"Semua penulis akan mati. Hanya karyanya yang akan terus abadi. Maka tulislah sesuatu yang akan dapat membahagiakan dirimu di akhirat nanti "
- Saidina Ali bin Abi Talib-


Monday, June 11, 2018

Blog Masih Relevan.

Assalamualaikum
hai semua !

Ramai yang mempersoalkan adakah blog masih relevan ? Bagi Syira, jawapannya YA.
Masih ramai yang cari maklumat dari blog dan masih ramai yang dapatkan perkhidmatan review melalui blog. Sehingga kini, Syira masih menetapkan hanya RM50 untuk 1 post review di blog Syira :) Tak turun harga, tak naik harga. Asalkan dapat bantu orang lain cari rezeki. Dalam blog ni juga Syira share resepi, motivasi, kisah percutian dan tips menghadapi jatuh bangun sejak zaman SPM lagi..sekarang Syira dah habis degree, nak tunggu konvokesyen je lagi.

Ni la salah satu sebab kenapa Syira sayang sangat blog Syira. Berapa kali rasa give up dan nak delete blog tapi sampai sekarang masih setia menulis walaupun sendu..hehehe..



Pengalaman jatuh masa SPM & tips yang dikongsikan untuk dapat result cemerlang STPM, degree masih memberi manfaat buat ramai orang sampai ke hari ini. Dah bertahun pengalaman tu dikongsikan di blog tapi masih ramai yang cari. Siap PM minta tips extra lagi.



Untuk pengetahuan semua, Syira akan terus berkongsi tips dalam blog ni. So rajin-rajin la scroll blog Syira ya :)

By the way..All the best untuk semua yang akan menghadapi temuduga Kaunseling Universiti Malaya. Semoga Allah permudahkan.
Yakin dengan Allah.
Berusaha tanggungjawab kita, memberi rezeki itu hak Allah 🌻

Lepas dah dapat tips dari blog tu, jangan lupa beli buku motivasi Syira #serenitysyiralokman dan #fragilesyiralokman pula :p
Siapa kata blog dah tak relevan kan ? ^_^ Biar tak popular tapi apa yang dikongsi mendapat pahala.


No comments:

DISCLAIMER

Ini merupakan blog peribadi.

Segala ilmu,info,tips,gambar atau apa sahaja dalam blog ini adalah hak milik peribadi, dari pemerhatian dan sumber yang boleh dipercayai.
Tiada yang diambil dari sumber lain melainkan yang telah dikreditkan/dibacklinkkan/dinyatakan sumber asal dibawah setiap artikel bagi menghormati penulis/pemilik artikel asal.

Pemilik tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang masalah dengan info yang anda kongsi di mana mana laman sosial.
Pendapat pemilik mungkin berubah mengikut nilai ilmu.
Mohon bertanya dahulu sebelum membuat sebarang spekulasi atau penyebaran maklumat. :)

Mohon tegur jika salah.
Terima kasih. :)

Official Blog Syira Lokman Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah