"Semua penulis akan mati. Hanya karyanya yang akan terus abadi. Maka tulislah sesuatu yang akan dapat membahagiakan dirimu di akhirat nanti "
- Saidina Ali bin Abi Talib-


Monday, December 31, 2012

KESILAPAN KERAP WANITA TENTANG AURAT

Assalamualaikum
hye semua !

KESILAPAN KERAP WANITA TENTANG AURAT :
  1. Aurat itu adalah memakai tudung sahaja.
  2. Bertudung tetapi ber‘T-Shirt' berlengan pendek.
  3. Bertudung tetapi baju kebarungnya terbelah kainnya.
  4. Bertudung tetapi bajunya sendat, sempit dan nipis lalu memaparkan bentuk kawasan-kawasan mudah ‘menggoda'.
  5. Bertudung tetapi amat longgar dan menayangkan jambul dan hujung rambutnya.
  6. Bertudung tetapi hanya memakainya di pejabat sahaja. Tidak di sekitar rumah, pasaraya dan sebagainya.
  7. Bertudung tetapi tudungnya dilempar ke belakang leher, maka terdedahlah dadanya dari ditutupi kain tudung.
  8. Bertudung tetapi dengan tudung yang amat nipis sehingga boleh diihat sanggul, leher, tengkuk dan dadanya.

Sesungguhnya aurat wanita Islam bukanlah hanya tudung semata-mata sebagaimana yang difahami oleh sebahagian umat Islam
-petikan kata2 Sheikh Ali Thantawi

##I know i have little knowledge about Islam,but i really want to learn and share about it :)...please..tell me if you know more ^_^ maaf if Syira silap..mohon tegur ye :)

Wednesday, December 26, 2012

Syira menang "Photo Contest" by Hanna Nabiella :D

Assalammualaikum
hye semua!

⇨▶..Miss.AlwaysLate..♠✔..

..Syira menang photo contest by Hanna Nabiella ( KLIK SINI) ..hehe..
Alhamdulillah..rezeki :D
..nak tahu hadiah yg ditawarkan ?? :D

Hadiah 
--------------------------------------------------------
1. Pemenang pertama ==> Rm10 top up + Review blog + Promote Blog + Bloglist kekal
2. Pemenang kedua ==> Rm5 top up + Review blog + Promote Blog + Bloglist kekal
*3. Pemenang ketiga ==> Rm3 top up (kalau ada) + Review blog + Promote Blog + Bloglist kekal
4. Top Refferel (2 pemenang) ==> Rm5 top up + Review blog 
*5. 7Pemenang Bertuah (random) ==> Full Blog Review + Bloglist (6bulan)
5. Semua peserta akan di Review ! ^_^ horeyy~ 

Hehe..Syira tak la dpt tempat pertama or kedua tapi Syira menang kategori top referrel and dapat topup RM5 + Review blog :D Tak cayee ?? KLlK SINI..hee~~ yeay !! rezeki lagi..alhamdulillah..
thanks Hanna ! ^_^ tahniah pemenang yg lainn... JOM TERJAH BLOG HANNA ! :)

twitter : https://twitter.com/SyiraLokman
page : PaBiLa-DuA-bLoGgEr-BeRgAbUNg


Tuesday, December 25, 2012

Jom ringankan tangan bantu anak yatim! :D

Assalamualaikum
hye semua !

KLIK BANNER !

Anda sayangkan anak anak yatim ? 
 Tak tahu macam mana nak bantu ?? 
Jom ringankan tangan bantu anak yatim! :D

KLIK SINI :D



Beberapa orang blogger akan melakukan kerja amal sambil memberi sumbangan kepada anak anak yatim..
event ni dibuat di Selangor pada bulan 2 nanti dan disebabkan Syira sekolah,so Syira tak dapat nak join :(
so,Syira nak bantu kutip dana melalui blog ni :D
Kepada insan insan yang berhati mulia..Syira merayu agar anda semua dapat memberi sumbangan ikhlas untuk membantu anak-anak yatim ni..
Untuk memberi sumbangan atau mendapatkan info,anda boleh berhubung dengan  nadiafarahida@gmail.com atau Facebook- nadiafarahida
  
"Apabila mati seorang anak adam itu, terputuslah segala amalannya melainkan tiga perkara. Iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat, serta doa anak-anak yang soleh." 
[Riwayat Muslim]

"Perumpamaan orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah seperti sebiji benih yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada tiap-tiap tangkai ada seratus biji. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (kurniaNya) lagi Maha Mengetahui."
[2:261]

##bagitahu nadiafarahida@gmail.com atau nadiafarahida anda dari blog Syira eh ,nanti confuse pulak die.. hehe
^_^ TERIMA KASIH !


Monday, December 24, 2012

Segmen - Jom tambah rakan blogger !

Assalamualaikum
hye semua!

hee~~segmen ni macam segmen nak hilangkan bosan, :P hehee
Dah akhir tahun kann..so Syira nak beri penghargaan kpd followers and pembaca blog Syira di samping merapatkan ukhwah sesama blogger! hehe..

SyaRat-Syarat Penyertaan

1~Buat entry dan letakkan tajuk: Segmen - Jom tambah rakan blogger !
2~Letakkan Banner diatas dalam entry anda dan linkkan ke entry segmen ini..
3~Follow Blog Syira dan like page ni PaBiLa-DuA-bLoGgEr-BeRgAbUNg (wajib)
4-Komen mana2 entry dalam blog Syira..komen yg membina diharapkan :) ..
5-Dah siap ?? letakkan link entry anda di ruangan komen yer ..

SIMPLE  KANNN ?? :D

Tarikh tutup: 30 Disember 2012

GANJARAN :
  • Syira akan review 5 blog yang bertuah..
  • Syira akan follow 20 blog terawal yang join segmen ni :)
Semua dijemput untuk join segmen ini.. ^_^ Di akhir segmen ni,Syira akan listkan semua blog yang join segmen ni dan lepas ni,boleh la ramai2 blogwalking ye ^_^ mana tau kot lepas ni ramai follow blog anda :D

Sunday, December 23, 2012

10 Surah dapat Menghalang daripada 10 ujian Besar Allah

Assalamualaikum
hye semua!
Hari ni Syira nak share 10 Surah dapat Menghalang daripada 10 ujian Besar Allah.

1- Surah Al-Fatihah ...dapat memadam kemurkaan Allah SWT.

2- Surah Yasin...dapat menghilangkan rasa dahaga atau kehausan pada hari Kiamat.

3- Surah Dukhan...dapat membantu kita ketika menghadapi ujian Allah SWT pada hari kiamat.

4- Surah Al-Waqiah...dapat melindungi kita daripada ditimpa kesusahan atau fakir.

5- Surah Al-Mulk...dapat meringankan azab di dalam kubur.

6- Surah Al-Kauthar...dapat merelaikan segala perbalahan.

7- Surah Al-Kafirun...dapat menghalang kita daripada menjadi kafir ketika menghadapi kematian

8- Surah Al-Ikhlas...dapat melindungi kita daripada menjadi golongan munafiq.

9- Surah Al-Falq...dapat menghapuskan perasaan hasad dengki.

10- Surah An-Nas...dapat melindungi kita daripada ditimpa penyakit was-was.


##tolong bgtau if Syira silap :) thanks !


Monday, December 17, 2012

Blog SyiraLokman direview- EmasPutih

Assalammualaikum

Syira nak story tentang "tuah tak terperasan" ..
Act,Hari tu Syira melawat blog EmasPutih..then Syira berminat untuk join Sini..
orang nak review blog kita kann,siapa tak nak :D
So Syira dengan excitednya letaklah link blog Syira kt ruang komen blog EmasPutih TETAPI  time nak letak link..komen tak boleh nak publish..penat try,tapi tak mauu...so dalam hati pun cakap,
"takpela,tde rezeki nak di review"
..then beberapa hari lepas tu blogwalking,melawat la sini nak tengok 10 blog yang terpilih untuk di review.. buka je terpampang nama blog SYIRA LOKMAN ...
"eh ??macam mana boleh terpilih?? bukan tak dapat nak komen ke? "..
sebelum ni igtkan da tak dapat join upenyeee komen syira tu dah publish cuma internet problem time tu,so Syira nampak macam tak publish..

terpilih juga :)
ade rezeki kannn :) alhamdulillah :) Jom ramai2 terjah blog http://www.kisahemasputih.com

terima kasih EMAS PUTIH !


Wednesday, December 12, 2012

Nak blog anda direview ?? Jom tinggalkan link..

Assalamualaikum
hye semua !


5 blog bertuah akan dipilih secara rawak untuk direview.
Hanya tinggalkan link blog anda sahaja di ruangan komen oke !

Sila tinggalkan link blog anda sebelum 15 Disember 2012..
Thank you ! ^_^


Jom follow Syira di twitter : https://twitter.com/SyiraLokman
Jom like page ni : PaBiLa-DuA-bLoGgEr-BeRgAbUNg


Monday, December 10, 2012

Macam mana nak Bahagia ? ^_^


Assalamualaikum

hye semua ! ^_^


1. Cintailah Diri Sendiri Sebelum Kamu Mencintai Orang Lain
Kebanyakan dari kamu apabila bercinta sanggup mengetepikan kemahuan, keinginan serta keperluan diri sendiri demi insan yang bergelar kekasih. Inilah kesilapan paling besar.Jadi pastikan kamu sayang diri sendiri terlebih dahulu sebelum kamu ingin menyayangi orang lain.

2. Berkorban Biarlah Berpada-Pada
Ada yang sanggup bersusah payah dan menyakiti hati sendiri demi melihat orang yang disayangi bahagia. Tidak salah untuk berkorban namun berpada-padalah. Jangan terlalu meletakkan diri kamu serendah-rendahnya hingga sanggup biarkan diri sendiri merana semata-mata mahu menggembirakan orang lain. Hidup ini dalam hal apa pun perlu seimbang.

3. Punya Pendirian Yang Tetap
Seorang yang punya pendirian akan tahu apa yang dia inginkan untuk diri dan tidak akan berubah mengikut cara orang lain. Inilah yang terbaik kerana apabila kamu tidak berpendirian, itulah yang menjadi punca hidup mudah dikongkong atau ditentukan oleh orang lain. Ini secara tidak langsung membuka ruang untuk orang mempermainkan hati kamu.

4. Bahagikan Hidup kamu Dengan Hal-hal Yang Lain
Jangan bergantung dengan seseorang untuk hidup,bergantunglah kepada Allah..
belajarlah membahagikan hidup kamu dengan cinta, kerjaya, keluarga, hobi dan sebagainya. Percayalah kamu akan rasa hidup lebih bahagia apabila bijak membahagikan segala-galanya dengan baik.


Thursday, December 6, 2012

Remember Just Remember

Assalammualaikum
hye semua !

When things are down
And you are out of your mind
Remember just remember
Allah is The Kind.

When your life is in darkness
And nothing is right
Remember just remember
Through the darkness, Allah is The Light.

When nothing makes sense
And your heading for demise
Remember just remember
It doesn't make sense, but Allah is The Wise.

When times are troubled
And no one seems to care
Remember just remember
Allah won't hurt you, He is The Fair.

When your heart is breaking
And your pain makes you fall
Remember just remember
Allah Sees it all.

When you are weak
And the road seems long
Remember just remember
Seek strength from The Strong.

When life is a burden
And everything is unstable
Remember just remember
Allah is The Able.

When the way is cloudy
And there is no one by your side
Remember just remember
Allah is The Only Guide.

When no one wants to listen
Or is willing to lend an ear
Remember just remember
Allah is always ready to hear.

When you are poor and penniless
And you are stuck in a niche
Remember just remember
Allah is The Rich.

When you are down in your misery
And there is nowhere to run
Remember just remember
You can always run to The One.

Allah is really here.


Saturday, November 24, 2012

Love from Vietnam !

Assalammulaikum
hye semuaa

Lama Syira tak menaip surat cinta panjang2 kat sini kan,hee~~
act,malas nak update blog :P tapi mana boleh ! nanti makin berhabuk blog ni..
kowang sihat ?? :D yang tak sihat tu,better baca blog Syira sure lepas ni Sihat terus! hehe :D
Syira nak share sesuatu yang boleh dikatakan "first time" bukan "first love" oke fahamm???
12 November sampai 15 November Syira "Fly to Vietnam !" seronok!
Syira pergi Vietnam dgn family,ni la first time Syira terbang ke awan biru dengan Vietnam Airlines..
Banyak tempat kteowg pergi antaranya Centre Post Office,City Hall,China Town,Binh Tay Market,Hotel Hong Thien Loc,Mytho(Sungai mekong),Russian Market,Saigon Square Centre,Tax Centre,An Dong Plaza,Cu Chi Tunnel,Restoran Kg Melayu,Hardrock Cafe Ho Chi minh,Handicapped Handicrafts,Minh collection and many more :)
masuk hutan adaa,shopping memang harus ada la kannn..
hari hari asyik merayap je..
hotel memang best! cantikk je ..
duduk sana dah tak ingat Malaysia daa :P hehe,tp bukan la lupa daratan ek..
so now Syira nak share ape yang Syira beli kat VIETNAM ! :D


Colourful purse,book mark,Quiling art

T-shirt RM6(tak ori punyee)
Polkadot baju kurung(silver),
 kain ela 4m for jubah AND 4m for lining only RM4Okain SANGAT lembut and sejukk je :D
Kain ela 2m (Butterfly)
Half Moon Shawl RM27 sehelai..

kat Malaysia RM80-RM90 oke..berbaloi beli kat sana,kain lembut je :)
Hard Rock(guitar-pin) RM55..
ori punye mmg mahal,tp sbb suka sangat warna pink tu beli juga :P hee

Apa yang best di Vietnam ?? 
ada something yang special pasal life penduduk kat sana,dah la orang orangnya cun and handsome,hehe..
tapi yang paling syokk semestinya SHOPPING !! :D hehe...

##Syira try upload gambar2 kat Vietnam tp slow..bila slow,Syira malas nak upload..hehe..
so kalau kowang nak tengok KLIK SINI
 

Sunday, November 11, 2012

Saya di bloglist - ZAHIRUL

Assalamualaikum
hye semuaa!

jom terjah blog zahirulonline :D 
Blog Syira antara 5 yang TERpilih untuk menetap selama beberapa hari or bulan di blog beliau :) teheee~~

BLOGLIST PORT BLOGGER





macehhh ! orang buat baik,kita balas baik..ye dakkk ??
so wahai rakan2 sekalian..jom ringankan tangan anda untuk klik http://zahirulonline.blogspot.com/
jom eratkan ukhwah sesama rakan blogger :)
macam2 info berguna kowg akan dapat..percayalah! ;)


Thursday, November 8, 2012

Doakan kejayaan saya :')

Assalamualaikum
hye semua !!

Hari ni baru excited sikit nak update blog 
:P hehe..sikit je laa kannnn
..Syira nak bgtau kowg yang Syira dah habis exam utk sem 1..
yeayyy!! :D ...best giloossss!! 
Lepas ni boleh menggedik,boleh pergi date ;D 

Perasaan lepas jawab exam...

PENGAJIAN AM-tenang 
BAHASA MELAYU-smile :) 
PENGAJIAN PERNIAGAAN- stress ! 
SEJARAH-happy ! 

####Perasaan ni tak mempengaruhi markah ye :P


exam semester 1 (STPM) agak susah laaaa ! boleh gila kot!..
Tak pernah terfikir Syira akan terjerumus masuk form 6
..dah la memang kenyataannya STPM susah kann,
tapi tak pe..sabo sabo..harap2 berbaloi :)
Syira betul2 harap and nak sangat dapat pointer paling dahsyattt sedahsyat dahsyattt nyaa laaaa !
yelaa,ni baru sem 1..ada lagi 2 sem,..
then fight for degree ! InsyaAllah ^_^
Jgn biarkan harapan ni menjunam junam junam junam junam ! haish..
Doakan Syira oke! ^_^

Goodbye Sem 1 :D

Guys, 
Sorry for the jokes you can't take, for the words you can't accept.
Maafkan salah silap saya dan doakan kejayaan saya :')
Thank you everyone for your continuous supports, meaningful thoughts and everything. May Allah bless you all. Insya Allah, Amin. ^_^


###exam sem 1 -STPM (sistem modular)..
        happy dgn MUET(school test) juga :) alhamdulillah!!
        STYLISTA CONTEST masih berjalan..jom join!! 9 Nov tamat ! :)


Wednesday, October 31, 2012

3 Hal >>>

Assalamualaikum
hye semua ! ^_^



Ada 3 Hal dalam hidup yang tidak boleh kembali :
1. Waktu
2. Kata-kata
3. Kesempatan.

Ada 3 Hal yang dapat menghancurkan hidup seseorang :
1. Kemarahan
2. Keangkuhan
3. Dendam.

Ada 3 Hal yang tidak boleh hilang :
1. Harapan
2. Keikhlasan
3. Kejujuran.

Ada 3 Hal yang paling berharga :
1. Kasih Sayang
2. Cinta
3. Kebaikan.

Ada 3 Hal dalam hidup yang tidak pernah pasti :
1. Kekayaan
2. Kejayaan
3. Mimpi.

Ada 3 Hal yang membuat kita sukses :
1. Tekad
2. Kemahuan
3. Fokus.

Ada 3 Hal yang tidak pernah kita tahu :
1. Rezeki
2. Umur
3. Jodoh.

TAPI, ada 3 Hal dalam hidup yang PASTI, iaitu :
1. Tua
2. Sakit
3. Kematian.

## jom join STYLISTA CONTEST ^_^





Tuesday, October 9, 2012

5 dont's !


Assalamualaikum
hye semua !

Tadi bIogwalking then jumpa info yang menarik ni di blog kawan saya..
I think I should share with you guys because seems like even a small things we do, 
may cause harm to our body. 
Take note !

1 - DON'T SLEEP WITH WATCH
Watches can emit a certain level of radioactivity. Though small, but if you wear your watch to bed for a long time, it might have adverse effects on your health.


2 - DON'T SLEEP WITH BRA
Scientists in America have discovered those that wear bras for more than 12 hours have a higher risk of getting breast cancer. So go to bed without it.


3 - DON'T SLEEP WITH PHONE
Putting the phone beside your bed or anywhere near you is not encouraged. Though some of us will use phones as alarm clocks, but please put the phone as far as possible. Scientists have proved that electrical items including mobile phone and television sets emit magnetic waves when used. These waves can cause disruptions to our nervous system. Therefore if you need to put your mo! bile phone near you, switch it off first.


4 - DON'T SLEEP WITH MAKE UP
People who sleep with make up might have skin problems in the long run. Sleeping with make up will cause the skin to have difficulty in breathing and problem in perspiring. You will also need a much longer time to go into deep sleep.

Lastly.....


5 - DON'T SLEEP WITH OTHERS' WIFE / HUSBAND
You may never wake up again. : ) hahaa


Nak camera lomo dan topup bernilai RM30??Jom join contest !

Monday, September 17, 2012

siapa aku sebagai perempuan ^_^

Assalamualaikum
hye semua !
^_^



dulu dia cuma senarai pilihan
tak ubah seperti catur dlm barisan
wujudnya dia kerana satu perasaan
perasaan yang wujud dari Ilahi
antara ramai,dia yang jadi pilihan
miliki dia 1 kekuatan
kekuatan yg mampu atasi kesedihan
 aku jadikan dia sebagai kawan
bukan sekadar teman pengisi kekosongan
die tmpat tahan kesedihan
dialah tmpat kongsi keriangan
die mengisi kekosongan
kekosongan hati jiwa nan sepi
walaupun nanti bukan dia bertakhta lagi di hati
biarkan
itu nanti
namun kini
aku mahu die knl aku bukan sekadar manusia ciptaan
aku mahu dia lihat kebenaran
siapa aku sebagai perempuan
^_^



© ORIGINAL ®
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║
♥syiralokman.blogspot.com♥



facebook : facebook (wan syahirah)
twitter : https://twitter.com/SyiraLokman
pages : PaBiLa-DuA-bLoGgEr-BeRgAbUNg




Monday, September 10, 2012

Jiwa Manusia :)

Assalamualaikum
hye semua !




Manusia 
Suka bermain dengan jiwa,emosi,rasa.. 
bermain dengan warna kehidupan 
tanpa mengenal silapnya 
tanpa mengetahui apa yang bakal tiba 
Andainya sudah tahu akhirnya jalan cerita, 
kenapa direka bagaimana kisah bermula? 
kerana itu manusia 
yang tak tahu keindahan kisah dirinya 
tak mengenal pengajaran dunia
ingin diri belajar mengerti 
mencari dan terus mencari indahnya dunia 
tanpa memikirkan akhirat di sana :)



© ORIGINAL ®
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║
♥syiralokman.blogspot.com♥



Friday, August 31, 2012

Malaysiaku Merdeka !




Happy Bday Malaysia! ^_^ MERDEKA 55 !
happiness and freedom !
Saya Sayang Malaysia.. 
TERIMA KASIH pemimpin negara..
anda hebat !


##Selamat hari jadi ke 55 juga abah..love u !
Always in my heart...-Mior Lokman ^_^

Thursday, August 30, 2012

For every happy things, sadness will be the shadow

Assalamualaikum
hye semua !!


"For every happy things, 

sadness will be the shadow"





Tidak tahu kenapa, 
semua impian, yang di impikan sejak kecil, 
seperti harus dikorbankan,
untuk kegembiraan orang lain. 
Kadang kala terfikir, 
kenapa kita perlu korbankan impian sendiri
demi kebahagiaan orang lain. 
Kadang kala,
kita tersepit, 
kejar impian atau membahagiakan......



Sometimes I wish I can blow away all the sadness, far away. But the thing is, the sad feelings are like bubbles. It's so beautiful even if it pops, it will bring tears and pain.

Thursday, August 16, 2012

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI !

SELAMAT HARI RAYA 
AIDILFITRI

MAAF ZAHIR 
DAN
 BATIN




Maafkan salah silap Syira,
jaga diri !
Semoga raya ini terindah buat kalian dan panjatkan rasa syukur buatmu Ilahi atas nikmat hidup selama ini..
terima kasih untuk segalanya
salam Ramadhan yang akan pergi
salam Syawal yang sedang menanti 
^_^



###nak duit raya !!!! :D


Tuesday, August 7, 2012

Friday, August 3, 2012

Siapa nak kad raya ! hentakk kaki :D

Assalamualaikum
hye semuaa !

Alhamdulillah ! hampir setengah bulan kita berpuasa.
pejam celik pejam celik..tak lama lagi nak raya! yeay !!! rayaa..
excited lebih ! heee..~~ puasa pun tak habis lagi :P
Kali ni Syira nak share s0mething dengan kamu semua...
Siapa nak kad raya ??? :D
hee~~ act,Syira bukan nak bg kad raya..tapi nak berkongsi cerita "KAD RAYA" je..
pernah dapat kad raya ??? dapat tu pernah la kot,
tp mesti kome tak pernah bagi kad raya kan sebab kome kedekut :P hahaa
selalunya..orang yang dapat kad raya ni ,orang yang comel mcm Syira je..
haha..(hentak kepale kat dinding ! :P )

oke oke ! sabar sabar..Syira memang suka perasaan mcm ni :P over !
act,dari sekolah rendah dulu Syira selalu dapat kad raya and bagi kad raya..
best!
zaman budak2 kannn..tulis pun merepek je,asal ada tulis '"SELAMAT HARI RAYA"
oke la tu..hehee
Tapi yang tak best nya,zaman sekarang ni kan zaman IT..
orang lebih suka sampaikan salam raya guna message,facebook,twitter,blog and macam2 laa..
sampai kad raya ni pun dilupakan..
sedih kot sebab Syira suka kad raya and kumpul kad raya !
kalau tak dapat tu..rasa macam kecewa..hee~~ :P
yelaa..bila dapat kad,kita boleh simpan buat kenangan kan..
tapi kalau message ke apa,lama2 kena delete jugaa...kan tak syokkk macam tuu..
hilang dah salah satu memory nostalgia terindah ..cewahhhh ! :P


Syira harap nostalgia kad raya ni tak hilang macam tu je..
setiap coretan yang kita terima tu bermakna sangat :)
walaupun sekadar "SELAMAT HARI RAYA"
ia menandakan kita masih diingati kannn :)

SALAM RAMADHAN dan SALAM SAYANG ^_^

jom like page PaBiLa-DuA-bLoGgEr-BeRgAbUNg.terima kasih !


Wednesday, July 25, 2012

kelebihan itu ujian Allah :)

Assalamualaikum
hye semua!

 :) semua orang ada kelebihan dan kekurangan.
Tetapi ade segelintir yang berasa cemburu dengan kelebihan orang lain sedangkan dia tidak tahu bahawa kelebihan itu ujian Allah :)






apakah tujuan ujian itu?
adalah utk menguji keimanan dan juga membuktikan kecintaan pada Allah,


kadang-kadang, kelebihan yang dikurniakan itu adalah satu ujian, dan kekurangan yang ada itu nanti, akan menjadi kelebihan seseorang...

buka surah ke 16 ayat ke 71, menceritakan tentang kelebihan yang allah kurniakan terhadap manusia

Surah An Nahl 

[71]Dan Allah telah melebihkan sebahagian dari kamu atas sebahagian yang lain pada rezeki yang dikurniakanNya; dalam pada itu, orang-orang yang diberi kelebihan itu tidak mahu memberikan sebahagian dari kelebihan hartanya kepada hamba-hamba mereka, supaya orang-orang itu dapat sama mempunyai harta. Maka mengapa mereka tergamak mengingkari nikmat Allah itu dengan perbuatan syirik?

then buka surah ke 6 ayat 165 pula...ni Allah bgtau kita tentang atas kelebihan yang di kurniakan pada kita itu akan diuji.

Surah Al An'aam 
[165]Dan Dia lah yang menjadikan kamu khalifah di bumi dan meninggikan setengah kamu atas setengahnya yang lain beberapa darjat, kerana Ia hendak menguji kamu pada apa yang telah dikurniakanNya kepada kamu. Sesungguhnya Tuhanmu amatlah cepat azab seksaNya, dan sesungguhnya Ia Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.


Kita sebagai manusia sukar untuk lari dari tanggapan negatif terhadap orang lain.
Sering berasa bahawa orang lain punya kehidupan yang lebih indah dari kita.
Selalu menganggap diri sendiri tidak hebat dan mungkin kadang kala sanggup melakukan apa saja demi menjatuhkan orang lain..kan tak elok tuu..cubalah bersyukur dengan nikmat Allah.
Segala-galanya indah dan baik kalau kita tahu menjaga dan menggunakannya.
Jangan kerana tamak kita cuba menjatuhkan saudara sendiri..


##Allah itu adil..
tutuplah kelemahan diri dengan kelebihan yang kita ada.

bleh check balik kat internet hadith ni, insyaallah ada.
sekadar sharing, moga bermanfaat...insyaallah ^_^
sumber : kitabsuciquran







Monday, July 16, 2012

kerana kita tak sanggup

Assalamualaikum
hye semua !





Kenapa kita menangis walaupun kita tahu dia tegar sakiti kita?
Mengapa kita bersabar walaupun dia sentiasa salah?
Kenapa kita menunggu walaupun kita tahu kita dah lama bagi peluang ?


bukan kita tak boleh terima kenyataan
tapi hati memberontak untuk tidak percaya
otak bercelaru untuk memikir kewarasannya
kita rasa menyesal dengan apa yang terjadi
kita rasa itu bukan diri dia
kita rasa kita kenal dia siapa
bukan yang selalu menyakiti
Kita bersabar sebab kita masih sayang
kita bg dia peluang
bagi dia peluang untuk mengaku kesalahan
bagi dia masa untuk berfikir
mungkin tindakan dia dulu sewaktu jiwa sedang bermain dengan emosi
mungkin juga tika serabut dengan masalah dunia
kita tahu dia kan berubah
kita cuba kuatkan hati
memaafkan
menunggu
bersabar dan terus bersabar
kerana kita tak sanggup
tak sanggup
 kehilangan orang yang kita sayang
keindahan keluarga,juga sahabat...


You've got to take the good with the bad, smile with the sad, love what you've got, and remember what you had. Always forgive, but never forget. Learn from mistakes, but never regret.


Saturday, July 14, 2012

Bila dah sayang,tak perlu risau :)

Assalamualaikum
hye semua !!


Perempuan:

Kalau kita cintakan seseorang...
jangan kejar atau ikut kemana dia pergi
tapi lepaskan dia biar dia rasa rindu yg akan mengulit jiwa dia..
dan kalau benar ada cinta dihati dia..
dia akan kembali ;)

Lelaki:
Kalau anda benar2 cintakan seseorang wanita
jangan lukakan hatinya tapi jaga hatinya.
ikut dia melalui hatimu
doa pada yg ESA agar permudahkan
bukan mengejar dia dgn NAFSU.



Kenyataan dan kebenaran yang menyakitkan,tapi kita harus terima :)
Bukan melepaskan dia hilang dari hati,tapi melepaskan dia bebas dgn hidupnya,
melayari hidup dengan teman-temannya..
kerana bila dah sayang,tak perlu risau,apa pun terjadi dan siapa pun dengannya ..
kita sentiasa ada di hati ^_^ tak akan lupa :)
Teguhkan hati dengan Allah,InsyaAllah...
Allah akan kuatkan hati kamu dan dia :)

Pengorbanan itu perlu.. Mengalah tak bererti kalah,Maaf tak bererti salah :)

#aku tak kisah memberi,melepaskan atau apa sekalipun.. <3
kerana memberi lebih baik dari meminta ^_^



Saturday, July 7, 2012

Hari Koko SMK Jalan Tasek

Assalamualaikum
hye semuaa !!

sejak dua tiga empat menjakkk ni,malas je nak update blog :P hehhee
minta ampun dan maaf dari hujung rambut beruban ke hujung kuku kaki...
Syira sedang mengalami tahap kemalasan mengadap blog dan kekosongan idea..
Tapi hari ni Syira cuba tingkatkan kerajinan semaksima mungkin untuk menaip seringkas,sepadat dan selajunya nukilan indah buat anda pembaca setia.. setia ke?? hahaa..



Hari :Sabtu
Tarikh :  7 Julai 2012
Tempat :  SMK Jalan Tasek,Ipoh..
Aktiviti : Hari Koko SMK Jalan Tasek.

Ni 1st time Syira join hari koko..before ni sekolah lama (SMK Tasek Damai) tak ada pun buat sambutan hari koko..
so tahun ni dapat la merasa kannn,..
macam-macam aktiviti ada,Tayangan,Jualan,Permainan,Nyanyian,Aktiviti Pasukan Unit Beruniform..
Syira,Umi,Dyla dan Kak Chik ,wakil Puteri Islam masuk pertandingan mendirikan khemah. ..
Alhamdulillah,kami dpt tempat ke 2...naib johan oke ! terasa bangga ^_^ ! hehee..
harap lepas ni menang mcm2 lg laaa ^_^

#rinduu puteri islam SMK Tasek Damai... :'(




##maaf post kali ni ayat agak kemerapuan :P


Friday, June 15, 2012

"La Tahzan" InsyaAllah Allah ganti lebih baik.





Dulu dia selalu ada denganmu
Dulu dia yang mendengar keluhmu..
Dia teman juga kasihmu
kau mengharap dia dan dirimu bersatu

Tapi kini,
entah apa sebabnyaa
Dia mula jauh dari kamu
dan akhirnya pergi meninggalkamu
Jangan menangis lagi
Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk kamu dan dia..


Tak perlu bersedih lama. Cinta itu milik Allah. Hari ini Dia tarik rasa cinta dari hati pasangan kamu sehingga tawar hatinya. Sebab, mungkin esok atau lusa Dia campakkan rasa cinta yang lebih segar dalam hati si dia yang setepatnya untuk kamu. Semalam kamu berjalan dengan tidak cermat dan tidak berhati-hati. Hari ini dan esok, waspadalah jangan terpijak atau memijak onak dan duri. Jangan kau kutip lagi serpihan kaca. Buka mata, buka mata hati, guna iman dan tawaqqi. Akhirnya, 'kan kau jumpakan permata.


"La Tahzan". Jangan Bersedih. InsyaAllah Allah ganti lebih baik... ^_^








Apa itu tawaqqi?

  • Menurut Ibnu Kathir tawaqqi adalah kata asal untuk taqwa. Bermaksud, “menjaga diri daripada perkara yang tak diingini.”

  • Menurut Muhammad bin Allan, “taqwa ialah mematuhi perintah-perintah Allah dan menghindari larangan-laranganNya dengan mengerjakan setiap yang diperintah, tinggalkan yang dilarang, mengikut kemampuan.”

  • Manakala Saiyidina Umar mengkiaskan hakikat taqwa sebagai “berjalan dengan waspada dan bersungguh-sungguh supaya tidak memijak ataupun terpijak onak dan duri.”



Friday, June 8, 2012

Yakinlah Allah menyayangimu ^_^


Assalamualaikum..
hye semua !

sesuatu utk dikongsi :)

 



• KENAPA AKU DIUJI ?

QURAN MENJAWAB :
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," ("I am full of faith to Allah") sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta."
(Surah Al-Ankabut ayat 2-3)


• KENAPA AKU TAK DAPAT APA YANG AKU IDAMKAN ?


QURAN MENJAWAB :
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
(Surah Al-Baqarah ayat 216)

• KENAPA UJIAN SEBERAT INI ?

QURAN MENJAWAB :

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
(Surah Al-Baqarah ayat 286)

• KENAPA AKU FRUST ?

QURAN MENJAWAB :
"Janganlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yg paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yg beriman."
(Surah Al-Imran ayat 139)


• BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA ?


QURAN MENJAWAB :
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"
(Surah Al-Baqarah ayat : 45)

• APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI?


QURAN MENJAWAB :

"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka... "
(Surah At-Taubah ayat : 111)

• KEPADA SIAPA HARUS AKU MENGHARAP ?


QURAN MENJAWAB :

"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal."
(Surah At-Taubah ayat 129)

• AKU TAK DAPAT BERTAHAN !!

QURAN MENJAWAB :
"... ..dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir."
(Surah Yusuf ayat 12)


###Allah mengujimu kerana Allah menyayangimu..maaf kalau info ini salah :) sekadar berkongsi..





DISCLAIMER

Ini merupakan blog peribadi.

Segala ilmu,info,tips,gambar atau apa sahaja dalam blog ini adalah hak milik peribadi, dari pemerhatian dan sumber yang boleh dipercayai.
Tiada yang diambil dari sumber lain melainkan yang telah dikreditkan/dibacklinkkan/dinyatakan sumber asal dibawah setiap artikel bagi menghormati penulis/pemilik artikel asal.

Pemilik tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang masalah dengan info yang anda kongsi di mana mana laman sosial.
Pendapat pemilik mungkin berubah mengikut nilai ilmu.
Mohon bertanya dahulu sebelum membuat sebarang spekulasi atau penyebaran maklumat. :)

Mohon tegur jika salah.
Terima kasih. :)

Official Blog Syira Lokman Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah