"Semua penulis akan mati. Hanya karyanya yang akan terus abadi. Maka tulislah sesuatu yang akan dapat membahagiakan dirimu di akhirat nanti "
- Saidina Ali bin Abi Talib-


Friday, July 31, 2015

Resepi Daging Masak Hitam

Assalamualaikum
hye semua !

jom cuba resepi baru ! hehe..daging masak hitam..ni 1st time tau Syira buat and alhamdulillah jadi :D
Sebenarnya Syira suka sangat daging masak hitam tapi tak pernah buat, kali ni baru berkesempatan nak cuba and share resepi !

Bahan-bahan 

daging batang pinang ~ di potong, cuci bersih. Jika guna daging lain, rebus dahulu hingga empuk.
5 sudu kecil air asam jawa.
garam
gula
cili merah untuk hiasan.
air jika perlu.
5 sudu kicap manis.

Bahan tumis

1 batang serai ~ dititik
2 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang

Bahan Kisar

3 ulas bawang putih
6 ulas bawang merah
15 tangkai cili kering ~ rendam lembut dan kisar
1 inc halia


Cara-cara :

  1. Sekiranya guna daging biasa, rebus daging hingga empuk dan perapkan dengan kicap selama 15 minit.
  2. Panaskan minyak dan tumis kulit kayu manis serta bunga lawang.
  3. Kemudian, masukkan bahan yang dikisar bersama serai.
  4. Biarkan sehingga pecah minyak.
  5. Seterusnya masukkan air asam jawa, garam dan gula secukup rasa.
  6. Tambah sedikit air jika perlu.
  7. Akhir sekali, masukkan daging bersama perapan kicap tadi.
  8. Gaul hingga masak sekata.
  9. Hidangkan dengan hiasan cili merah.
Selamat mencuba ! jangan risauuuu...
masak dengan hati dan penuh kasih sayang..insyaAllah sedap :D

Thursday, July 30, 2015

4 Kebaikan Buah Delima

Assalamualaikum
hye semua :D

dah lama teringin buah delima and sampai sekarang tak dapat lagi. Untuk hilangkan rasa kempunan ni, Syira nak buat entry pasal kebaikan buah delima..
tak dapat buah delima betul-betul pun takpe la..
kita baca dulu kebaikan dan khasiat buah delima ni sampai dapat buah delima betul.. :P semoga ada orang nak hadiahkan Syira buah delima lepas baca entry ni :P
Image result for keistimewaan buah delima

Khasiat dari sudut kecantikan

  1. Melindungi daripada cahaya matahari.
  2. Lambatkan proses penuaan.
  3. Mengekalkan awet muda.
  4. Memulihkan kulit yang kering.
  5. Merawat muka berminyak dan berjerawat.
  6. Buah delima sebagai face mask.
  7. Merawat keguguran rambut.



Khasiat dari sudut kesihatan

  1. Menghilangkan radikal bebas.
  2. Meningkatkan tahap kesihatan jantung dan mengurangkan risiko masalah kardiovaskular (jantung).
  3. Perbentukan sel darah merah untuk menyahtoksinkan badan dan membentuk sistem daya tahan badan lebih baik.
  4. Membantu sistem penghadaman.
  5. Meningkatkan selera makan.
  6. Menyembuhkan anemia.
  7. Mengurangkan inflamasi.
  8. Membantu peredaran darah.
  9. Membantu mengurangkan berat badan.
  10. Mengawal kadar gula dalam darah.
  11. Mengawal tekanan darah.
  12. Menghalang perbentukan plak.


Khasiat tambahan kepada lelaki

  1. Mengurangkan risiko mati pucuk.
  2. Merawat kanser prostat.


Khasiat tambahan kepada perempuan

  1. Mengekalkan tahap kesihatan wanita yang sedang mengandung dan perkembangan bayi.
  2. Mengekalkan peredaran darah, sangat baik untuk perkembangan fetus bayi.
  3. Boleh mengelakkan kekejangan semasa mengandung.
  4. Mengurangkan risiko kanser payu dara.


Image result for keistimewaan buah delima

Banyak sangat kebaikan buah delima ni kan. Kalau korang nak tahu, buah delima ni makanan sunnah juga tau ! elok sangat untuk dimakan..Jom cari buah delima. Kalau jumpa,sila pos..teringin ye bukan mengidam :P

#misimencaribuahdelima

Wednesday, July 29, 2015

Kawan Baik.

Assalamualaikum
hye semua :)

Dulu bila orang selalu cakap 'makin besar, makin sikit kawan". Syira pun pelik..kenapa ? sebab Syira makin besar makin banyak kawan.
Lama-lama bila masa berlalu and kita hadapi macam-macam pengalaman..yes ! tiba-tiba rasa..kawan hilang.
nak kawan..mana kawan ?
Kawan ada tapi semua jauh, belajar,kerja and ada life masing-masing..cuti pun tak sama..
makin lama makin susah nak jumpa..semua ada hal masing-masing.
Ada beza kawan and kawan baik.
Tapi apapun..semuanya bergantung pada "priority'. Jauh tak bermakna lupa tapi if betul-betul setia dalam persahabatan, kita akan cuba luangkan masa walau sekejappp untuk jumpa..kannnn ?  Dah hampir sebulan Syira cuti sem and Ramadhan lalu sempat la berbuka dengan kawan baik Syira masa sekolah menengah. 
4 orang je ada masa tu. Tak cukup semua pun tapi wajib keluar sebab susahnyaaaa nak kumpul semua sekarang.
Ada 8 orang sebenarnya, dulu zaman sekolah, pergi mana pun sama-sama..makan sama, belajar sama, gosip sama, gaduh sama, beratur sama-sama, pergi toilet pun sama-sama sampai orang gelar kami "kembar 8".
Rapat dari form 2 sampai la sekarang alhamdulillah.
walaupun semua jauh tapi dekat di hati ^_^

ada 4 je..lagi 4 jumpa nanti tau
Allah je tau perasan bahagia and syukur bila dapat keluar sama. Dalam gambar pun nampak muka bahagia :D hehe..dah sampai rumah pun hati ni berbunga-bunga seronok sangatt !

Orang kata sibuk ke jauh ke. Itu bukan alasan sebab apa yang penting ialah "priority". Allah bagi 24 jam and setiap jam itu masih ada masa buat kita untuk eratkan ukhwah yang makin jauh. Sibuk bukan lagi alasan.
Alhamdulillah sebab Allah masih temukan kita :) tapi Ramadhan and Raya tahun ni belum berkesempatan nak jumpa kawan baik dari zaman sekolah rendah pula.. sedih.. 2 kali plan tapi tak jadi..tapi takpe..akan pastikan jumpa juga nanti ! :D

4 yang tak jumpa Ramadhan and Raya :(

kawan baik sekolah rendah..ada gambar lama je, tak cukup 2 orang
 :( nak jumpa lagi !

"Kawan baik, walau dimana awak berada, awak tetap dalam hati.rinduuuu..sebab tu setiap kali cuti akan whatapps ajak jumpa..sebab rinduuu..maaf salah silap. Saya selalu doa yang baik-baik untuk kawan baik. Lepas ni siapa pun awak wahai kawan baik.. engineer ke doctor ke..janji dengan saya yang kita akan setia. Setia dalam doa :) Doakan kejayaan dunia akhirat kita bersama ye. Saya sayang kawan baik saya" :)



Tuesday, July 28, 2015

Resepi Sardin Telur

Assalamualaikum.
hye semua :D

siapa boleh teka, agak-agak bila kali terakhir Syira share resepi dalam blog ni ??
haaa..sebenarnyaa Syira pun tak ingat dah..hahha..tapi takpe..tengah cuti ni memang otak mereka je idea resepi simple tapi kreatif.

Hari ni kita mulakan dengan sardin !
yeayyy..simple kan bila kata sardin... :D
Kali ni resepi yang Syira nak share namanya sardin telur mudah and jimat !
tapi sardin sekarang dah mahallll ==' 1 tin pun mahal oke !!
Sebenarnya resepi ni idea dari 1 rancangan memasak omputehh..dia buat sos puri tomato and letak telur...perghhhh.nampak sedappp kottt..so idea syira tukarkan dengan sardin :D
so ini hasilnyaaa :D

JOM CUBA !

Bahan-bahan :

1 tin sardin
2 biji telur
3 sudu besar asam jawa
sedikit garam
sedikit gula
1 biji bawang 
2 sudu sos cili
minyak untuk menumis



Cara-cara :

  1. Tumis bawang kemudian masukkan 1 tin sardin.
  2. Kemudian, pecahkan telur dalam kecuali dan pastikan telur tadi tidak hancur. Biaran telur separa masak.
  3. Masukkan air perahan asam jawa, sos cili, sedikit garam dan gula.
  4. Kacau sekata namun pastikan telur tadi tidak hancur.
  5. Biarkan seketika dan siap !


Ni mudah je...kalau nak tambah apa-apa pun boleh  :D jom cuba buat..nanti boleh tag ig syira_lokman ! ^_^

Friday, July 24, 2015

PROMOTE BLOG DAN INSTAGRAM ANDA :D

Assalamualaikum
hye semua !



Dah lama Syira tak promote blog korang kan...cepat meh sini. Syira dah listkan semua blogger awesome yang tinggalkan link di post page blog syira lokman !
Jom blogwalking, sambil tu boleh follow and komen..tambah kenalan blogger kan awesome ! ^_^
Selamat Hari Raya semua !

Link blog :

  1. http://www.fadzirazak.com/
  2. http://ilovebunga89.blogspot.com/
  3. http://seindahcerita.blogspot.com/
  4. http://www.nurfuzie.com/
  5. http://mrspuex.blogspot.com/
  6. http://rencahkehidupan-maamieiqi.blogspot.com/
  7. http://www.sakuraungu92.blogspot.com/
  8. http://yangbaik.blogspot.com/
  9. http://www.mummysupplementshop.blogspot.com/
  10. http://www.kataubaid.blogspot.com/
  11. http://www.eelleebeauty.com/
  12. http://typoooh.blogspot.com/
  13. http://messarah.blogspot.com/
  14. http://www.penselduabee.blogspot.com/
  15. http://juliajamaludin.blogspot.com/
  16. http://celotehfarishah.blogspot.com/
  17. http://zahiyazainuddin.blogspot.com/
  18. http://loveladyrq.blogspot.com/
  19. http://www.kakgojes.com/
  20. http://aderakukeysah.blogspot.com/
  21. http://jmbelog.blogspot.com/
  22. http://www.yoorinmelacolea.blogspot.com/
  23. http://www.mommylin.com/
  24. http://www.ummiirfan.com/
  25. http://mimirheem.blogspot.com/
  26. http://aliafarhansaid.blogspot.com/
  27. http://www.papaglamz.com/
  28. http://vithebat.blogspot.com/
  29. http://www.aeinnamusa.com/
  30. http://www.kisahpondokkecil.com/
  31. http://inilamanbelogsaya.blogspot.com/


Link instagram :

  1. https://instagram.com/fadzirazak/
  2. https://instagram.com/cahayadiana_com
  3. https://instagram.com/ilovebunga/
  4. https://instagram.com/eintan_nurfuzie/
  5. https://instagram.com/_maamieiqi_/
  6. https://instagram.com/iyqa_gani/
  7. https://instagram.com/yangbaik/
  8. https://instagram.com/mummyinthehouse/
  9. https://instagram.com/eelleebeauty/
  10. https://instagram.com/messarah_/
  11. https://instagram.com/farishah09
  12. https://instagram.com/zahieya/
  13. https://instagram.com/mya_farisha/
  14. https://instagram.com/loveladyrq/
  15. https://instagram.com/ahkakgojes
  16. https://instagram.com/khalidkyle/
  17. https://instagram.com/impianone/
  18. https://instagram.com/melacolea
  19. https://instagram.com/allene_typicalmommy/
  20. https://instagram.com/_mimihere/
  21. https://instagram.com/papaglamz/
  22. https://instagram.com/kekal_langsing_lepas_pantang/
  23. https://instagram.com/salina_johari


Terima kasih buat semua yang sudi tinggalkan link di page Blog Syira Lokman !
sambil tu jom follow dan like ^_^


TERIMA KASIH ^_^

Sesiapa yang berminat dengan FREE SWAP REVIEW DI INSTAGRAM.. sila baca entry ini [KLIK]


## Buat sesiapa yang tak sempat tinggalkan link blog dan instagram, jom cepat terjah page blog syira  lokman, nanti Syira masukkan dalam entry ni ye..klik ----> BLOG SYIRA LOKMAN. 
TAMAT 30 JULAI 2015 !

Thursday, July 23, 2015

Koleksi Tudung Online Cloverush

Assalamualaikum
hye semua :)


Koleksi Tudung Online Cloverush di ZALORA ^_^
Bagi para penggemar tudung, Cloverush bukanlah suatu nama yang asing. Jenama tudung ini telah berjaya menambat hari ramai wanita berhijab khususnya yang berada di Kuala Lumpur. Mungkin belum berdiri setanding dengan jenama-jenama besar seperti Galeri ARIANI dan Fareeda, namun Cloverush masih kekal utuh berkat sokongan yang berterus daripada penggemar-penggemar setia.

Berikut merupakan 4 fakta yang menarik perhatian penggemar tegar Cloverush:
1.      Material kain yang sangat selesa dan tidak panas.
2.      Rekaan express hijab yang mudah dipakai.
3.      Koleksi tudung yang praktikal dan versatile
4.      Harga tudung yang amat berpatutan

Apa yang menarik, koleksi tudung online Cloverush ini juga boleh anda temui di ZALORA Malaysia. Jom kita lihat rekaan tudung yang anda boleh temui di ZALORA;


Untuk koleksi express hijab seperti ini, ia boleh dipakai untuk apa jua aktiviti. Boleh dipadankan dengan pakaian kasual mahupun formal. Pemakaian yang cukup ringkas dan yang paling best, material ini juga tidak mudah kedut.


Koleksi express hijab ala inner ini pula boleh anda gayakan begitu sahaja atau boleh anda jadikan inner untuk digayakan bersama shawl atau tudung hood.



Dan jika anda inginkan koleksi tudung yang boleh di bawa ketika solat, Cloverush juga menawarkan koleksi tudung labuh yang menutupi bahagian bawah dagu dengan pilihan warna yang menarik!

Jom shopping Koleksi Tudung Online Cloverush di ZALORA ^_^

FeecaMella Raya 2015 Giveaway

Assalamualaikum,
Hai!

Bersempena Hari Raya 2015 ni, Aynal dan FeecaMella nak buat Giveaway untuk kawankawan blogger.
Giveaway ni adalah collaboration dengan FeecaMella (local Fashion Brand). 


Kawankawan hanya perlu jawab 1 soalan mudah and berpeluang untuk menang 
giveaway awesome dari kami :)
Boleh lah dapat duit raya and bergaya dengan FeecaMella dalam bulan Raya ni.
Raya kan Sebulan. Sempat lagi nak bercantik-cantik :) 


Giveaway bermula dari 23 July 2015
and berakhir pada 31 July 2015


Pemenang akan diumumkan di blog ini and FeecaMella Instagram
pada 2 hari berikutnya 2 August 2015 :)


Syarat-Syarat Wajib Penyertaan : 


1. Tulis entry yang bertajuk "FeecaMella Raya 2015 Giveaway"
-----> (Copy & Paste kandungan entry ini)

2. Follow blog ini, Aynal Mansor

3. Follow Instagram @FeecaMella

4. Like Facebook FeecaMella


Soalan :


1. Pada Tahun Bilakah FeecaMella Ditubuhkan?
----> Nak tahu Jawapan mudah ada di Entry Ini :))


*******

Letakkan link penyertaan & nama instagram kawankawan di ruangan komen blog Aynal !! :)

CONTOH PENYERTAAN :



Semoga Berjaya!! :)

Wednesday, July 22, 2015

MENANG Giveaway Cash Raya RM1000 by Emas Putih.

Assalamualaikum
hye semua :)

Siapa join Giveaway Cash Raya RM1000 by Emas Putih?
Kalau sis Uzu buat giveaway memang beratus orang join...popularrrr gitu kannn :D
and Syira pun salah seorang blogger yang akan join giveaway Uzu sebab hadiah best best oke..
Kalau korang nak tau, pengumuman pemenang dah keluar!
berita baik selepas raya :D 
Alhamdulillah..Blog Syira Lokman menang sebagai TOP REFERRAL !
Rezeki sangat sebab dapat duit raya RM100 ^_^

Ramai tanya macam mana nak jadi top referral ??
cara paling mudah ialah..selalunya promote link di mana-mana laman sosial and paling penting sentiasa ingat ayat ini "berusaha tanggungjawab kita, memberi rezeki hak Allah".
so..jangan lupa try tips ni ye :) all the best !

Terima kasih semua !!

Yang tak berjaya, jangan sedih..Allah sedang aturkan sesuatu buat anda !
Tahniah juga buat pemenang yang lain. Cepat tuntut hadiah tauuu !

Klik link ini ----> senarai-pemenang

Tarikh tamat tuntut hadiah pemenang ialah pada 26.07.2015 bersamaan hari Ahad.
Terima kasih penganjur dan sponsor :D

Semoga murah rezeki semua :) 
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI. 
MAAF ZAHIR BATIN :D

Monday, July 20, 2015

OOTD # Raya Pertama 2015



Tudung : shimmery bawal square by Syira Lokman zmar_apparel_shoppe
Baju and kain songket : tailor made
Designer : Syira Lokman
Wedges : Sogo Kl (kasut dinner kolej)
Bag : Coloris (bag tahun lepas)
Belt purple : abah buatkan :D



Friday, July 17, 2015

Salam Aidilfitri.

Assalamualaikum
hye semua :D
Image result for salam aidilfitri

Hari ini hari Jumaat dan hari ini Hari Raya ^_^
Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir batin semua :)
Oke..mula sekali Syira nak minta maaf sebab tahun ni takde kad raya nak bagi korang. Tapi still terharu sebab masih ada blogger lain yang sudi bagi kad raya kat Syira :')
huarghhh !
1 yang paling best sebab diingati ! Kali ni Syira tak buat entry penghargaan untuk setiap penghantar kad raya tu tapi Syira listnya link blog anda !

http://www.shedaucu.com/
http://www.nurfuzie.com/
http://www.naniena.com/
http://www.duniashida.com/
http://www.fatinbella.com/

Thanks semua...insyaAllah jika berkesempatan...next year Syira bagi kad raya ye ?
Jangan sedih or cakap Syira sombong tauu..nanti Syira sambung kembali tradisi hantar kad raya tuuu ^_^

mesti ramai kat kampung ni..tengah makan makan makan..itu je la kojenye time raya ni..
konon nak diet..lupaa semuaa ! haha...
tak apa..lepas raya ni jangan lupa cepat-cepat beli produk kurus ---->
baru slim balik kannn :D

Alhamdulillah...hargai nikmat Syawal yang kita nikmati hari ini sebab tak semua dapat apa yang kita ada hari ini :)
syukur !

Hati-hati kalau nak pergi mana-mana..
..jaga diri..
jangan main mercun nanti hilang jari hilang kepala semua..udohhh...kang orang raya kat rumah kome raya kat hospital..idok le orang nk teman aih .. :P

Raya-raya pun..Syira dah siapkan entry untuk anda :D 
kalau free tu singgah je blog Syira...perkenalkan kat kawan-kawan..sudara mara :D
"ni la blog Syira Lokman tu..ni la ni la...tengok la mak adik akak makcik abang !"
Hehe..

Terima kasih semua yang sudi singgah blog syira and tinggalkan komen :)
anda memang baik hati, comel and kacak pula tu :P hehe..

Ada sesetengah syira akan balas komen satu2, 
tapi sekarang ni banyak blogwalking dari balas komen di blog sendiri :)
kadang kadang bila tak ada masa tu syira akan rangkumkan sekali je,
syira tak online 24 jam, maaf ye ..kadang tu penat dah.
syira minta maaf kepada mana2 blogger yang syira tak dapat nak balas komen dia satu2,
tapi jangan risau..if ada sesiapa yang tanya soalan ke nak minta tolong ke, syira akan cari anda sendiri and beritahu apa yang patut :)

If nak syira follow blog beritahu je ye :) syira baik hati ni..hehe..
Jom tinggalkan link di page BLOG SYIRA LOKMAN :) Syira nak kumpul link blog dan instagram untuk dipromote dalam Blog Syira Lokman lepas raya ni :D
Best tak ?? mudahkan dapat backlink !

Image result for salam aidilfitri

Terima kasih ya Allah kerana memberi kita peluang bertemu pada bulan yang mulia dan semoga tahun depan juga kita dapat bertemu ramadhan lagi.
Selamat Hari Raya Aidilfitri ^_^
Maaf Zahir Batin !

MAAFKAN SALAH SILAP SYIRA SEPANJANG PERKENALAN KITA YE :)

Semoga Syawal kali ini lebih indah dan dimanfaatkan sebaiknya :)

DISCLAIMER

Ini merupakan blog peribadi.

Segala ilmu,info,tips,gambar atau apa sahaja dalam blog ini adalah hak milik peribadi, dari pemerhatian dan sumber yang boleh dipercayai.
Tiada yang diambil dari sumber lain melainkan yang telah dikreditkan/dibacklinkkan/dinyatakan sumber asal dibawah setiap artikel bagi menghormati penulis/pemilik artikel asal.

Pemilik tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang masalah dengan info yang anda kongsi di mana mana laman sosial.
Pendapat pemilik mungkin berubah mengikut nilai ilmu.
Mohon bertanya dahulu sebelum membuat sebarang spekulasi atau penyebaran maklumat. :)

Mohon tegur jika salah.
Terima kasih. :)
Daisypath Anniversary tickers

Official Blog Syira Lokman Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah