"Semua penulis akan mati. Hanya karyanya yang akan terus abadi. Maka tulislah sesuatu yang akan dapat membahagiakan dirimu di akhirat nanti "
- Saidina Ali bin Abi Talib-


Monday, December 12, 2011

Hikmah di sebalik Wuduk.




Berkumur
Membersihkan dosa mulut dan lidah yang banyak mengumpat dan menyebut perkara yang sia-sia.

Membasuh muka
Wajah akan berseri dengan cahaya ketenangan di akhirat kelak.

Basuh Tangan Kanan
Mencatat amalan kebaikan dan memudahkan perhitungan di akhirat nanti.

Basuh Tangan Kiri
Hindari daripada tercatat amalan keburukan dan memudahkan perhitungan di akhirat kelak.

Basuh Kepala
Melindungi daripada terik matahari di padang mahsyar dan memohon rahmat serta kasih sayang Allah.

Basuh Telinga
Membersihkan telinga daripada mendengar perkataan yang sia-sia dan melalaikan.

Basuh Kaki Kanan
Memohon menetapkan kaki di atas titian Siratul Mustaqim dan memudahkan merentasi laluan.

Basuh Kaki Kiri
Memohon jangan gelincirkan kaki ke dalam api neraka semasa menyeberangi titian Siratul Mustaqim.



Thursday, December 8, 2011

TAHNIAH ! Anda Follower(s) Bertuah :D

Assalammualaikum ..
hye semua...

terima kasih jadi kawan Syira ^_^
http://honeyrabhulat.blogspot.com/ CIK BHULAT
http://tweeshuhada.blogspot.com/ SHUHADA

weee~~TAHNIAH !..anda followers bertuah !...


dalam 27 hari..Syira dapat 535  followers...
mula Syira nak pilih seorang je,tapi sebab ramai yang rajin and baik hati nak follow blog Syira ni,
so Syira nak pilih 2 orang yang bertuah..
NI PILIH RANDOM JE EK..tiada unsur paksaan atau rasuah!..
hehe..TAHNIAH !

Maaf la ye,Syira boleh bagi topup je pun ..
duit tak ada..budak baru lepas SPM la katakan :D
lagipun,ni bukan contest kan,
just sebagai tanda penghargaan Syira buat semua followers !...

terima kasih sudi follow blog Syira,komen panjang-panjang and like semua...
terima kasih juga kepada semua yang sudi like page PaBiLa-DuA-bLoGgEr-BeRgAbUNg
really appreciate it guys !
Thanks too kepada sesiapa yng pernah tolong Syira untuk blog ni ye ^_^

Syira terharu sangat dengan sokongan kamu semua :D

so,untuk yang bertuah tu..silalah add Syira di facebook and pm me oke??
(a.s.a.p.)
thank you !



Tuesday, December 6, 2011

Resepi Apam Polka Dot




Bahan-bahan

3 biji telur
275 gm tepung gandum
220 gm gula halus
150 ml susu segar
3 sudu teh baking powder
1 sudu kecil ovalette
filling-orange / strawberry @ ape2 ikut citarasa
pewarna

Cara-cara

Masukkan semua bahan apam ke dalam mangkuk mixer dan pukul dengan kelajuan maksima 6-8 minit sampai kembang..

Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan titiskan pewarna.

Masukkan setiap warna ke dalam piping bag @ plastik bersih.

Picitkan adunan ke dalam paper cup( better yg keras la).

Letakkan filling secukupnya-nak senang masuk dlm plastik @ sudukan jer..

Picit lagi adunan yang sama @ berlainan warna sehingga 3/4 penuh . Kemudian dot-dotkan dengan warna pilihan...

last..kukus la dalam 10 hingga 15 mint.. :)

*Cara sendiri-pukul telur dulu, pastu masuk gula dan ovalette. Last tepung yang telah di ayak dengan baking powder...



SELAMAT MENCUBA !..jangan jadi macam Syira buat SINI..hehe

*Jom like page ni..PaBiLa-DuA-bLoGgEr-BeRgAbUNg ^_^


Wednesday, November 30, 2011

Alahaiii...sweetnya ~~



Aku pasti punya masalah
Tiap kali ingin menulis puisi buatmu.
Entah kenapa, kuasa cintamu lebih hebat
Dari kata-kata yang akan terkeluarkan.
Saat itu langsung aku setuju yang dirimu satu.
Dan hari ini kau menjadi isteriku.

Ampunkan aku kalau aku pernah berkasar,
Ampunkan aku kalau aku pernah mengherdik,
Ampunkan aku kalau aku pernah menjerit,
Ampunkan aku kalau aku pernah terpekik, melolong,
Isteriku, percayalah sebabnya ialah kasih dan cinta

Akan ku jaga kau seperti ku jaga diriku sendiri,
Memang hidup itu tidak pernah ada jaminan keselamatan,
Bahaya, ancaman di mana-mana
Tapi selagi kau dalam dakapanku,
Aku berjanji akan menjagamu
Setiap saat dan waktu,
Setiap siang dan malam,
Setiap guruh dan hujan,
Setiap panas dan terik,
Setiap nafasku.

Aku sering menadah telapak tangan,
Dan memohon pada Tuhan,
Agar kau, bukan sahaja kau menjadi isteriku,
Tetapi menjadi isteri yang disayangi Allah Ta’ala
Isteriku.
Selamat datang ke hidupku,
Selamat menjadi isteriku.
Selamat menjadi ibu pada anak-anakku kelak.
Selamat menjadi menantu ibu bapaku.
Selamat menjadi adik dan kakak pada adik-beradikku.
Selamat menjadi keluargaku.
Selamat menjadi pelengkap hidupku.
Selamat menjadi separuh dari aku.




PUISI ZAHIRIL ADZIM BUAT ISTERINYA SHERA AIYOB....
alahaiii..sweetnye ^_^ Syira sukaa diowangggg!..SWEET !
haa,nampak takk??..nama pengantin perempuan da sama da tu...
cam mana ni?? heee~~
(untuk SYIRA LOKMAN tak ada ke?? ) hehe...


SELAMAT PENGANTIN BARU ^_^


Sunday, November 27, 2011

SALAM MAAL HIJRAH ..




Selamat menyambut Maal Hijrah.. :)

Sentiasalah berubah ke arah yang lebih baik..Insya-Allah ^_^
Ingatlah,Allah sentiasa ada di sisi umatnya.. :)
Allah tak pernah jauh,tetapi manusia yang menjauh ...



Tuesday, November 22, 2011

Do not stop praying for the best ...




“Hate no one, no matter how much they’ve wronged you.
Live humbly, no matter how wealthy you become.
Think positively, no matter how hard life is.
Give much, even if you’ve been given little.
Keep in touch with the ones who have forgotten you,
and forgive who has wronged you,
and do not stop praying for the best, for those you love.”

—Ali bin Abi Talib (RA) Ü
source






TERIMA KASIH SEMUA ^_^

*jom join ni..Syira nak cari..FOLLOWER BERTUAH !
   like page ni PaBiLa-DuA-bLoGgEr-BeRgAbUNg
   and like gambar ni dulu :) PHOTOGRAPHY CONTEST..
   THANX AGAIN ! ^_^



Tuesday, October 25, 2011

Cantik sebagai ujian..



Fitrah manusia menyukai kecantikan dan inginkan kecantikan. Cantik itu adalah anugerah.
Namun, percaya atau tidak, cantik itu juga sebenarnya merupakan satu ujian.
Tetapi perlu diingat bahawa cantik itu adalah amat subjektif.
Ada yang memiliki wajah cerah dan licin tetapi tidak nampak seri,
ada pula yang gelap dan biasa sahaja tetapi begitu manis dipandang.
Cantik & kacak adalah ujian. Mengapa begitu?

Cantik sebagai anugerah
1. Meningkatkan rasa syukur
2. Keyakinan diri tinggi
3. Sedap mata memandang
Si cantik yang mempunyai wajah licin bersih, pastinya akan bersyukur kerana tidak perlu berat kepala memikirkan bagaimana untuk mengatasi masalah kulit sekaligus mengurangkan kos perawatan muka dan sebagainya. Begitu juga akan membolehkan si cantik yakin melangkah.
Dan paling boleh dianggap sebagai anugerah sekiranya mereka yang boleh dianggap biasa sahaja sebelum ini, kini dianugerahkan dengan rupa paras menarik. Pasti ramai yang mula tertarik.

Cantik sebagai ujian
1. Dijadikan bahan komersial
2. Disayangi hanya kerana rupa
3. Menimbulkan riak dalam hati
4. Apabila nikmat cantik ditarik sekelip mata
Si cantik seringkali menjadi mangsa jerat cinta si jejaka yang mementingkan rupa semata-mata.
Apabila cantik itu hilang, maka hilanglah cinta Sang Pencinta juga.
Bukankah itu juga satu ujian?
Lebih baiklah mereka yang sederhana paras rupa, yang diyakini disayangi bukan kerana rupa semata-mata.
Riak pula? Seringkali wujud rasa iri hati di kalangan sesetengah individu yang berasa kurang senang dengan kecantikan yang dimiliki orang lain, 
dan seringkali juga wujud segelintir si cantik rupa yang memandang rendah pada yang lain hanya kerana mereka memiliki aset wajah menarik.
Apa pun, ujian terbesar ialah apabila kecantikan itu ditarik dan hilang sekelip mata. Hilanglah keyakinan diri, hilanglah semangat, dan tidak mustahil hilanglah sebahagian besar mereka yang seringkali menjadi pendamping selama ini.
Kadangkala orang cakap ''untunglah ada rupa,ramai orang suka''
yea! mungkin betul..tetapi berat ujian dan cabaran yang perlu ditempuhi...
orang lain tidak sedar,tetapi hati sendiri yang merasainya..
Kesimpulannya, bersyukurlah dengan apa yang ada kerana semuanya tidak kekal selamanya.
(Dr. Syira Lokman.. ..hehe )

Jadi bunga seindah mawar berduri,
Yang menjadi impian setiap Muslimah
Yang indahnya bukan untuk lelaki,
Tetapi untuk permata yang bernama ”SUAMI”

Monday, October 24, 2011

aku,dia dan.. putus !



