"Semua penulis akan mati. Hanya karyanya yang akan terus abadi. Maka tulislah sesuatu yang akan dapat membahagiakan dirimu di akhirat nanti "
- Saidina Ali bin Abi Talib-


Monday, May 28, 2018

Percutian Menarik di Bali Indonesia.

Assalamualaikum
Hai semua ^_^

23 Januari hingga 26 Januari yang lalu, Syira dan keluarga telah ke Bali Indonesia. Kami bercuti selama 4 hari 3 malam. Kalau korang nak tahu, Bali ni banyak sangat temple dan pantai tapi kami tak la pergi semua temple dan pantai tu. Majoriti masyarakat disini beragama hindu tapi jangan risau, masih banyak tempat makan halal yang murah. Untuk 4 hari di sana, kami menginap di Murdha Villa bali yang terletak di area Seminyak. Villa ni memang Syira recommended sebab semua kemudahan lengkap. Ada 3 bilik dengan 2 katil queen dan 1 katil king. Siap ada private pool, ruang tamu dan dapur. Setiap bilik ada tv.



Selama 4 hari di sana , kami sewa kereta dengan driver. Bayangkan 4 hari (kereta, minyak, driver, parking) hanya 1.2 juta (RM400++) sahaja.. murah kan ? itinerary korang boleh ubah suai mengikut kesesuaian dan tak ada limit nak berjalan dari pukul berapa hingga berapa. Hari kedua dan ketiga kami berjalan dari jam 8 pagi hingga 10 malam non stop. Kalau korang dah pergi semua tempat dan masih banyak masa lagi, driver tu akan tanya lagi nak pergi mana-mana tak.

Untuk hari pertama, kami sampai di Airport Denpasar- Ngurah Rai jam 4 petang. Sampai je kami makan di sebuah restoran yang popular di sana tapi..hahaa.. Syira lupa nama restoran tu. . Lepas makan kami terus check in Murdha Villa Bali. Malam pukul 8 kami keluar berjalan sekitar Kuta dan ngeteh di Warung Malaysia. Makan roti canai, nasi lemak dan minum teh tarik. Pergi Bali pun makan makanan Malaysia, ni semua sebab mama yang tak move on dengan Malaysia. Yang ni Syira tak galakkan korang pergi sebab 7 ribu semua jenis makanan dan rasanya biasa je. Dalam 10 malam kami pulang ke Villa.




Untuk hari kedua, kami keluar bermula jam 8 pagi. Destinasi pertama ialah Tanah Lot. Dari villa ke Tanah Lot ni lebih kurang 45 minit. Tanah Lot memang destinasi popular dan lautnya sangatlah cantik. Berjam jam kami habiskan masa di sini. Kemudian kami makan di Warung Makan Nikmat, warung makan ni best dan banyak pilihan masakan jawa. Harga pun berpatutan.


Kemudian kami terus ke Water Blow. Water blow ni best ! Best sangat tapi kena tunggu. Ibarat jodoh la..kita tak tahu bila jdooh tiba..hahaha..sama macam water blow ni... Water Blow ni tak muncul setiap saat, so kita kena tunggu. Memang berbaloi kalau tunggu sebab view Water Blow sangatlah lawa weyhh !


Lepas dah puas jamu mata tengok Water Blow, kami meneruskan perjalanan ke Uluwatu untuk melawat temple dan menyaksikan persembahan Kecak Dance. Untuk tengok persembahan Kecak Dance di Uluwatu Temple ni setiap orang perlu bayar 100 ribu (RM30++) Persembahan ada setiap hari bermula jam 6 petang hingga 7 petang. Apa yang menariknya, persembahan ni buat waktu senja, so sambil tengok persembahan hebat ni, boleh menikmati matahari terbenam. Tapi yang sedihnya waktu kami pergi tu matahari menyorok. So tak dapat la tengok sunset... nasib baik la persembahan Kecak Dance ni best. Takde la meraung tak dapat tengok sunset...hahaa..

Untuk hari ketiga pula destinsi pertama yang dituju ialah Batu Bulan Village dimana perusahaan batik, lukisan, emas dan silver banyak diusahakan di sini. Yang ni kami cuci mata je tak beli apa-apa pun tapi kami banyak shopping di Sukawati Art Bali. Sukawati ni ibarat pekan rabu atau pasar siti Khadijah. Syira beli beg rotan, gelang kain. Gelang 30 sen je satu. Beg rotan ni murah sangat kat sana. Sekarang dah mula viral kat Malaysia..hahaha..
Abang-abang Syira banyak borong tshirt. Rm5 je sehelai...


lepas puas shopping, kami meneruskan perjalanan ke Mount Batur untuk makan tengah hari. Setibanya di Mount Batur, kami pun apa lagi acah-acah oversea laa... Best tempat ni, sejuk macam oversea..ahaha..tapi sebenarnya macam Cameron Highland la. lawa viewnya kome...Lepas dah kenyang makan sambil tengok gunung, kami terus pulang untuk shopping lagi di Agung Bali. Shopping lagi guys...hahaa.. siapa tak suka shopping kan :P




Dalam perjalanan pulang, kami sempat singgah di beberapa buah rumah di sini untuk memetik sendiri buah jeruk (limau). Korang tengok je signboard tepi tu ada tulis ‘self pick jeruk”. Ni semua idea mama la, tiba-tiba dia teringin petik buah limau. Kasi la can..hahaha..Bayaran dikenakan mengikut jumlah buah yang dipetik. Berbaloi sebab buah limaunya manis ! manis macam Syira..hehee..


Beberapa minit selepas kami meneruskan lagi perjalanan, Syira ternampak kebun bunga gemitir. Bunga ni cantik sangat dan sebenarnya Syira ada plan untuk ke Desa Temukas Kabupaten namun perjalanan ke sana melalui jalan yang berbeza, so agak sedih sebab misi tak tercapai. Tapi bila nampak bunga ni di tepi jalan serius teruja gila...walaupun tak seluas ladang di desa temukas, syira masih happy dapat tengok keindahan bunga ini yang berwarna jingga.




Petang hari ketiga ni hujan, jadi lawatan ke Tampak Siring Temple dibatalkan dan kami terus ke Agung Bali untuk shopping. Agung Bali ni gedung membeli belah untuk pelancong dan agak mahal dari Sukawati Art Bali. Barang yang ada di sini ada juga di Sukawati Art Bali dengan harga yang lebih murah... Nasib baik Syira dah puas shopping di Sukawati tadi..hehe.. Sebelum pulang ke villa, kami singgah makan malam di Ayam bakar wong solo.
Wong solo ni di Malaysia pun ada dan sangat sedap !


Hari keempat merupakan hari terakhir kami di Bali. Kami checkout pada jam 11 pagi dan terus ke Bakso Pendodowo untuk makan bakso. Bakso kat sini boleh pilih pelbagai jenis sama ada sapi atau ayam. Ada juga tambahan seperti gorengan dan sebagainya dengan harga 60 sen sebiji.
Abang dan adik syira siap tambah order 2 kali ok.
Lepas makan kami terus ke airport dan lepak di airport memandangkan flight ke Kuala Lumpur jam 4.25 petang.



Apa yang best tentang Bali ni ialah panaorama yang cantik. Cantik sangat di mata. Memang gambar ni hanya 50% je dari kecantikan sebenar Bali. Jangan bimbang tentang makanan halal, memang banyak dan di sana makanan sedap-sedap. Martabak je setiap hari kami beli..hahaa..
Nak share semua gambar tapi malas nak pilih. Apa yang menariknya Bali ni, tengok dengan mata lebih cantik dari dalam gambar. Gigih tau Syira menyiapkan 1 entry ni... Bercuti bulan Januari, Bulan Mei baru post...ahaha..Punyalah banyak nak tulis tapi Syira cuba ringkaskan.. Sorry la, Syira baru habis latihan profesional... insyaAllah sementara menunggu konvokesyen bulan 10 nanti, Syira akan makin rajin update blog oke..hehee..nak tulis ppun kena ambil mood, feel belum masuk sepenuhnya :P hehee... Oke guys ! Bawah ni Syira kongsikan itinerary sepanjang 4 hari 3 malam di Bali Indonesia.


BALI (DAY 1)
Airport Bali
Dinner di Warung Malaysia


BALI (DAY 2)
Tanah Lot Temple
Water Blow
Lunch (Warung Makan Nikmat Masakan Jawa)
Pandawa Beach
Uluwatu Temple
Kecak Dance Performance
Dinner (Nasi Padang & Terang Bulan)

BALI (DAY 3)
Lunch at Mount Batur Volcano Lake View.
Sukawati Art Bali (shopping)
Batu Bulan Village- batik, gold/silver, painting
Self Pick Jeruk (limau)
Kebun Bunga Gemitir Ubud
Agung Bali (shopping)
Dinner (Ayam Bakar Wong Solo & Terang Bulan)

BALI (DAY 4)
Lunch Bakso Pandawa
Airport
selamat membaca !
Syira doakan korang dimurahkan rezeki untuk bawa family berjalan juga lepas ni ya ^_^

4 comments:

farhanna jafri said...

wahhh cantiknya pemandangan, murah pulak tu

Anonymous said...

salam. berapa yea anggaran harga utk beg rotan yg dijual di Sukawati Art? TQ

Anonymous said...

Salam, berapa yea anggaran harga utk beg rotan tu di Sukawati Art Bali?

Syira Lokman said...

@Anonymous masa syira beli..rasanya tak sampai RM30.. :)

DISCLAIMER

Ini merupakan blog peribadi.

Segala ilmu,info,tips,gambar atau apa sahaja dalam blog ini adalah hak milik peribadi, dari pemerhatian dan sumber yang boleh dipercayai.
Tiada yang diambil dari sumber lain melainkan yang telah dikreditkan/dibacklinkkan/dinyatakan sumber asal dibawah setiap artikel bagi menghormati penulis/pemilik artikel asal.

Pemilik tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang masalah dengan info yang anda kongsi di mana mana laman sosial.
Pendapat pemilik mungkin berubah mengikut nilai ilmu.
Mohon bertanya dahulu sebelum membuat sebarang spekulasi atau penyebaran maklumat. :)

Mohon tegur jika salah.
Terima kasih. :)

Official Blog Syira Lokman Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah