Assalamualaikum
hye semua :)
Hari ni Syira nak share pasal 6 golongan wanita yang harus dijauhi oleh kaum Adam (lelaki) .
1. Wanita Ananah
Wanita Ananah bermaksud type wanita yang suka mengomen.
Hidup dia ada je yang tak kena.
Kalau dah kahwin memang apa yang dibuat suami dia semua tak betul.
Sehari mesti ada je yang tak kena pada suami dia.
2. Wanita Mananah
Wanita mananah ialah wanita yang asyik menidakkan usaha suami.Lepas tu suka mendabik dada dan hanya berkata dia jelah tunjang rumah tangga.
sedarlah kaum hawa yang kamu dijadikan dari rusuk adam.
Biasanya situasi macam ni berlaku bila isteri bergaji besar dari suami.
3. Wanita Hananah
Wanita jenis ni berangan-angan mendapatkan suami yang lebih baik dari suami yang sedia ada.
Kira pendeknya ialah wanita yang tak mensyukuri jodohnya.
Tak habis-habis membezakan suami dia dengan lelaki lain.
4. Wanita Hadaqah
Ok wanita dalam golongan ni ialah
wanita yang melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya utk memiliki
barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya selain itu wanita ini suka ikut nafsunya.
Wanita sebegini memeningkan kepala lelaki.
Dia tenguk apa saja dia mahu. Dia suka membandingkan dirinya dengan diri orang lain. Suka menunjuk-nujuk.
Wanita inilah yang menjadikan suami dulu
handsome sekarang suah botak.
Contohnya bila dia nampak kawan dia pakai barang GUESS dia pun nak juga.
5. Wanita Basaqah
Ynag ni pulak terbahagi kepada dua.Yang pertama bermaksud wanita yang suka bersolek tapi niat dia bersolek bukan untuk suaminya tapi untuk menunjuk-nunjuk.
Bila ditegur alasan di takut jatuh saham.Mak aiyh dah kahwin siap boleh nak jaga saham.
Memangla even kita dah kahwin kita kena jaga penampilan tapi sederhana saja.
Jangan salah niat.
Ok yang kedua pulak maksudnya ialah Wanita yang marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagiannya.
Yang ni agak pelik.
Time belum kahwin sanggup kongsi choki-choki tapi bila dah kahwin air suam pun tak nak kongsi.
6. Wanita Syadaqah
Jenis ni pulak mulut tak tau berenti.
Lebih-lebih lagi bila bergosip dengan kawan-kawan.
Cakap pandai tapi bila buat kerja memang tak menjadi.
Pesanan Rasulullah untuk semua kaum Adam :
Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang ananah,
yang mananah, dan yang hananah dan jangan engkau kahwini yang hadaqah,
yang basaqah dan yang syadaqah
12 comments:
great piece of sharing dear, semoga kita dijauhkan dari bersikap sedemikian...
minta dijauhkan dari sifat enam ini.ameen~
takut baca... semuga kita tak tergolong dlm golongan yg tak baik..
salam. nice sharing..thanks share ya!
Assalammualaikum...syira,
moga semua ini ingatan buat diri ini dan menjauhkan daripada sifat2 ini. Nauzubillah...
mselim3
Semoga tak tergolong dalam 6 jenis wanita tu.. thanks for the sharingg dear!
Nice sharing dear
Terima kasih atas perkongsian hebat ini Syira ..
semoga kita dijauhi dari sifat2 mcm wanita kat atas
mudah-mudahan kita jadi wanita solehah..:)
moga kita dijauhkan dari golongan wanita yang disenaraikan
perkongsian yg bagus
Post a Comment