“aku dan dia dah putus…”
“kenapa?”
“aku dah x sayangkan dia. pelik bukan.tiba-tiba saja perasaan tu hilang”
“kau pasti dengan keputusan kau.kau x kesiankan dia? dia sayang kau…”
“kesian la jugak. tapi bila aku fikir balik. lagi kesian kalau aku teruskan. aku dah x mampu…”
“buatlah apa yang kau rasa terbaik….”
selepas setahun.
“aku geram. dia tipu aku. lepas setahun baru aku tahu…”
“kenapa? apa yang dah jadi…?”
“dia ada ramai perempuan belakang aku. dia tipu aku.aku rasa pedih. terlalu pedih…”
“kenapa kau pedih. kan perasaan kau dekat dia dah lama hilang”
“entah. mungkin rasa dikhianati. x dihargai.mungkin kalau aku sayang dia. sekarang aku dah longlai. separuh mati aku terluka.  rabak. koyak. patah….”
“lupakanlah. jangan bebani hati fikiran diri kau dengan benda dah lepas ni…tidurlah dah lewat…”
“aku tak boleh stop. mata aku x boleh nak lelap .kecewa aku menggunung. otak aku overtime….”
.
beberapa bulan kemudian
“Aku selalu tertanya-tanya kenapa perasaan aku pada dia boleh hilang. Sekelip mata.”
“kau ada jawapan?”
…senyum “ada…mudah.”
“apa dia?”
“bila aku pandang semua benda yang jadi tu ada hikmah.aku mula refleksi balik segala apa yang aku dah buat.apa yang jadi dalam hidup aku.dan aku dapat jawapan.kau nak tahu?”
“kongsi lah…”
“Allah sayang aku. Dia taknak aku setia pada orang yang x hargai aku. Dia benarkan aku tahu kebenaran setelah setahun.mungkin masa tu baru kekuatan aku cukup untuk menampung kekecewaan aku.dan aku fikir-fikir balik, Allah beri yang terbaik untuk aku.sedangkan banyak benda yang aku lalai.hubungan aku dengan Allah aku terabai.”
“maksud kau?”
“aku banyak berfikir.refleksi balik segalanya.cari jawapan pada soalan-soalan aku.aku kadang-kadang lalai dalam mengingati Allah.leka dengan cinta lelaki.aku dah bazirkan masa,duit untuk cinta lelaki.aku dah sedar aku sepatutnya fokus cinta kepada Pencipta.nak tahu sesuatu?”
“teruskan aku dengar…”
“aku pernah tanya kenapa aku jumpa lelaki yang salah.sekarang aku rasa aku tahu kenapa.aku belum cukup baik.dan aku kena betulkan diri aku untuk dapat yang terbaik. Rasa cinta itu memang anugerah daripada Allah.tapi kita manusia ni lebih menghargai rasa cinta itu daripada Si Pemberi.
Kakak sepupu aku pernah cakap bila kita couple susah nak kawal bukan…rindulah sayanglah then gaduh sampai emo seminggu.lepas itu mula nak pegang-pegang tangan, bergambar rapat-rapat…sebab tu,lebih baik mencegah daripada mengubati bukan…”
“so sekarang?”
“aku tengah berjuang.menjadi lebih baik.doakan.selangkah.dua langkah…aku sedang berlari.mendekati Pencipta…”
“lelaki?cinta?”
“hanya yang Halal.janji Allah itu pasti.”
“kau yakin sekarang?rasa lebih baik?”
“alhamdulillah.semua jawapan-jawapan yang aku cari membawa aku pada Allah.aku nampak cahaya melambai-lambai dari jauh.cahaya itu yang buat aku bangun.dan ketenangan itu milik aku.sungguh,hikmah itu kalau dicari gali manisnya tiada berpenghujung.aku khilaf.sebab aku tahu Allah sentiasa ada, cuma manusia yang mencipta jarak.


*sumber: akuislam.com..

Bukan dia membenci kamu...




Kadang – kadang,
Bila dia menolak,
Bila dia menjauh,
Bila dia mengelak,
Bukan sebab dia membenci kamu…
Bukan kerana kamu seorang yang bertepuk sebelah tangan…
Bukan kerana cuma kamu seorang yang merasakan segala rasa itu…
Tetapi kerana dia tahu,
Dan kerana dia sedar,
Ini bukan caranya,
Ini bukan masanya,
Walaupun dia punya rasa yang sama.
Dia melakukan itu,
Kerana tak mahu ‘merosakkan’ kamu….
Kerana tak mahu kamu terfitnah oleh dirinya…
Fahamilah dia,
Dan maafkan dia.

DISCLAIMER

Ini merupakan blog peribadi.

Segala ilmu,info,tips,gambar atau apa sahaja dalam blog ini adalah hak milik peribadi, dari pemerhatian dan sumber yang boleh dipercayai.
Tiada yang diambil dari sumber lain melainkan yang telah dikreditkan/dibacklinkkan/dinyatakan sumber asal dibawah setiap artikel bagi menghormati penulis/pemilik artikel asal.

Pemilik tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang masalah dengan info yang anda kongsi di mana mana laman sosial.
Pendapat pemilik mungkin berubah mengikut nilai ilmu.
Mohon bertanya dahulu sebelum membuat sebarang spekulasi atau penyebaran maklumat. :)

Mohon tegur jika salah.
Terima kasih. :)
Daisypath Anniversary tickers

Official Blog Syira Lokman Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah