korang, Syira sangat lemah.

Kalau ikutkan hati, mau jadi satu novel ni...hahaa..banyak beno nak tulis..
Oke, Syira stop kat sini ye. :)
If ada apa-apa pertanyaan or teguran boleh hubungi Syira melalui link di bawah :


Emel : syiralokman21@yahoo.com.my


## Maaf jika ada salah silap, mohon tegur Syira :) Kalau nak share tips pun boleh. Syira masih banyak benda perlu diperbaiki. Jumpa di next entry !
Jom join giveaway Syira dan menang RM100 :D


7 comments:

Izwa Kamaruddin said...

kan..yang penting mak abah kene utamakan..yang lain tu lantakkan dulu ;)

Busyra Takiyudin said...

busyra bangga dgn syira.. setiap usaha pasti akan ada hasilnya. Allah tak kan pulangkan permintaan hambaNYA dgn tangan kosong.. :)

At-Tarmizi said...

masa study merupakan zaman yang paling seronok

ejulz said...

Gudluck syira..

Hana Hadi said...

Lalui zaman study dengan sebaik mungkin.nanti dah kena. Rindu ngan zaman study hehe

Anum Abdullah said...

rindu zaman study..baru jer beberapa bulan tinggalkan zaman study dah rindu..

Kak eila said...

Good luck shira!!

DISCLAIMER

Ini merupakan blog peribadi.

Segala ilmu,info,tips,gambar atau apa sahaja dalam blog ini adalah hak milik peribadi, dari pemerhatian dan sumber yang boleh dipercayai.
Tiada yang diambil dari sumber lain melainkan yang telah dikreditkan/dibacklinkkan/dinyatakan sumber asal dibawah setiap artikel bagi menghormati penulis/pemilik artikel asal.

Pemilik tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang masalah dengan info yang anda kongsi di mana mana laman sosial.
Pendapat pemilik mungkin berubah mengikut nilai ilmu.
Mohon bertanya dahulu sebelum membuat sebarang spekulasi atau penyebaran maklumat. :)

Mohon tegur jika salah.
Terima kasih. :)
Daisypath Anniversary tickers

Official Blog Syira Lokman Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah