"Semua penulis akan mati. Hanya karyanya yang akan terus abadi. Maka tulislah sesuatu yang akan dapat membahagiakan dirimu di akhirat nanti "
- Saidina Ali bin Abi Talib-


Wednesday, July 24, 2013

Resepi Lontong :)

ASSALAMUALAIKUM
HYE SEMUA :)

Selamat Menjalani Ibadah Puasa :)



KUAH LONTONG

bahan-bahan :

1/4 biji kobis (hiris)
1 biji carrot (hiris)
10 kacang panjang 
suhun (sesedap hati nak letak banyak mana)
2 tauhu basah
tempe
santan
garam (secukup rasa)

bahan untuk dikisar dan ditumis :

1 sudu besar udang kering (kalau nak lebih pun boleh)
1/2 labu bawang putih
2 biji bawang besar
halia (sebesar ibu jari)
serbuk kunyit ( warna  kuah)

cara-cara penyediaan :

1) tumis bahan kisar dengan sedikit minyak hingga wangi dan pecah minyak.
2) kemudian masukkan santan dan juga hirisan carrot. masak sehingga kuah mendidih dan carrot hingga lembut.
3)masukkan sayuran yang lain *kobis&kacang panjang*. kacau selalu agar santan tidak pecah minyak. masukkan garam secukup rasa.
4) masak hingga sayur menjadi lembut dan kemudian masukkan tempe dan juga suhun ke dalam kuah lontong. masukkan tauhu, kacau untuk seketika dan kemudian boleh diangkat.


## makan bersama sambal tumis dan nasi impit :)
SELAMAT MENCUBA


7 comments:

NURUL FILZAH said...

kita suka makan lontong. sedappp

Unknown said...

dah lama tak makan lontong tapi nak masak tu..hehe..tau tau jelah :P

ejulz said...

perghh.. sedap.. :)


Bantuan anda diperlukan.. plizz "Bantuan anda diperlukan.."

IFA Athirah said...

lontong? wahhhhhhhhhhh.jenuh ni

nora razalli said...

wah! sedapnya :)

Jejari Menaip said...

wow bestnya..btw follow sini

http://duniakita94.blogspot.com/2013/08/awesome-picture1.html

Syira Lokman said...

hehe..try la buat ! senang je :) ..macehhh komen !

DISCLAIMER

Ini merupakan blog peribadi.

Segala ilmu,info,tips,gambar atau apa sahaja dalam blog ini adalah hak milik peribadi, dari pemerhatian dan sumber yang boleh dipercayai.
Tiada yang diambil dari sumber lain melainkan yang telah dikreditkan/dibacklinkkan/dinyatakan sumber asal dibawah setiap artikel bagi menghormati penulis/pemilik artikel asal.

Pemilik tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang masalah dengan info yang anda kongsi di mana mana laman sosial.
Pendapat pemilik mungkin berubah mengikut nilai ilmu.
Mohon bertanya dahulu sebelum membuat sebarang spekulasi atau penyebaran maklumat. :)

Mohon tegur jika salah.
Terima kasih. :)
Daisypath Anniversary tickers

Official Blog Syira Lokman Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah