"Semua penulis akan mati. Hanya karyanya yang akan terus abadi. Maka tulislah sesuatu yang akan dapat membahagiakan dirimu di akhirat nanti "
- Saidina Ali bin Abi Talib-


Thursday, June 30, 2016

Raya Giveaway : Jualan Raya Meletop 2016

Assalamualaikum
hye semua !!



5 items daripada "Jualan Raya Meletop 2016" yang Syira nak sangat-sangat daripada nile.com :D lawanyaaa...


JLM2016 Sales price: RM29.90
Date: 30/06/2016
Time Start:11.00am
Time End: When limited quantity sold out
Limited Quantity: 600 units only


JLM2016 Sales price: RM13.90
Date: 30/06/2016
Time Start:2.00pm
Time End: When limited quantity sold out
Limited Quantity: 300 units only


JLM2016 Sales price: RM17.00
Date: 17/06/2016
Time Start: 11.00am
Time End: When limited quantity sold out
Limited Quantity: 240 unit only


JLM2016 Sales price: RM19.90
Date: 30/06/2016
Time Start:3.00pm
Time End: When limited quantity sold out
Limited Quantity: 300 units only


JLM2016 Sales price: RM18.90
Date: 30/06/2016
Time Start:4.00pm
Time End: When limited quantity sold out
Limited Quantity: 300 units only


Terujanyaaaa..nak reward diri and bagi family ! semoga raya lebih bermakna dengan JUALAN RAYA MELETOP 2016 ^_^
TERIMA KASIH NILE.COM

Bermulanya cuti semester !

Assalamualaikum
hye semua !


Syira dah start cuti :D happynyaa..last exam 28 Jun lalu. Exam macam mana ? Alhamdulillah, tu je Syira boleh cakap..doakan Syira dapat result yang lebih cemerlang..hehee..Terima kasih semua yang banyak tolong Syira :)
Syira akan bercuti panjang sehingga awal September. 4 semester dah habis and tinggal lagi 4 semester. 

Macam-macam dah plan untuk cuti ni, nak blogwalking and insyaAllah jika ada rezeki nak buat giveaway :D lama sangat abaikan rakan-rakan blogger. Semester kali ni agak sibuk dari sebelumnya sebab tu sampai kadang takde masa nak blogwalking. Balik je dari kolej terus dapat job review, rezeki Ramadhan kan. Jualan baju di @butterflysyiralokman juga bertambah baik. Alhamdullilah, kadang lupa yang Syira berniaga, yelaaa..sibuk nak siapkan assignment, sesi kaunseling, presentation,  join projek, study untuk exam, jual buku, jual baju tudung telekung, tapi masih sempat nak update entry blog ni kadang-kadang. :)
Ni dah start cuti insyaAllah apa yang tertangguh and job review semua Syira akan ambil, PM ye..RM50 SAHAJA :D

Cuti kali nak hantar lebih banyak puisi ke majalah dan akhbar. Lagi satu yang tak boleh lupa, Syira nak kena siapkan pula manuskrip kedua, penerbit dah tanya dah. Alahai, #serenitysyiralokman baru lebih kurang 5,6 bulan di pasaran tapi sambutannya di luar jangkaan ! Ada di sesetengah kedai buku dah takde stok. Terima kasih semua yang dah beli #serenitysyiralokman ^_^

Semester depan Syira pelajar tahun 3 pula and hello thesis ! Sebelum kembali berjuang, Syira nak nikmati cuti ni dengan aman..hehee...
Doakan segalanya dipermudah ye. 
Dikesempatan ini Syira nak ucapkan selamat mengejar nikmat nikmat di penghujung Ramadhan ! ^_^
Semoga kita berada dalam lindungan Allah :)


Peraduan Duit Raya..! Mulai 27 Jun - 5 Julai 2016

Assalamualaikum
hye semua !!

Jom klik banner dan sertai ! ^_^

Peraduan Duit Raya..! Mulai 27 Jun - 5 Julai 2016

Wednesday, June 29, 2016

Top 3 Maybelline Products.

Assalamualaikum
hye semua !!

Nak raya ni mesti ramai mencari makeup terbaik untuk kelihatan cantik di hari raya kan ?
entry kali ni Syira nak perkenalkan 3 produk TERBAIK Maybelline !


Maybelline bukanlah sebuah jenama yang asing dikalangan wanita-wanita di Malaysia. Jenama kosmetik antarabangsa ini telah berpuluh-puluh tahun membawakan koleksi produk kecantikan yang sememangnya diketahui umum cukup berkualiti dan mempunyai standard yang tersendiri. Dan oleh kerana reputasi dan pencapaian Maybelline yang amat baik sejak mula diperkenalkan sehingga ke hari ini, Maybelline products telah digunakan secara meluas di seluruh dunia serta menjadi pilihan utama ramai juru solek profesional. Penggunaan barangan kosmetik Maybelline ini memberikan hasil solekan yang sekata dan tahan lebih lama berbanding pengguaan jenama kosmetik yang lain. Berikut merupakan top 3 Maybelline products yang paling popular dikalangan penggemar setia jenama ini;
Maybelline mascara Colossal

Penggunaan mascara Maybelline colossal ini memberikan hasil bulu mata yang lebih lebat, panjang dan lentik. Mascara waterproof ini juga memastikan solekan pada bulu mata anda kekal sepanjang hari. 
Maybelline B.B Cream Clear Smooth

Produk kedua yang juga paling popular dikalangan ramai wanita adalah Maybelline B.B Cream Clear Smooth yang memberikan tona sekata pada kulit muka wanita. Penggunaan B.B Cream ini juga tidak menjadikan kulit muka menjadi berminyak dan menjadikan solekan kekal lebih lama.
Maybelline Colour Sensational Vivid Matte Liquid

Pilihan ketiga adalah lipstick vivid matte Maybelline yang memberikan sapuan pada bibir dengan menyeluruh dan juga semestinya tahan sepanjang hari. 

Cepat-cepat dapatkan produk Maybelline ! Boleh selfie banyak-banyak raya nanti ^_^

Saturday, June 25, 2016

Bajet RAYA bawah RM100 ?? Zmar Apparel Shoppe ada jawapannya !

Assalamualaikum..
hye semua :D

Bajet RAYA bawah RM100 ?? Zmar Apparel Shoppe ada jawapannya !
Nak beli baju cantik-cantik tapi semuanya mak aihhhhh, mahal bebeno ye dak ?
so anda ada 1 penyelesaian ! Jom ke butik Zmar Apparel Shoppe !
Alaa..tak susah pun nak cari..dekat je dengan butik SBU Shah Alam..
Kalau korang nak tahu, di butik ni banyak lagi vendor lain juga tau !
tapi kalau pergi wajibbb beli koleksi Syira Lokman ! 
wajib oke..
hehe..sebab ianya limited pieces tauuuu  :D and semua dibawah harga RM100...dress pun RM79 je okeee ! 
Takde yg lebihhhh..syokkk kannn ? kalau tempat lain beratus-ratus..beli koleksi by Syira Lokman..semua berpatutan !



Telekung ni kainnya sangat best oke ! tak jarang, sejuk..and corak sangat lawa :D
paling best design kat bahagian muka, nampak kemas sangat !
macam-macam warna ada, pilih je nak mana di Zmar Apparel Shoppe !
HANYA RM65 RM65 RM65 !

KURTI BLOUSE yang comel comel ni ada pelbagai design menarik.
Korang pilih je nak warna apa..hanya RM45 RM45 RM45 !
Jangan lepaskan peluang memiliki Kurti Blouse yang berkualiti !
Selalu kain jenis kasar kan ..yang ni cotton crepe oke :D
Sangat best and selesa..

Buku #serenitysyiralokman pun ada tau !!!

Antara barangan Syira Lokman (vendor) yang  dijual di butik ini ialah :

  • shimmery bawal square (boleh pakai depan belakang, mudah bentuk, senang iron)
  • knit t-shirt
  • cotton cardigan
  • wool cardigan 
  • cardigan leopard
  • prada lace exclusive blouse
  • eyelash dress
  • baju kurung lace
  • kurti blouse
  • telekung
  • songket blouse and many more :D



Shimmery bawal square ni keluaran exclusive by Syira Lokman tau !
korang takkan jumpa di mana-mana bawal sama macam ni..
tailormade and sangat selesa dipakai !
yang bestnya tudung ni..kalau korang pakai hari ni,lepas tu mesti nak kena gantung elok sebab esok or lusa nak pakai balik kan ? tapi tudung ni, korang tindih lah dengan beberapa helaian tudung yang lain, confirm bila pakai semula tanpa iron still mudah bentuk !
kalau memang siap pin tu, sarung je ! 
mudah and cepat tau !

Allah..nak cerita kelebihan bawal square ni banyak !
cuba dulu baru tauuu..hanya RM30 sahaja !

  • kain berkualiti
  • tak jarang
  • mudah bentuk
  • shimmery
  • pelbagai warna menarik
  • mudah iron dan tak mudah kedut
  • saiz 1m x 1m 
  • boleh dilabuhkan dan digayakan mengikut citarasa anda.


So jangan lupa singgah Butik Zmar Apparel Alam Avenue di Shah Alam !
banyak juga vendor lain di butik tu..
datang shopping and borong semua tudung and bajuu tauuu !
 Ada macam macam warna and
paling penting..
HARGA BERPATUTAN !

Tiada yang melebihi RM100 punnn :D
syokkann :D
cepat rebut beli dress, baju, tudung murah murahhh :D


Jom dapatkan pakaian exclusive by Syira Lokman di 
Butik Zmar Apparel Alam Avenue !
Sambil tu boleh cuci mata tengok barangan vendor lain dan owner butik tu sendiri :D


Alamat :
E-23-G,Alam Avenue 2, Jln Serai Wangi M 16/M,Seksyen 16, Shah Alam 

No telefon :
0172045027, 016 9745362

Waktu operasi:

Thursday, June 23, 2016

Giveaway Ramadhan 2016 Bersama Azlinda Alin

Bersempena dengan bulan Jun 2016 yang merupakan ulang tahun perkahwinan ke-4 mummy, bulan Ramadhan Al Mubarak,  dan kelahiran putera sulung mummy, Dzal Aidi Fiqry yang kedua tahun. Mummy berbesar hati untuk menjayakan satu Giveaway Ramadhan 2016 Bersama Azlinda Alin khas untuk pembaca blog mummy www.azlindaalin.com . Mummy tak buat syarat berat untuk Giveaway Ramadhan 2016 Bersama Azlinda Alin. 


GIVEAWAY RAMADHAN 2016 BERSAMA AZLINDA ALIN
Giveaway Ramadhan 2016 Bersama Azlinda Alin




Friday, June 17, 2016

SYIRA LOKMAN DAN BUKU SERENITY DALAM BERITA HARIAN.

Assalamualaikum
hye semua :)


SYIRA LOKMAN DAN BUKU SERENITY DALAM BERITA HARIAN 16/6/2016 ^_^
[Pelajar Hasilkan Buku Motivasi Berkaitan Remaja]


Terima kasih team Berita Harian.
Terima kasih Kak Farhana dan photographer.
Terima kasih semua !!


Alhamdulillah untuk artikel ni, sentiasa ada insan mulia yang beri peluang untuk Syira. Rezeki Allah luas sangat. Ini bukan pertama kali kisah Syira dicoret dalam Berita Harian. Kadang-kadang bila dapat emel or mesej untuk apa-apa interview or job, mesti Syira tertanya-tanya "macam mana dia tahu pasal Syira?". 
Sedangkan ramai lagi yang hebat di luar sana.
Rupanya ada yang bagi cadangan kepadanya supaya pilih Syira Lokman. Baiknyaaa orang yang bagi nama Syira tu. :) Semoga murah rezeki mereka !

Salah satu perkara yang membahagiakan bila pembaca serenity tag gambar, PM Syira and cakap thank you untuk setiap apa yang Syira tulis. Ia membantu, its inspiring ^_^ and kata-kata tu buat Syira rasa yang Syira patut teruskan. Walaupun 1 buku yang simple, tapi berjaya memotivasikan orang lain and permudahkan urusan orang lain..itu la nikmat !
Syira nak orang yang rasa hidupnya tidak sempurna, melihat semula hikmah yang tersedia. Syira nak apa yang Syira kongsikan memberi manfaat pada orang lain. Sebab itu masih kekal lagi blog Syira Lokman ini dan terhasilnya buku pertama Syira iaitu Serenity. Syira tulis untuk semua :) 

korang boleh search #serenitysyiralokman di facebook dan instagram untuk lihat lebih banyak review ! apa pun,yang dah beli tu jangan lupa gunakan #serenitysyiralokman ^_^ nanti share yee pendapat korang pasal buku ni..support my 1st book !!! ^_^ doakan !

Order online:

-> WhatsApp 016 209 3151

Cara mendapatkan SERENITY :
  1. Syira Lokman (fb) (bertandatangan-limited)
  2. Komradbuku
  3. Butik Zmar Apparel Shoppe, Alam Avenue, Shah Alam.
  4. Bookcafe.com
  5. Buku Halal
  6. Ejen-ejen komrad
  7. Mph bookstore
  8. Popular bookstore
  9. Kinokuniya
  10. Kedai-kedai buku berhampiran anda.
  11. Online seller

Syira tahu, kita tak mampu menjadi sempurna seperti yang kita idamkan tetapi andai apa yang kita usaha mampu menyempurnakan hidup manusia lain, itu lebih dari indah :D 
Do something for others and manfaatnya ialah doa mereka mampu memberi kejayaan buat kita. 
Terima kasih semua yang mendoakan.. semoga semua murah rezeki ^_^
Syira sampai ke tahap ini pun disebabkan korang !
tak mudah sebenarnya tapi Syira yakin ...
Akan ada jalan buat mereka yang berusaha .
Akan ada rezeki buat mereka yang bersungguh sungguh ingin mendapatkannya dan
Akan ada kejayaan buat insan yang berjuang kerana Tuhannya.


### Lepas raya ni, team pameran Must Read nak bergerak aktif ke sekolah-sekolah. Kalau ada pihak sekolah, Pengetua atau Guru PSS yang nak menjemput Must Read untuk buat pameran boleh emel ke pameran@mustread.com.my.


Saturday, June 11, 2016

EMRES COLLECTION kini tampil dengan fesyen terbaru !

Assalamualaikum
hye semua ^_^

Kini semua makin bijak bergaya...
semua nak kelihatan menawan terutamanya di Hari Lebaran yang bakal menjelang tiba :D
Buat peminat butik online, kali ini Syira ingin mengajak anda untuk shopping di EMRES COLLECTION.

EMRES COLLECTION kini tampil dengan fesyen muslimin & muslimat dalam set sedondon, sesuai dengan anda yang suka bergaya ala2 sweet gituuu.



Apa yang best sangat JUBAH AARIZ & FIDELA ni??
Potongan yang patuh syariat! Tidak ade masalah jika anda tak bawa telekung,boleh terus solat.
Material yang berkualiti tinggi, sangat selesa & tidak panas
Sesuai dipakai kemana sahaja.

WUDHUK FRIENDLY!
NURSING FRIENDLY




Setiap kali membuka laman EMRES COLLECTION, pasti anda akan rambang mata dengan corak menarik dan warna-warna yang ceria ! :D

Syira pun teruja ! macam-macam rekaan dan warna-warnanya amat cantik! ^_^
rasa nak borong je semua ! Buat yang suka kelihatan menawan dan manis bak puteri , di EMRES COLLECTION anda boleh mendapatkan rekaan jubah yang terkini dengan warna-warna ceria !


Rekaan pakaian di butik EMRES COLLECTION ini menggunakan jenis kain yang sesuai dengan cuaca di Malaysia serta berkualiti. 

Kain yang lembut,beralun dan tidak panas menjadi keutamaan dalam setiap pakaian yang dijual.






Pasti anda tertanya-tanya tentang harga yang ditawarkan?
Jangan bimbang tentang harga !
Semuanya memang berbaloi ! ^_^

Size available : S.M. L. XL.XXL.XXXL
Material :Italian santana

Harga RM280 untuk jubah laki and perempuan


Apa tunggu lagi?
jom shopping di EMRES COLLECTION ! raya pun nak dekat ni..hehe..

WHATSAPP : JCE(CODE JUBAH) KE 017-5466015 (Sis Athirah)



Tuesday, June 7, 2016

10 Tips Kumpul Pahala.

Assalamualaikum
hye semua !

Salam Ramadhan ! Ahamdulillah, hari ni dah masuk 2 ramadhan dan hari ni juga Syira exam. So far alhamdulillah semua oke and ada lagi 4 paper. 7 subjek untuk semester empat ni. Exam sambil berpuasa la kali ni..hehe..Cepat je masa berlalu and semester 4 bakal berakhir. Bulan Ramadhan kali ni dapat jemputan ke Majlis berbuka puasa dan beramah mesra bersama penulis best seller. Tapi atas beberapa kekangan, Syira tak dapat sertai sebagai penulis jemputan :( 
sedih...teringin nak join.. mungkin akan ada rezeki lain nanti kan.. Dah masuk dalam list penulis pun cukup seronok dah :D ni semua hasil sokongan pembaca buku pertama Syira iaitu #serenitysyiralokman. Syira takkan capai semua ni tanpa koranggg..
 ^_^ alhamdulillah..rezeki Allah banyak sangat kalau kita hargai kan ? banyak sangat hikmah Allah tunjuk lepas setiap ujian yang Allah bagi...yang penting kita kena yakin dengan Allah dan sabar. :)

Sedih tak dapat join tapi mood kena kawal.. nak exam kan..hehehe..
semoga dipermudahkan segalanya. All the best juga buat semua yang menghadapi peperiksaan and selamat berpuasa ! ^_^  tunggu Syira cuti baru Syira rajin tulis entry panjang-panjang :D

Ramai sibuk kumpul pahala kan, ni Syira share 10 tips kumpul pahala selain amalan dalam gambar di atas, Syira nak share tips yang boleh kita sama-sama amalkan bukan hanya di bulan Ramadhan ni tapi setiap masa :)

  1. Sentiasa doakan kebaikan orang lain dan bantu orang tanpa mengira bangsa.
  2. Dahulukan Allah dalam setiap perkara.
  3. Hormati orang lain, tak kira tua muda atau bangsa apa sekali pun.
  4. Apabila kita melihat keburukan orang lain, cepat-cepat imbas kembali keburukan kita agar kita tak mudah mengata.
  5. Kawal emosi sebaiknya, sabar dan bersangka baik.
  6. Berusaha dan jangan suka menangguh kerja.
  7. Semua orang melakukan kesilapan dan pernah melampaui batas, namun sebesar mana pun kesilapan itu, pintu taubat sentiasa dibuka, ruang keinsafan sentiasa ada.
  8. Harta dunia adalah ujian,tidak kekal untuk kita selamanya.
  9. Belajar dari Islam bukan orang Islam..kerana Islam itu sempurna tetapi orang Islam tidak sempurna.
  10. Berpegang kepada kata-kata ini "Allah dah tutup elok aib kita, kenapa kita nak buka aib orang?"


Jika kita melakukan sesuatu itu kerana terpaksa, mana mungkin wujud ikhlas didalamnya. Tetapi jika kita meredhakan keterpaksaan itu kerana kebaikannya. Yang keruh akan jadi jernih. Ikhlas-Nya akan nampak dengan sendiri.


Jom sama-sama doa semoga rezeki ‪#‎serenitysyiralokman‬ dan @butterflysyiralokman bertambah di bulan Ramadhan :)

-> http://tinyurl.com/OrderBukuKomrad
-> WhatsApp 016 209 3151

Semoga rezeki kita semua diberkati dan mendapat redha Allah ^_^

Friday, June 3, 2016

Malam Penganugerahan Astar 2016 !

Assalamualaikum
hye semua !!

Malam Penganugerahan Astar yang berlangsung pada 22 Mei 2016 merupakan dinner tahunan untuk penghuni Kolej Kediaman Pertama Universiti Malaya.
Tak ada apa sangat nak story pasal dinner Astar.. semuanya oke ! makanan banyak and better dari last year :D goodies bag comel sangat !
god job team MPA 2016 !



Apa yang lain sikit kali ni, Syira pakai shawl yang ditutorialkan oleh Liyana Arina and dimake up oleh Aja Mashat..tq korang !
haha..rasanya dah 3 tahun lebih meninggalkan dunia shawl ni, akhirnya bila dipaksa..oke..birthday girl pasrah dik nonnnnn ~


Terima kasih #pixboxphotobooth untuk gambar yang comel-comel ni ! serius suka...
gambar free kan..hehehe...nak mesin ni kat rumahhhhhhh pleaseee :(


Tahun ni tahun kedua sebagai astarian :D walaupun orang kata kolej lain lagi best, kolej lain lagi luas or apa saja la..bagi Syira jiwa dah melekat di ASTAR ! Tak boleh nak move on.
Tahun ni 6 projek kolej Syira join and yes ! 6 projek kolej yang sangat awesome .
terima kasih team Sinar Mahabbah Astar, Women Empowerment, Gerai Konvo Astar, Astar Caring Team, Fiestar and Kelab Keusahawanan Astar ! ^_^


InsyaAllah lepas Syira habis final exam sem 4 ni Syira share kehidupan sebagai pelajar tahun 2 pula eh ? hehe.. Syira tahu ramai yang baca and suka dengan entry (kehidupan sebagai pelajar 1st year).
Sekarang Syira perlu fokus untuk exam ! ^_^
doakan !! semoga ada kejayaan buat kita semua :)



Shawl : pinjam shawl kawan..tq Maisarah mpp fakulti pendidikan yang comel..hehe..
Handbag : kenanga mall
Dress : tailormade (kain pasang beli di jalan tar)
Wedges : tahun lepas punya


Gigih juga menaip entry ni walaupun Syira still demam. tapi takpe ! sakit tu kan penghapus dosa..
:) exam pertama dah selesai..masih ada 6 paper lagi :D
demam-demam pun kena kuat ! hehe..
jaga diri semua orang, jumpa lagi di next entry and jangan lupa support #serenitysyiralokman ^_^
all the best juga buat semua yang nak exam :D
study, doa, solat hajat, baca yassin and Quran tau ! jaga hubungan dengan semua orang..
itu tips nak skor :)

Semoga berjaya dunia akhirat !! ^_^




DISCLAIMER

Ini merupakan blog peribadi.

Segala ilmu,info,tips,gambar atau apa sahaja dalam blog ini adalah hak milik peribadi, dari pemerhatian dan sumber yang boleh dipercayai.
Tiada yang diambil dari sumber lain melainkan yang telah dikreditkan/dibacklinkkan/dinyatakan sumber asal dibawah setiap artikel bagi menghormati penulis/pemilik artikel asal.

Pemilik tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang masalah dengan info yang anda kongsi di mana mana laman sosial.
Pendapat pemilik mungkin berubah mengikut nilai ilmu.
Mohon bertanya dahulu sebelum membuat sebarang spekulasi atau penyebaran maklumat. :)

Mohon tegur jika salah.
Terima kasih. :)
Daisypath Anniversary tickers

Official Blog Syira Lokman Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah