Assalamualaikum
hye semua !
Hari raya bakal menjelang tiba.
Walaupun ramai lebih gemar menggunakan teknologi moden untuk menghantar ucapan hari raya,nostalgia kad raya sukar dilupakan begitu sahaja :)
Pastinya ramai yang masih mengekalkan tradisi menghantar kad raya pada kawan-kawan, saudara dan kenalan jauh.
Bagi menambah kegembiraan pada penggemar kad raya..
Pihak Pos Malaysia ada berita baik untuk anda !! :D
Satu kenyataan akhbar telah dikeluarkan oleh Pos Malaysia Berhad
pada 7 Julai 2014 berkenaan kadar caj istimewa ini.
Kadar caj istimewa untuk penghantaran kada raya 2014 adalah sebanyak RM0.50 satu kad.
Ia boleh dihantar tanpa mengira bentuk, saiz dan warna asalkan tidak lebih berat dari 50 gram.
Kad raya boleh dihantar ke mana-mana destinasi di Malaysia dengan kadar caj istimewa ini.
Syira sendiri memang gemar hantar kad raya sejak sekolah rendah lagi..
..kadang-kadang kita risau bila kad raya tu tak sampai kan..
penat penat tulis ayat feeling feelingg gituuuu..tetibe takde pun kad sampai..
so sebagai persediaan...
sini ada 3 tips supaya kad raya yang dihantar sampai ke destinasi :D
Tips Hantar Kad Raya Sampai Destinasi
Bagi memastikan kad raya dengan kadar caj istimewa ini dihantar sebelum Hari Raya Aidilfitri, pengguna dinasihatkan untuk mematuhi peraturan ini:
Tulis dengan jelas nama penerima.
Tulis dengan jelas nombor rumah, nombor lot atau nombor kediaman.
Tulis dengan jelas dan betul poskod alamat penerima.
Tulis semua elok2 tau..nanti sesat pula posmen cari rumah..haha..dok pusing sana sini tak jumpa jumpa..
kang last2 posmen yang baca kad raya kome haaa...dok feeling feeling nangis nangis lagi :P
yang penting..jangan le lupa pulak letak SETEM ! dah bagi caj istimewa dah tu..
Pihak Pos Malaysia menasihatkan pengguna supaya hantar kad ucapan selamat hari raya
sebelum 22 hb Julai 2014 untuk membolehkan kad ucapan hari raya
sampai sebelum ketibaan hari raya Aidilfitri.
Selemat menghantar KAD RAYA dan menunggu posmen dengan setianye :D
##Tak sabarnya nak tunggu KAD RAYA kawan2 blogger :D feeling feeling retis kot ramai nak bagi kad raya :P hahaa..
12 comments:
Hahaha...sally nak mintak kad bole? Xnak hntr..hahaha
wah..murahnya..
Kalau kad besar ok.
Means yang kocik yang dulunya 30sen jadi 50sen ea?
Salam kunjungan dari
Life is beautiful... don't waste it.
kite murahlah
Alhamdulillah,dapatlah hantar kad raya banyak-banyak. :)
Bestnya kalau dapat kad raya :D
Alhamdulillah ..esok dahnak pos kad raya
Ramai la yang POS kadraya tahun nie sebab dah murah 50 sen jer ..Jom layangkan kad raya ..
Lya just beli je tak sempat nak tempah kad raya
Alhamdulillah dah selamat pos kad raya :)
inshaAllah umur pnjg boleh utus kad raya jugak thun depan..;D
Post a Comment