"Semua penulis akan mati. Hanya karyanya yang akan terus abadi. Maka tulislah sesuatu yang akan dapat membahagiakan dirimu di akhirat nanti "
- Saidina Ali bin Abi Talib-


Monday, November 20, 2017

Mug Rekaan Istimewa dari WePrintGift.

Assalamualaikum
hai semua :)


Image result for weprintGIFT MUG

Lama tak menaip kome oiiii..ada yang rindu Syira ke ? hehe...Syira sibuk menghabiskan detik-detik terakhir sebagai pelajar tahun akhir ni, insyaAllah cuti semester Syira akan update blog and tulis manuskrip semula. Next year intern pula :D
Syira pun rindu korang. Hari ni Syira curi-curi masa update blog sebab nak share something dengan korang.
Syira nak share barang custom made yang Syira baru tempah..hehee...
Sekarang ni dah menjadi trend semua benda nak di custom made untuk dijadikan koleksi peribadi kan. Syira sendiri pun kalau boleh memang nak macam-macam benda custom made. Sebenarnya Syira dah ada beg, buku, pen dan yang terbaru ni sebenarnya Syira dah ada mug sendiri! :D

Pernah dengar WePrintGift tak ? WePrintGift ni dah popular sangat dah. WePrintGift menawarkan sehingga 3,000 produk untuk korang pilih, dengan produk berkualiti tinggi, alat reka bentuk yang mesra pengguna dan kaedah percetakan yang tahan lama, jaminan wang 100% dan bantuan perkhidmatan pelanggan yang cepat. Tempah hari ni, tak lama lepas tu dapat. Mudah and cepat sangat kan? :D

WePrintGift menggunakan teknologi percetakan pemindahan haba, untuk mencetak foto, nama atau mesej mengikut reka bentuk yang korang nak. Korang boleh design guna alat reka bentuk yang WePrintGift sediakan dalam laman web atau design sendiri dalam Adobe Photo atau ilustrator, then upload and cetak je.
Syira pilih mug sebab mug ni benda yang memang selalu pakai, kalau tak nak guna pun boleh dijadikan hiasan. Tambah pula boleh letak gambar sendiri, memang rasa ekslusif la..hehehehe..

Beberapa ciri penting yang korang perlu tau berkaitan mug dari WePrintGift ni adalah :

  • seramik
  • 3.25 "diameter, 3.75" ketinggian
  • Terdapat dalam 11oz
  • Grade AA Mug dengan kualiti premium
  • Sepenuhnya dicetak dengan monogram, logo atau mana-mana imej di permukaan.
  • Jenis Glossy & Matte


Ni la mug Syira..comel kan ? hehee.. kalau korang nak juga, korang boleh ikut step di bawah ni untuk membuat pesanan dalam laman web WePrintGift.

Langkah 1 - Pilih produk.
Langkah 2 - Buat reka bentuk sendiri.
Langkah 3 - Tempatkan pesanan.


Jika korang memerlukan lebih banyak bantuan atau panduan untuk menempah, ikuti langkah kat bawah ni, mudah je guys:



So pa tunggu lagi ? nak beri hadiah untuk yang tersayang pun boleh..hehee..


DISCLAIMER

Ini merupakan blog peribadi.

Segala ilmu,info,tips,gambar atau apa sahaja dalam blog ini adalah hak milik peribadi, dari pemerhatian dan sumber yang boleh dipercayai.
Tiada yang diambil dari sumber lain melainkan yang telah dikreditkan/dibacklinkkan/dinyatakan sumber asal dibawah setiap artikel bagi menghormati penulis/pemilik artikel asal.

Pemilik tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang masalah dengan info yang anda kongsi di mana mana laman sosial.
Pendapat pemilik mungkin berubah mengikut nilai ilmu.
Mohon bertanya dahulu sebelum membuat sebarang spekulasi atau penyebaran maklumat. :)

Mohon tegur jika salah.
Terima kasih. :)
Daisypath Anniversary tickers

Official Blog Syira Lokman Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah