"Semua penulis akan mati. Hanya karyanya yang akan terus abadi. Maka tulislah sesuatu yang akan dapat membahagiakan dirimu di akhirat nanti "
- Saidina Ali bin Abi Talib-


Sunday, June 10, 2018

RESEPI : Begedil Daging Mini.

Assalamualaikum !
hai semua !

pejam celik pejam celik dah nak raya dah kita kan :D alhamdulillah.. Semoga baki Ramadan ini dimanfaatkan sebaiknya. Sepanjang Ramadan ni Syira banyak masak kat rumah so Syira nak kongsikan resepi ringkas untuk anda. Kali ni Syira buat Begedil Daging Mini. Caranya mudah je tapi kebiasaannya orang rebus ubi kentang kan ? tapi kalau Syira, Syira akan goreng ubi kentang tu. Tujuannya supaya ubi kentang tidak berair dan tidak hilang kemanisannya. Ubi kentang yang digoreng ni lebih enak rasanya. 


Jom layan resepi begedil yang mudah dan sedap ni. Untuk sukatan ni akan dapat lebih kurang 12 Begedil Daging Mini.

Bahan bahan:

3 biji ubi kentang bersaiz besar.
Daging kisar/cincang- rebus dengan air sedikit hingga kering.
2 sudu teh serbuk lada sulah.
1 sudu besar bawang goreng
1/2 labu bawang besar - dipotong nipis
1 biji telur ayam (gred A) - asingkan 2 bekas
Garam secukup rasa
Kiub pati ayam (separuh)

Cara cara:
  1. Rebus daging yang telah dicincang halus dalam kuantiti air yang sedikit. Rebus sehingga air rebusan kering supaya daging lembut dan manis daging tidak hilang. Kalau korang guna daging batang pinang, tak perlu rebus sebab daging batang pinang lembut.
  2. Sambil tu, kupas ubi kentang dan potong sederhana nipis. Cuci dan toskan. 
  3. Kemudian, goreng ubi kentang sehingga masak, angkat dan toskan. Lenyek/tumbuk sehingga lumat. Ketepikan sebentar sebab masa ni kentang panas lagi.
  4. Bila kentang dah suam-suam sikit, korang masukkan separuh telur, bawang besar, bawang goreng, lada sulah, kiub pati ayam dan tambah garam.
  5. Apabila adunan dah sebati, ambil sedikit adunan dan dikepal-kepalkan. Bentukkan bulat dan kemudian dileperkan sedikit. Buat sehingga habis. Syira buat saiz mini sebab Syira suka yang comel-comel.
  6. Kemudian, panaskan minyak. Agak-agak begedil ni separuh tenggelam je oke.
  7. Bila minyak dah panas, celup bergedil tadi dalam telur kemudian goreng dalam kuali.
  8. Guna api sederhana je. Jangan dibalikkan begedil sehingga ia betul-betul garing. Agak agak sebelah bawah dah garing baru terbalikkan. 
  9. Goreng sehingga warna keemasan dan angkat. 
  10. Kemudian toskan atas tisu dapur.
  11. Susun elok dalam pinggan dan hidangkan

Korang boleh tukar daging dengan ayam, udang atau apa sahaja yang korang suka. Lebih sedap kalau tambah daun sup/ketumbar. Tapi sebab bahan tiada, so Syira tak letak kali ni :)

Selamat mencuba ! ^_^

DISCLAIMER

Ini merupakan blog peribadi.

Segala ilmu,info,tips,gambar atau apa sahaja dalam blog ini adalah hak milik peribadi, dari pemerhatian dan sumber yang boleh dipercayai.
Tiada yang diambil dari sumber lain melainkan yang telah dikreditkan/dibacklinkkan/dinyatakan sumber asal dibawah setiap artikel bagi menghormati penulis/pemilik artikel asal.

Pemilik tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang masalah dengan info yang anda kongsi di mana mana laman sosial.
Pendapat pemilik mungkin berubah mengikut nilai ilmu.
Mohon bertanya dahulu sebelum membuat sebarang spekulasi atau penyebaran maklumat. :)

Mohon tegur jika salah.
Terima kasih. :)

Official Blog Syira Lokman Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah