"Semua penulis akan mati. Hanya karyanya yang akan terus abadi. Maka tulislah sesuatu yang akan dapat membahagiakan dirimu di akhirat nanti "
- Saidina Ali bin Abi Talib-


Friday, July 18, 2014

Allah sedang mengajar kita sesuatu .

Assalamualaikum..
hye semua :)
Suatu ketika ada dua orang pilot yang memutuskan untuk mendarat ...

Hari berganti hari..
Kita dikejutkan dengan pelbagai berita yang meragut kegembiraan jiwa.
Another heartbreaking news..

Anak kecil hilang bapanya
Anak kecil mencari ibunya
Ibu menangis mengenang nasib anaknya
Bapa dilihat tabah menanti walaupun hati penuh luka
Mencari kakak, abang,, adik, kawan..keluarga..
suami menunggu isterinya..
isteri mengharap kepulangan suaminya.

Ada yang bakal menikah
Ada yang berharap untuk menyambut raya bersama..
namun...hakikatnya..
itu cuma perancangan manusia, 
perancangan Allah ?
Mungkin tidak seindah yang disangka
tetapi yang pasti 
lebih baik dari rancangan hambaNya.

Kita boleh berkata-kata..membuat spekulasi dengan apa yang terlintas di minda.
Menjadi keyboard warrior di laman sosial.
Meluah segalanya yang kita rasa.

Membuat keputusan untuk negara tidak mudah.
Andai tersilap langkah, keselamatan negara terjejas,
rakyat kita menjadi mangsa.

Kita boleh bercakap itu ini..membuat andaian sendiri...
dan malam ini..kita masih tidur lena..bergembira..
sedangkan mereka yang terlibat mungkin trauma bertahun lamanya..
Sakit hingga tiada lagi airmata.
Penat..terlalu penat menjawab segala tembakan kata-kata.

Ambillah pengajaran dari negara lain di dunia...
Allah dah tunjuk macam-macam..
yaa..kita sedar..memang sedar..
tetapi hanya kesedaran sementara, kita tidak istiqamah dalam aspek kesedaran jiwa.

tidak mudah apabila ingin menyelesaikan masalah melibatkan negara..
masalah kita sendiri pun kadang kala meroyan nak selesaikan..
inikan pula masalah melibatkan nyawa manusia, melibatkan agama, melibatkan perasaan kita, melibatkan negara.

Kita semakin lalai..
lalai dengan kehidupan yang kita rasa benar sedangkan jauh terpesong dari landasan agama.
Lemahnya kita.
Makin hilang rasa syukur dalam jiwa.
Tamak dengan dunia.
Merasakan kita betul dalam semua perkara.
Bijak dalam hal dunia.

Sedangkan kita jahil segalanya.

Allah sedang mengajar kita sesuatu di sebalik semua ujian ini.. :'(

Pray4Gaza 
Pray4Syria
 Pray4Mesir 
Pray4MH370 
Pray4MH17 
Pray4Malaysia 
Pray4UmmahMuhammad 
Pray 4 All

Yakinlah dengan kuasa doa.

When Allah S.W.T says 'Kun fayakun',in a blink of eyes can happens and nothing can stop him.

Sesungguhnya Allah Maha mengerti..
Al-fatihah

18 comments:

Asha Lya said...

DariNya kita dtg dariNya kita pergi sentiasa ingat mngingati

kindergartenlibrary said...

Pray for them...

Kupukupu said...

Musibah untuk kita sebagai rakyat Malaysia, dan sebagai Islam.

Unknown said...

”Dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai dugaan; dan kepada Kami-lah kamu semua akan dikembalikan.”[Al-Anbiyaa’: 35]

Karya Mahirah said...

innalillahiwainnailaihirojiun... al fatihah untuk mangsa...

Nani said...

Al-fatihah...

Farah said...

yup. betul, kita mampu hanya sekadar mampu merancang, tapi hakikat sebenar Allah sudah menentukan sesuatu yang lebih baik buat kita.
Pray for them. Al - fatihah.

Lya Akif Imtiyaz said...

Sama2 kita berdoa ..

aRz MoHa said...

Apabila dilanda musibah. kita perlu muhasabah diri, samada pemimpin mahupun rakyat ada tak kita ni abaikan perintah Allah

Hani Rahman said...

Manusia merancang, Allah juga merancang, Sesungguhnya perancangan Allah yg terbaik ... Semoga mereka ditempatkan dikalangan orang yang beriman ... Semoga keluarga redha dan tabah menghadapinya ... Inna Lillahi wa inna ilaihi raji'un ... Al-Fatihah ... Moga ada hikmah disebalik segala musibah, mari sama-sama kita muhasabah ...

#PrayForMH17
#PrayForMH370
#‎PrayForGaza‬
‪#Save‎Gaza
‪#‎SavePalestine

Mama said...

insyaallah..doa adalah kekuatan

Azhafizah MN said...

Bila Allah sedang menguji kita, beringatlah... Moga kita kuat hadapi ujian Allah.

Mimie said...

setiap kjdian pasti ada sebab munasababnya...

Anonymous said...

keinsafan di hatiku..

irdina ilham said...

semoga Allah bersama kita

rokiah Abdul hamid said...

Semoga perigatan daripada Allah menginsafkan kita semua

alya said...

moga dipermudahkan

Syira Lokman said...

doakannn

DISCLAIMER

Ini merupakan blog peribadi.

Segala ilmu,info,tips,gambar atau apa sahaja dalam blog ini adalah hak milik peribadi, dari pemerhatian dan sumber yang boleh dipercayai.
Tiada yang diambil dari sumber lain melainkan yang telah dikreditkan/dibacklinkkan/dinyatakan sumber asal dibawah setiap artikel bagi menghormati penulis/pemilik artikel asal.

Pemilik tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang masalah dengan info yang anda kongsi di mana mana laman sosial.
Pendapat pemilik mungkin berubah mengikut nilai ilmu.
Mohon bertanya dahulu sebelum membuat sebarang spekulasi atau penyebaran maklumat. :)

Mohon tegur jika salah.
Terima kasih. :)
Daisypath Anniversary tickers

Official Blog Syira Lokman Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah