"Semua penulis akan mati. Hanya karyanya yang akan terus abadi. Maka tulislah sesuatu yang akan dapat membahagiakan dirimu di akhirat nanti "
- Saidina Ali bin Abi Talib-


Tuesday, July 8, 2014

Wanita hamil berpuasa..bagaimana ?

Assalamualaikum
hye semua !
Perkara yang sering kali menjadi persoalan di bulan Ramadhan ini ialah 
"bagaimana sekiranya wanita yang hamil ingin berpuasa? "
jawapan boleh..tetapi sekiranya dengan berpuasa akan memudaratkan diri dan anak dalam kandungan, dia dibenarkan untuk berbuka puasa. :)

Macam mana pula nak menjaga kesihatan sepanjang ramadhan terutama bagi ibu mengandung ?
jom baca panduan di bawah :)


1. Apakah cara terbaik bagi wanita hamil berbuka puasa?

Tiada pelan makanan khas yang perlu anda ikuti, tetapi anda boleh mencuba tip-tip berikut sebagai cara terbaik untuk berbuka. 

Mulakan dengan:
tiga biji kurma dan jus (bagus untuk menormalkan semula tahap gula yang rendah dalam darah);
susu atau yogurt rendah lemak;
sup jernih.

Kemudian, makanlah hidangan seimbang yang mengandungi:
sepinggan salad atau ulam-ulaman sebagai hidangan pembuka selera;
protein daripada ayam, daging atau ikan, atau lentil, kacang pis atau kekacang;
karbohidrat kompleks daripada nasi beras perang dan roti bijian penuh;
dan, banyak sayur-sayuran.

Elakkan hidangan berlemak tinggi untuk mencegah pertambahan berat, pengambilan makanan kurang berkhasiat dan mengalami ketakcernaan. 


2. Apakah saya perlu makan sahur jika saya berpuasa semasa hamil?

Bersahur sangat penting jika anda berpuasa. 
Ia akan mengekalkan tahap tenaga anda pada waktu siang. 
Jangan tinggalkan sahur kerana ia dapat membekalkan anda dengan nutrien-nutrien penting dan tenaga yang anda perlukan untuk kekal cergas pada waktu siang. 
Ia juga akan mengurangkan simptom-simptom kelaparan seperti sakit kepala dan mengantuk. 

Hidangan sahur yang sihat mungkin mengandungi:
nasi beras perang dan roti bijian penuh dengan kari atau korma cair;
bijirin berserat tinggi atau bran dengan susu skim rendah lemak;
dan, buah-buahan termasuk buah kurma dan pisang.

Elakkan meminum teh semasa sahur kerana ia boleh membuat anda ternyahhidrat. 


3. Saya suka minum kopi dan/atau teh selepas berbuka. 
Bagaimana saya boleh menggantikannya?

Minumlah jus buah-buahan segar dan bukannya minuman bergas, kopi atau teh. 
Minuman smoothie yang mengandungi susu, yogurt, ais dan buah adalah minuman yang menyegarkan dan membekalkan banyak keperluan buah-buahan harian anda. 
Sup sayur-sayuran pula membolehkan anda makan sayur-sayuran berbeza dan memberi vitamin, mineral dan serat tambahan dalam diet anda. 


4. Apakah yang perlu saya masukkan dan elakkan dalam 
diet saya semasa Ramadan?

Untuk mengekalkan kesihatan semasa berpuasa, amalkanlah tip-tip di atas semasa makan, dan:
Selepas berbuka, berehat seketika, kemudian bangun dan berjalan-jalan.
 Lakukanlah aktiviti-aktiviti ringan.
Elakkan makan pada lewat malam sebelum tidur, tetapi pastikan anda bangun dan makan sahur.
Minum banyak air selepas berbuka dan sebelum bersahur untuk mengelakkan nyahhidrat.




##Semoga ibu ibu ini terus kuat ! mereka sedang berjihad di jalan Allah :)

12 comments:

Azhafizah MN said...

perkongsian yang bermanfaat

Khairul Bariah said...

info yg bagus utk ibu2 hamil atau bakal hamil :)

msredcheesecake said...

masa akak pegnen dulu, belasah je semua...hhee

Luqman Zakaria said...

baguslah berkongsi benda nih..nanti senang ibu ibu mengandung nak cari informasi..hehe

FarahFerraDotCom said...

Nice sharing... info yg sgt berguna utk MTB..=D

ecah khalili said...

sy tak boleh puasa tahun ni atas arahan doc..berat baby tak naik sejak puasa..2.1kg je padahal da dekat smpai due..sebelum bulan puasa ok je berat baby naek..lepas ni bnyak hari la nak kena gnti puasa..hehe

drshikinzainal @ ekin said...

Salam. Syira, jemput drop url blog kat Mr. Linky's saya - to ease blogwalking.
http://drshikinzainal.blogspot.com

Unknown said...

nice info :)

nenot said...

indahnya islam :)

anda di tag :. jemput join ga nie http://kisahsinenot22.blogspot.com/2014/07/give-away-cik-anita-dapat-free-baju-baru.html

Lya Akif Imtiyaz said...

Perkongsian Yang Baik ni Syira..Thanks sharing..

Mimie said...

Alhamdulillah perkongsian yg bagus

Unknown said...

Perkongsian yg bagus
Thumbs up syira :)

DISCLAIMER

Ini merupakan blog peribadi.

Segala ilmu,info,tips,gambar atau apa sahaja dalam blog ini adalah hak milik peribadi, dari pemerhatian dan sumber yang boleh dipercayai.
Tiada yang diambil dari sumber lain melainkan yang telah dikreditkan/dibacklinkkan/dinyatakan sumber asal dibawah setiap artikel bagi menghormati penulis/pemilik artikel asal.

Pemilik tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang masalah dengan info yang anda kongsi di mana mana laman sosial.
Pendapat pemilik mungkin berubah mengikut nilai ilmu.
Mohon bertanya dahulu sebelum membuat sebarang spekulasi atau penyebaran maklumat. :)

Mohon tegur jika salah.
Terima kasih. :)
Daisypath Anniversary tickers

Official Blog Syira Lokman Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah