"Semua penulis akan mati. Hanya karyanya yang akan terus abadi. Maka tulislah sesuatu yang akan dapat membahagiakan dirimu di akhirat nanti "
- Saidina Ali bin Abi Talib-


Tuesday, October 25, 2011

Cantik sebagai ujian..



Fitrah manusia menyukai kecantikan dan inginkan kecantikan. Cantik itu adalah anugerah.
Namun, percaya atau tidak, cantik itu juga sebenarnya merupakan satu ujian.
Tetapi perlu diingat bahawa cantik itu adalah amat subjektif.
Ada yang memiliki wajah cerah dan licin tetapi tidak nampak seri,
ada pula yang gelap dan biasa sahaja tetapi begitu manis dipandang.
Cantik & kacak adalah ujian. Mengapa begitu?

Cantik sebagai anugerah
1. Meningkatkan rasa syukur
2. Keyakinan diri tinggi
3. Sedap mata memandang
Si cantik yang mempunyai wajah licin bersih, pastinya akan bersyukur kerana tidak perlu berat kepala memikirkan bagaimana untuk mengatasi masalah kulit sekaligus mengurangkan kos perawatan muka dan sebagainya. Begitu juga akan membolehkan si cantik yakin melangkah.
Dan paling boleh dianggap sebagai anugerah sekiranya mereka yang boleh dianggap biasa sahaja sebelum ini, kini dianugerahkan dengan rupa paras menarik. Pasti ramai yang mula tertarik.

Cantik sebagai ujian
1. Dijadikan bahan komersial
2. Disayangi hanya kerana rupa
3. Menimbulkan riak dalam hati
4. Apabila nikmat cantik ditarik sekelip mata
Si cantik seringkali menjadi mangsa jerat cinta si jejaka yang mementingkan rupa semata-mata.
Apabila cantik itu hilang, maka hilanglah cinta Sang Pencinta juga.
Bukankah itu juga satu ujian?
Lebih baiklah mereka yang sederhana paras rupa, yang diyakini disayangi bukan kerana rupa semata-mata.
Riak pula? Seringkali wujud rasa iri hati di kalangan sesetengah individu yang berasa kurang senang dengan kecantikan yang dimiliki orang lain, 
dan seringkali juga wujud segelintir si cantik rupa yang memandang rendah pada yang lain hanya kerana mereka memiliki aset wajah menarik.
Apa pun, ujian terbesar ialah apabila kecantikan itu ditarik dan hilang sekelip mata. Hilanglah keyakinan diri, hilanglah semangat, dan tidak mustahil hilanglah sebahagian besar mereka yang seringkali menjadi pendamping selama ini.
Kadangkala orang cakap ''untunglah ada rupa,ramai orang suka''
yea! mungkin betul..tetapi berat ujian dan cabaran yang perlu ditempuhi...
orang lain tidak sedar,tetapi hati sendiri yang merasainya..
Kesimpulannya, bersyukurlah dengan apa yang ada kerana semuanya tidak kekal selamanya.
(Dr. Syira Lokman.. ..hehe )

Jadi bunga seindah mawar berduri,
Yang menjadi impian setiap Muslimah
Yang indahnya bukan untuk lelaki,
Tetapi untuk permata yang bernama ”SUAMI”

5 comments:

Rosalia said...

nice entry :)

Unknown said...

Betul nice entry!
yg punya kelebihan jgn lupa bahawa hidup ni ibarat roda yg berputar.. ade mase kita diatas, ade mase jgk kita dibawah....

Syira Lokman said...

btol tu..just bersyukur dgn apa yg ada..jgn na bgga cgt :)

ika sulaika said...

makne nye kite kene seimbang kn cntik dlm n luar lh kn?tpi yg pening hati yg cantik ,bersih n suci

Syira Lokman said...

yeaa..btol tu ^_^ thanx sudi komen ye.. :)

DISCLAIMER

Ini merupakan blog peribadi.

Segala ilmu,info,tips,gambar atau apa sahaja dalam blog ini adalah hak milik peribadi, dari pemerhatian dan sumber yang boleh dipercayai.
Tiada yang diambil dari sumber lain melainkan yang telah dikreditkan/dibacklinkkan/dinyatakan sumber asal dibawah setiap artikel bagi menghormati penulis/pemilik artikel asal.

Pemilik tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang masalah dengan info yang anda kongsi di mana mana laman sosial.
Pendapat pemilik mungkin berubah mengikut nilai ilmu.
Mohon bertanya dahulu sebelum membuat sebarang spekulasi atau penyebaran maklumat. :)

Mohon tegur jika salah.
Terima kasih. :)
Daisypath Anniversary tickers

Official Blog Syira Lokman Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah