"Semua penulis akan mati. Hanya karyanya yang akan terus abadi. Maka tulislah sesuatu yang akan dapat membahagiakan dirimu di akhirat nanti "
- Saidina Ali bin Abi Talib-


Monday, June 30, 2014

"Rahsiakan ibadahmu sebagaimana kau merahsiakan keaibanmu"

Assalamualaikum
hye semua :)

Hanya entry ringkas namun penuh makna tersirat :)

"Rahsiakan kebaikanmu sebagaimana kau merahsiakan keburukanmu"
"Rahsiakan ibadahmu sebagaimana kau merahsiakan keaibanmu" 
:)

Kerana apa?
Kerana setiap yang rahsia itu lagi istimewa. 
Sungguh.

Kerana rahsia itu manisnya pada sebuah keikhlasan . 
Kerana pada rahsia itu terletak mahalnya ukhwah,kecintaan antara dia, Allah dan saudaranya

Rahsiakan setiap ibadahmu.. 
Ikhlas kerana Allah, kerana sesungguhnya setiap amal tanpa niat kerana Allah adalah sia-sia. :)

## didik hati supaya kita tak rasa diri lebih baik dari orang lain dan cukup sempurna.
kerana kebaikan yang kita perlu lakukan kerana Allah terlalu banyak.

Kenapa Allah hidupkan aku hari ini ??

Assalamualaikum
hye semua :)


Jom lakukan perubahan di Bulan yang mulia ini..
Jadikan Ramadhanmu seindah jalan menuju syurga :)

Kita semua pendosa 
tetapi pasti ada rasa dalam hati 
ingin mengubah segalanya, ingin mengumpul pahala dan ingin menikmati indahnya syurga :)

Sunday, June 29, 2014

Blog Review # Azie is My Name !

Assalamualaikum
hye semua !

Azie is my name

Kali ni Syira nak anda berkenalan dengan pemilik blog yang cantik manis iaitu
Zawifatulaziah bt. Suhaimi..Boleh panggil Azie :)

Azie merupakan isteri kepada Mohd Faizul bin Abdul Rashid dan mama kepada seorang putera comel bernama Muhammad Darwish Irfan. 
Pemilik blog ini berasal dari Shah Alam dan mula berblog sejak tahun 2011.
Memilih background putih dan hijau memberi impak yang minima kepada blog beliau.

Apa yang menarik adalah beliau berkongsi kisah hidup,
hal perkahwinan dan anak, tutorial tudung, ruangan agama, tips kecantikan dan kesihatan, isu semasa dan pelbagai cerita terkini yang menarik khas buat pengunjung blog Azie :)

Apa lagi yang anda mahu ? semuanya ada di blog aziesuhaimi.blogspot.com

beralih mata melihat bahagian kanan blog beliau, kita boleh nampak susunan widget cantik dan kemas..
 ..good !
Blog Azie telah mempunyai 217 pengikut..jom cepat2 tambah follower blog Azie..
sama2 kita berkongsi ilmu :)

Azie turut menjadikan blog sebagai medium untuk beliau menjalankan bisnes online Shaklee termasuk konsultasi dan penasihat kesihatan/kecantikan.
Azie merupakan salah seorang Shaklee Independent Distributor di Shah Alam/KL/ Seluruh Semenanjung Malaysia.

Bukan itu sahaja, Azie juga merupakan pembekal shawl/hijab Azeeya Couture .
Ni yang best ! ^_^
so buat para muslimah yang berminat dengan hijab yang cantik cantik !
jom serang Azie :D

Untuk pengetahuan anda, Azie mempunyai Ijazah dalam jurusan Electrical Engineering from UiTM Shah Alam :D 
Waa ~~ bukan calang calang ye cik Azie kita ni :D
Electrical Engineering tuuu..
cantik berilmu :)

Sekiranya ada apa2 urusan ,anda boleh berhubung dengan Azie di --->

Facebook Page:


Hubungi Azie :

Call/SMS/Watsap - 0123872690
PM di Facebook - Azie Suhaimi


all the best buat Azie !
 jom ramai2 follow blog Azie dan berkenalan dengan Azie ^_^ 


RAMADHAN :)

Assalamualaikum
hye semua !

Alhamdulillah..dapat juga kita bertemu dengan bulan Ramadhan tahun ini kan :)


Puasa Ramadhan ertinya menahan diri daripada makan dan minum serta segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa, mulai dari terbit fajar sehinggalah terbenam matahari pada bulan Ramadhan.

Hukum puasa Ramadhan adalah wajib bagi umat Islam.

Umat Islam juga dikehendaki menahan diri daripada menipu, mengeluarkan kata-kata buruk atau sia-sia, serta bertengkar atau bergaduh. Ini kerana puasa merupakan medan latihan memupuk kesabaran, kejujuran serta bertolak ansur dalam diri.

Secara tidak langsung amalan puasa akan menyuburkan sikap murni di dalam diri pelakunya.

Adalah menjadi harapan agar kesemua nilai yang baik ini akan terus dipraktikkan ke bulan-bulan berikutnya.


Niat Puasa dan Qadha’ Puasa Ramadhan..

1) Lafaz niat puasa fardhu Ramadhan :

نويت صوم غد عن أداء فرض شهررمضان هذه السنة لله تعالى .

Ertinya : Sahaja aku puasa esok hari menunaikan fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.


 Perkara yang membatalkan puasa :

  1. Makan dan minum dengan sengaja walaupun pada nilaian dan kadaran yang sedikit pun,seperti memakan saki baki makanan kecil yang terlekat pada celah gigi dan lain-lain lagi.
  2. Muntah dengan sengaja
  3. Bersetubuh
  4. Mengeluarkan air mani dengan sengaja
  5. Keluar darah haid atau nifas
  6. Hilang akal (seperti gila)
  7. Pitam (termasuk pengsan) atau mabuk sepanjang hari.
  8. Merokok disiang hari. (Termasuk menghisap ganja atau dadah)
  9. Murtad (keluar dari Islam)
  10. Memasukkan sesuatu ke dalam rongga terbuka seperti menyembur pewangi atau menyegar mulut dan sebagainya. Larangan ini tidak termasuk memasukkan air atau udara kedalam rongga terbuka kerana ingin berwuduk atau melegakan kesakitan dan ketidakselesaan pada rongga(dengan syarat air tersebut tidak diminum atau ditelan dengan sengaja).


Selamat menyambut bulan Ramadhan :)

Saturday, June 28, 2014

Selamat menjalani ibadah puasa.

Assalamualaikum
hye semua !

Marhaban Ya Ramadhan :) 
Semoga Ramadhan kali ini lebih banyak perubahan yang kita lakukan dan terus istiqamah hingga akhir hayat bukan hanya di bulan Ramadhan sahaja :) 

Kuatkan hati,kuatkan iman ! 
Maaf salah silap..Tidak sempurna perjalanan hidup ini tanpa kemaafan dari kalian :)

Semoga kita semua berjaya dunia akhirat .. ^_^
Selamat menjalani ibadah puasa.

Promote Blog # Jun ~ 2

Assalamualaikum
hye semua !

Terima kasih sudi tinggalkan link anda di fanpage Blog Syira Lokman.
JOM BLOGWALKING !

  1. http://storybudakfanty.blogspot.com/
  2. http://flyingwithsoul.blogspot.com/?m=1
  3. http://www.zenithiman.blogspot.com/
  4. http://pencarianhatisuci.blogspot.com/
  5. http://shairadiaries.blogspot.com/
  6. http://qileh.blogspot.com/
  7. http://pelukisaksaraa.blogspot.com/
  8. http://lyllaazhar.blogspot.com/
  9. http://mimbarhatiku.blogspot.com/
  10. http://norshafikahaf.blogspot.com/
  11. http://rareunic.blogspot.com/
  12. http://karyamahirah.blogspot.com/
  13. http://tiefiqs34.blogspot.com/
  14. http://aimisyafiqahsuhaimi.blogspot.com/
  15. http://alyanimatshah.blogspot.com/
  16. http://lollista.blogspot.com/
  17. http://iolacaviarofficial.blogspot.com/
  18. http://syahmizaludin.blogspot.com/
  19. http://liyawinchester96.blogspot.com/
  20. http://diarifantasiku.blogspot.com/
  21. http://www.syuhadasalleh.my/
  22. http://justforfund.blogspot.com/
  23. http://www.eelleebeauty.com/
  24. http://arolpunyeblog.blogspot.com/
  25. http://atiqahamelya.blogspot.com/
  26. http://www.mummysupplementshop.blogspot.com/
  27. http://bluepinkiey.blogspot.com/
  28. http://murnimohdyusof.blogspot.com/
  29. http://amad-jalanan.blogspot.com/
  30. http://yangbaik.blogspot.com/
  31. http://funmemoryera.blogspot.com/
  32. http://dorayakino.blogspot.com/
  33. http://ceriteracintadia.blogspot.com/
  34. http://www.flizzy86.blogspot.com/
  35. http://ayudzul.blogspot.com/
  36. http://httpterataiungu.blogspot.com/
  37. http://cikmanissweet.blogspot.com/
  38. http://zafarah.blogspot.com/
  39. http://funmemoryera.blogspot.com/

terima kasih semua ^_^


Friday, June 27, 2014

MENANG Giveaway RM300 by Blog Pancing Elih

Assalamualaikum
hye semua !

Blog Pancing ElihALHAMDULILLAH ! 
REZEKI NAK PUASA :D 

CASH $ CASHH $

menang tempat ke 3..
dapat RM40
Alhamdulillah..tak sangka akhirnya dapat juga menang duit..
dah lama teringin sebenarnya ..hehe

tahniah kepada semua yang bertuah !
terima kasih penganjur :)
syira dah email :)
 terbaik lahhh :D tak sabar nak tunggu duit masuk !


jom jalan2 ke blog penganjur yang awesome ni ^_^ 


Tips - Naikkan trafik blog

Assalamualaikum
hye semua !
ping blog, naikkan trafik blog
anda blogger ? nak tahu cara mudah naikkan trafik blog?
jom cuba cara ini ^_^


1. Join group blogger

Kan dekat Facebook banyak group untuk blogger.. 
Joinlah banyak-banyak and setiap hari jangan lupa untuk promote blog sambil ping entri dekat situ.


2. Rajin blogwalking

Ni cara mudah sebab blogger baik..anda datang blog mereka,mereka datang blog anda :D
hehe..tapi kena banyak masa juga la untuk blogwalking ni kann..
Rajinkan lah diri pergi blogwalking. Tak susah pun. Pergi je blog sesiapa dan tinggalkan jejak kat shoutbox. Atau lebih bagus, komen entri diorang. 
InsyaAllah nanti ada yang balas kunjungan :)


3. Jadi sponsor giveaway

Ini Syira suka buat ! rasa seronok pula.
kalau ada sesiapa buat giveaway..jadi sponsor..secara tak langsung..follower dan trafik blog meningkat.
Sponsor la sama ada topup, barangan blog atau barangan pos..
tapi pastikan dah sponsor tu..jangan lupa tunaikan janji !
bagi hadiah kepada pemenang oke :) jujur !


4. Masuk segmen/giveaway naikkan trafik

Ni senang je. 
Join je mana-mana segmen untuk naikkan trafik blog.
Apa-apa segmen atau giveaway..selalunya penganjur akan buat list senarai blog yang join..so time tu boleh la blogwalking dan tinggalkan jejak :)
orang lain pun akan singgah blog anda :)
Jadi antara yang terawal untuk join segmen/giveaway sebabnya kalau terlalu ramai join, peserta lain lebih suka untuk blogwalking senarai blog teratas je :)
kalau dah terlambat nak jadi peserta terawal pun tak apa..join je :) 
mana la tau kot ada rezeki menang kan..
dapat backlink !
backlink ni boleh didapati dengan cara join banyak2 segmen/giveaway/contest :)

5. Buat contest

oke..buat je apa-apa giveaway,contest atau segmen.
Nanti makin naiklah trafik blog. Boleh cari sponsor untuk banyakkan lagi hadiah :)
Hadiah-hadiah yang hebat membantu tau  :D
Ramai yang nak join nanti :)
Lagi bagus kalau sediakan hadiah top refferal. 
Nanti peserta akan  promote contest/segmen/GA tu ,secara tak langsung blog anda pun dipromote :)!
Bagi blogger baru..kalau buat giveaway.segmen atau contest tu...
walau sikit pun join..dah tarikh tamat..umum je pemenang dan bagi hadiah ..so tak ada lah yang dah join tu sakit hati ye :)
ni kadang-kadang..awak tu blogger baru..tak promote pun segmen/giveaway/contest tu tapi nak capai target lebih 100 peserta ?
 boleh ke?
mengharap tanpa usaha..
kalau ada target boleh je tapi kena rajin usaha dengan cara mengajak orang lain untuk sertai giveaway/segmen/contest anda oke ? ^_^



alhamdulillah..ni yang mampu syira share..
all the best !

Thursday, June 26, 2014

Snap A Wall Photobooth :D

Assalamualaikum
hye semua !

Sekarang ni tak kira la majlis kahwin ke, cukur jambul ke..majlis hari jadi ke..semua mesti nak bergambar..
 selfie selfie selfie selfie selfie sampai pengsan :D
tapi tak best la kalu tak ada background yang menarik kan ?


jom !
hari ni syira nak perkenalkan "Snap A Wall"
Apa Snap A Wall ni? haa..bagi anda yang tak tahu...
Snap A Wall menawarkan perkhidmatan photobooth ^_^
--->
  "Snap A Wall Photobooth"


Snap A Wall Photobooth menyediakan photobooth yang menarik, props yang comel, guestbook, banner and yang pasti, anda boleh pilih sendiri design atau tema apa yang anda inginkaan ^_^

excited kannn ? :D

Pakej 1 - Unlimited printing photo on the spot & photobooth.. 
Rm700.



Pakej 2 - Photobooth Only RM400

Photo




Snap A Wall Photobooth baru beroperasi 2 bulan yang lalu dan dikendalikan oleh 2 orang gadis manis ^_^
masih baru tapi ternyata sudah ramai yang menggunakan khidmat mereka :D
Terlajak laris uollsss :D



Kalau nak photobooth yang simple pun ada..bergantung kepada bajet anda :D
Jangan risau, harga boleh runding ;)


Sesiapa yang tinggal di sekitar Lembah Klang ! 
jom cepat cepat booking SNAP A WALL PHOTOBOOTH ni untuk majlis gilang gemilang anda !

Bagi yang tinggal di luar Lembah Klang...
jangan risau :)
Snap A Wall Photobooth juga boleh ke tempat anda ! ..
tetapi kos pengangkutan dikenakan (mengikut tempat)

Sabah dan Sarawak tak boleh la ye..hehe..jauh nak naik flight :P


Apa yang disediakan ??

Photobooth
Props 
Guest book
Banner


Jom tempah segera !
lepas ni boleh la selfie puas-puas ! ^_^


Sekiranya berminat !
boleh hubungi pihak "Snap A Wall Photobooth" --->

014-315 95 75   AMALINA
011-330 558 25   ATIQAH

Blog : http://snapawallbooth.blogspot.com/


Selamat ber"selfie" ^_^


Wednesday, June 25, 2014

Blog Review # Mummysupplementshop

Assalamualaikum
hye semua !

PENGEDAR TERBAIK SHAKLEE DI KEMAMAN TERENGGANU


Saat menjejak masuk ke blog mummysupplementshop pasti mata terpesona dengan keindahan warna hijau yang menjadi latar belakang blog beliau.
sedap mata memandang..tenang je :)

Nurul Aqidah Azhar merupakan pemilik blog mummysupplementshop dan juga seorang pengedar Shaklee di Kemaman Terengganu. 
Seorang isteri dan seorang ibu kepada 2 orang putera. 
Tambah menarik, beliau menggunakan blog sebagai satu medium untuk berkongsi kebaikan dan keberkesanan produk Shaklee demi menjaga kesihatan dan memperoleh hidup yang lebih baik.

Mula berblog sejak tahun 2013, ternyata blog ini masih baru tetapi banyak maklumat yang berguna dan menarik yang telah dikongsikan oleh Nurul Aqidah.
Susunan widget dalam blog pun ternyata tampak kemas dan menarik !
tak de la kome serabut nengoknye ye dak ? hehe...

Melihat secara kasar pasti anda merasakan ini hanya sekadar blog perniagaan iaitu produk shaklee..namun jangan silap kerana terdapat pelbagai info yang menarik seperti petua, tips kesihataan dan tips kecantikan serta cerita tentang kehidupan pemilik blog ini :)
semuanya dikogsi di satu laman yang sama iaitu blog !
Tuan blog juga sering menyertai giveaway/segmen yang dianjurkan oleh blogger lain :)
menarik bukan ?

baru sahaja memiliki 100 pengikut dan Syira merupakan follower yang ke 100...
hehee.. :P

klik gambar untuk ke pautan seterusnya :)
oke..ada berita baik buat anda ! :D


Ingin dapatkan produk Shaklee penghantaran ke rumah tanpa perlu menunggu pos? 
Inilah masanya anda menghubungi pengedar Shaklee anda.


Sesiapa yang tinggal di Terengganu, boleh hubungi Nurul Aqidah Azahar. 
Pengedar terbaik di Kemaman Terengganu ini akan berkongsi kebaikan dan keberkesanan produk Shaklee. 
Apa yang penting, produk shaklee ini dijamin 100% halal, selamat dan berkesan. 

Malah bagi sesiapa yang ingin sertai bersama keluarga Shaklee turut dialu-alukan.

jom buat duit sambil menjaga kesihatan ! :D
klik gambar untuk ke pautan seterusnya :)
sebarang pertanyaan boleh hubungi ida di --->

facebook :  Nurul Aqidah Azahar
fanpage :  mummysupplementshop
sms/whatsapp : 0174636210 
email : Aqidgirl_88@yahoo.com

jangan ketinggalan untuk memberi sokongan kepada pemilik blog ini !
Jom follow blog Nurul Aqidah ! bersama merapatkan ukhwah :)

Tuesday, June 24, 2014

Ketuk-Ketuk Aidilfitri Giveaways by D'nialicious Cakehouse.

Assalamualaikum
hye semua !


jom join ! klik banner..tamat 7 Julai 2014 :)

Special price untuk warga Terengganu Kita!

1st prize : 2 kotak biskut dan 1 kek lapis( worth RM 70++!)
2nd prize : 1 kotak biskut dan 1 kek lapis(worth RM 40++!)

Negeri-negeri lain jangan risau!!

2 orang dari setiap negeri akan mendapat sekotak biskut raya dari stokis ketuk-ketuk aidilfitri yang bernilai sehingga RM30 setiap seorang.




 


psst: kalau penyertaan memberangsangkan boss kata nak bg grand prize kepada pemenang bertuah.. sorang je tau 1 malaysia

Ketuk-Ketuk Aidilfitri

Assalamualaikum
hye semua !


*Ini giveaway tau ! jom join ..klik banner di atas*

Ketuk-Ketuk Aidilfitri(KKA) merupakan satu program pertama di Malaysia yang diasaskan oleh Puan Siti Aisyah Bt Zulkifli Ramond yang merupakan seorang pengarah pemasaran dalam syarikat Farich Holdings Sdn. Bhd. Program ini merupakan hak milik dan diuruskan oleh Farich Holding Sdn. Bhd secara sepenuhnya. Program ini direka untuk memberi peluang niaga kepada setiap individu yang berminat menjadi usahawan terutama usahawan muslim.

KKA mengumpulkan pengeluar-pengeluar 'premium cookies' iaitu pengeluar biskut dan kek lapis terbaik dari seluruh Malaysia yang menggunakan bahan-bahan berkualiti dalam menghasilkan biskut mereka. Biskut-biskut dari seluruh malaysia ini dikumpul di HQ(Farich Holdings Sdn Bhd) untuk dijenamakan dibawah program KKA sebelum diedarkan kepada stokis-stokis di setiap negeri sebelum dijual kepada pelanggan. 

Produk KKA ini adalah 100% keluaran muslim dan mempunyai 20 produk iaitu 18 jenis biskut dan 2 jenis kek lapis kukus yang berkualiti dan beraneka rasa. Setiap jenis dihasilkan dengan bahan-bahan yang berkualiti yang berjenama seperti 'Butter Anchor'. Setiap kotak biskut mempunyai 36 keping hingga 60 keping biskut bergantung kepada jenis. 

Senarai jenis dan harga  biskut dan kek lapis boleh dilihat pada katalog dibawah;





Anda boleh dapatkan biskut raya "Premium Cookies Ketuk-Ketuk Aidilfitri' daripada stokis dan agen berhampiran anda.


**tempahan produk-produk KKA akan ditutup selepas minggu pertama puasa 2014**

**update terbaru senarai agen sila ke D'nialiciousBlog**





jom join giveaway mudah ni! ^_^
nak tahu apa hadiahnya ??
scroll sampai habis :D
....hehehe...

mula : 24 JUN 2014
 tamat : 7 JULAI 2014.

negeri syira menetap (PERAK)

Special price untuk warga Terengganu Kita!

1st prize : 2 kotak biskut dan 1 kek lapis( worth RM 70++!)
2nd prize : 1 kotak biskut dan 1 kek lapis(worth RM 40++!)

Negeri-negeri lain jangan risau!!

2 orang dari setiap negeri akan mendapat sekotak biskut raya dari stokis ketuk-ketuk aidilfitri yang bernilai sehingga RM30 setiap seorang.

psst: kalau penyertaan memberangsangkan boss kata nak bg grand prize kepada pemenang bertuah.. sorang je tau 1 malaysia..

[OOTD] - Photoshoot untuk Utusan Malaysia.

Assalamualaikum
hye semua !

18/6/2014 Syira telah menghadiri satu sesi photoshoot di Gunung Lang ,Ipoh :D
hehe..10 minit je photoshoot..cepat dan efisien !
gambar2 photoshoot ini digunakan untuk menghiasi Ruangan Blogger Pilihan dalam Utusan Malaysia.

Dari rumah dah siap pakai bedak dan secalit lipstik..
nak make up memang failed !

kononnya bila photographer sampai baru la touch up sikit dengan compact powder..
rupanyaa..
tersalah bawa bedak !!! bawa compact powder yang dah habis..haha..

apa boleh buat..shoot saje laa...
tak payah hiasi muka dengan make up,kita hiasi dengan senyuman je... ecece :P

oke :D
Nak tahu Syira pakai apa ?
jom scroll sampai habis ! 




Abel Dress (Mocha) from PADIEKA RACCOLTA
Blazer Long Sleeve (Flower Yellow) from PADIEKA RACCOLTA
Tudung bawal kangaroo (cream)

Pink oxford shoe from Coloris
gelang pink dari kedai Black Queen
Bekas pensil pink yang dijadikan seperti Clutch dari Popular Bookstore



3 bawah ni gambar ori yang Syira dapat dari Photographer.. 
thank you ^_^







Lepas photoshoot terus g AEON 18..hehe..
Yang tak baca lagi artikel tersebut.. 

TERIMA KASIH SEMUA !
semoga kita semua terus berjaya ^_^

Pendengar yang efektif

Assalamualaikum
hye semua :)


Monday, June 23, 2014

Siapa nak beriklan di blog Syira Lokman??

Assalamulaikum
hye semua!

Siapa nak beriklan di blog Syira Lokman??

Siapa nak beriklan banner atau review produk or bisnes kat blog ini , murah je :D 
Sila PM https://www.facebook.com/syiralokman5.
bagi yang tiada facebook boleh emailkan di
---> syiralokman21@yahoo.com.my

Sewa tapak iklan (sebulan)
RM 10 
Review blog (entry kekal) + promote di twitter (5 kali dalam sebulan) + facebook + lebih 30 group blogger 
RM 10
Review produk (entry kekal) + promote di twitter (5 kali dalam sebulan) + facebook + lebih 30 group blogger 
RM 30

*kalau tak ada banner untuk diletakkan di tapak iklan bergerak..
just bagi gambar yang menarik dan url blog/facebook/instagram anda :)

Sunday, June 22, 2014

ISLAM hanya Warisan ?

Assalamualaikum
hye semua :)


Ramai berkata "aku islam" tapi dari tingkah laku, tutur kata dan penampilan kita..
adakah ia menunjukkan "aku islam"?

Allah Maha Berkuasa. Ada kalanya takdir dan perbuatanNya terlalu MISTERI dan sukar untuk dijangka oleh pemikiran manusia. 
Tetapi yakinlah 'what you give, you get back'.
Kita dekat dengan Allah, Allah akan limpahkan kebaikan buat kita :)
 Itu hukum sunnatullah dalam hubungan sesama manusia. 
Kebaikan yang kita buat akan kembali kepada kita.
 Yakinlah. 

ISLAM bukan hanya nama, islam adalah cara hidup. 

Jom muhasabah diri :)

"Agama islam mempunyai penganut yang paling ramai di dunia. Namun begitu, ramai dikalangan umat islam tidak memahami hakikat sebenar menjadi seorang penganut islam. Salah satu sebab mengapa perkara ini berlaku adalah kerana mereka dilahirkan oleh kedua ibu bapa yang Muslim dan menerima islam sebagai WARISAN." 
[Fathi Yakan]


Saturday, June 21, 2014

Entry PENGHARGAAN :)

Assalamualaikum
hye semua !


Alhamdulillah..setiap hari ada sahaja rezeki yang Allah beri :)
antara sedar atau tidak..

Blog ialah medium untuk Syira mencoretkan sesuatu bertujuan untuk berkongsi.
Mungkin ada darinya yang boleh membawa manfaat untuk kita berubah bersama.

Rakan Blogger ...
 Terima kasih setia menjadi guru Syira :)
Tanpa kalian, sehingga kini mungkin blog Syira masih berada di takuk lama...Yang mungkin sekarang pun ada yang tak suka baca :P
Syira sememangnya belum layak mendapat pujian dari kalian.

Syira pernah terdetik untuk delete blog tapi lepas stpm syira mula nampak yang blog boleh digunakan untuk menyebarkan kebaikan.
so syira delete entry lama yang merapu dan cuba jadikan blog Syira antara yang terbaik :)

Dulu Syira ada fanpage yang bergabung dengan kawan baik Syira tapi bila dia tak aktif berblog..Syira decide nak buat fanpage baru dengan nama sendiri..sayangg juga sebab fanpage lama dah beribu pengikut..
tapi atas nasihat bro framestone..syira berani mula balik dengan my own fanpage iaitu

Terima kasih Bro framestone sebab pernah cakap kat syira "jangan takut untuk mula balik"
Terima kasih Hasrul Hassan sebab tak sombong dengan blogger baru and kongsi tips yang amat berguna.
Terima kasih kak Zaza, Kak Julia pemilik blog Akif imtiyaz ,Kak Fiza yang sudi edit blog syira and layan soalan syira macam2 tentang blog..
kalau nak dicoretkan semua nama mungkin dalam 1 entry ni sahaja tidak cukup..
banyak juga yang menjadi silent reader..syira tahu :)

Terima kasih semua yang sudi pm syira semata2 nak tolong syira untuk interview degree hari tu :)
Terima kasih sudi masukkan link blog syira dalam bloglist kalian :)
Terima kasih tukang komen setia yang selalu tinggalkan kata2 semangat setiap kali jejak blog ini dan 
Terima kasih semua yang setia membaca setiap entry dari blog ini :)

Syira tiada kehebatan dalam seo..pageviews pun tak ada la sampai jutaan pengunjung..
asal ada yag nak baca pun dah cukup buat Syira gembira :)

seronok berkongsi sebenarnya..
bila ada yang pm nak tanya tentang form 6,nak tanya tentang interview..
seronok ! sebab dapat tolong orang..dapat naikkan semula semangat mereka yang rasa tak boleh nak bertahan dengan stpm.

Terima kasih buat semua yang sentiasa setia mendoakan :)
Doakan Syira berjaya sambung degree bulan 9 ni..
Doakan Syira capai impian Syira dan berjaya dunia akhirat.

Moga kita dijauhkan dari lupa diri. Moga Allah lindungi hati ini.

Untuk blogger baru..jangan putus asa :)
Syira juga masih baru...baru melepasi fasa 3 tahun dalam dunia blog :)
sekarang ni sedang meniti di tahun ke 4 berblog :)
usaha itu perlu ..

\
You don't always get what you wish for, you get what you work for.
kekalkan niat baik anda untuk terus menulis entry yang bermanfaat ..

Pada mereka yang mengenali diri ini,
pertemuan dan perkenalan dengan kalian memberi pengalaman dan pembelajaran tertentu buat saya.
family,cikgu..kawan2 :)

Terima kasih atas segalanya.

Mohon diberi tunjuk ajar dan teguran untuk terus memperbaiki diri yang lemah ini.


"Sesungguhnya aku sedang MENASIHATI kamu,BUKANLAH bererti akulah yg TERBAIK dalam kalangan kamu .BUKAN juga yang PALING SOLEH dalam kalangan kamu,kerana aku juga PERNAH MELAMPAUI BATAS untuk diri sendiri,Seandainya seseorang itu HANYA dapat menyampaikan DAKWAH apabila dia sempurna,nescaya TIDAK akan ADA PENDAKWAH.. Maka akan jadi sikitlah orang yang memberi peringatan."

- Imam Hassan Al Banna -


Syira Lokman dalam Utusan Malaysia (Blogger Pilihan.com)

Assalamualaikum
hye semua !!

dah beli UTUSAN MALAYSIA 21 JUN 2014??

kalau belum,, cepattt pergi beliii ! ( gaya owner D'Herbs ~ Terlajakk Laris ) haha...

Syira tak ade la putih melepak
cerah beno macam dlm gambar tu ye..haha..
http://www.utusan.com.my

Rasa teruja bila baca mesej dari Encik Azrin..
oke sebenarnya beliau dah call Syira 6 kali sebelum tu..tapi Syira tak perasan..hehe...
masa tu Syira di kampung..
nasib baik Encik Azrin masih setia menunggu jawapan dari Syira... ^_^

Terima kasih kepada Utusan Malaysia ^_^
Terima kasih Encik Azrin dan Encik Hanafi Khamis :)
Terima kasih kerana memilih Blog Syira Lokman untuk diketengahkan :)

Kerja anda terbaik ! cepat dan efisien ^_^

Alhamdulillah..rezeki Syira :)

Syira sememangnya belum layak mendapat pujian dari kalian.
Masih ramai lagi blogger hebat dari Syira..tapi kali ni rezeki Syira :)
alhamdulillah..
Blog ialah medium untuk syira menulis sesuatu buat semua :)
Setiap yang dikongsi diharap dapat memberi inspirasi dan membantu kalian, pada masa yang sama dapat mengingatkan kalian dan Syira sendiri yang selalu alpa.
Mungkin ada darinya yang boleh membawa manfaat untuk kita berubah bersama.

Saya menulis untuk diri sendiri..untuk orang lain..kamu , mereka..atau sesiapa sahaja :) 
moga bermanfaat !

Terima kasih buat semua yang sentiasa setia mendoakan :)

Apa yang pasti,kejayaan kita hari ini bukan sahaja dari hasil usaha kita, tetapi dari doa insan2 mulia yang ingin melihat kita berjaya :)

Moga kita dijauhkan dari lupa diri. 
Moga Allah lindungi hati ini.

lepas ni kena makin rajin singgah dan baca entry di blog Syira tau :)
Maafkan atas kekhilafan Syira sendiri..
Semoga hidup kalian diberkati :)

Sekiranya ada apa2 urusan boleh terus berhubung dengan Syira ---> [KLIK]

##Kalau nak sewa tapak iklan or nak Syira review blog, produk or apa yang berkaitan..
PM ---> Syira Lokman
Harga serendah RM10 :)

DISCLAIMER

Ini merupakan blog peribadi.

Segala ilmu,info,tips,gambar atau apa sahaja dalam blog ini adalah hak milik peribadi, dari pemerhatian dan sumber yang boleh dipercayai.
Tiada yang diambil dari sumber lain melainkan yang telah dikreditkan/dibacklinkkan/dinyatakan sumber asal dibawah setiap artikel bagi menghormati penulis/pemilik artikel asal.

Pemilik tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang masalah dengan info yang anda kongsi di mana mana laman sosial.
Pendapat pemilik mungkin berubah mengikut nilai ilmu.
Mohon bertanya dahulu sebelum membuat sebarang spekulasi atau penyebaran maklumat. :)

Mohon tegur jika salah.
Terima kasih. :)
Daisypath Anniversary tickers

Official Blog Syira Lokman Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah