"Semua penulis akan mati. Hanya karyanya yang akan terus abadi. Maka tulislah sesuatu yang akan dapat membahagiakan dirimu di akhirat nanti "
- Saidina Ali bin Abi Talib-


Sunday, October 16, 2011

Erti Hidup Seorang Gadis!

dia bukanlah seorang anak kecil
yang leka bermain bersama teman-teman..
tetapi dia seorang gadis muda
yang mempunyai pelbagai persoalan dalam fikiran....
dia sering mengikut kata hati
untuk mencapai sesuatu keputusan..

 disaat hatinya memberi jawapan..
dia masih berjalan
dan terus mengembara,
mencari identiti diri juga
melihat apa yang ada di sekeliling sebagai peluang..
peluang yang harus direbut dan
 jawapan kepada setiap persoalan!

namun,dia juga masih lagi merasakan
 bahawa hidup ini
bukan sekadar mengejar impian semata-mata,
tetapi mencari  nilai
keseronokan dalam sebuah kesusahan..
dia biarkan masa berlalu..
kerana dia tahu..
kadang kala kesabaran membawa kebahagiaan !

pelbagai cabaran dan dugaan
serta pengalaman lampau yang menghantui diri,
dia menggunakan segala kelebihan yang ada
untuk terus mengorak langkah,terus mengejar impian
walaupun ketika hatinya dalam kesedihan..
dia menutup segala emosi yang mengguris hati..
walau apa cara sekalipun..

dan kini,dia teruskan usahanya menggapai impian..
membuat orang di sekelilingnya tersenyum..
menyalakan cahaya harapan di hati orang lain,..
dia terus lakukan semua itu walau apa pun
 dugaan dan ujian yang perit harus ditempuhinya..
dia inginkan kejayaan dan kebahagiaan !..

dia tahu Allah sentiasa disisinya..
dia kuatkan hatinya demi mencari erti
indahnya sebuah kesedihan !



*baca dengan hati ^_^

5 comments:

Lia Irdelia said...

sukanya baca ayat2 kamu..
indah!

n lagu pun best..

:)

sYiRa LoKMaN said...

^_^ something dari hati mmg indah!.. thanx dear sudi melawat n komen..
thanx again !

Lya cumel said...

sO nice dear..
suka2x..

zera eira said...

proud to be a girl kn, sayang? :)

sYiRa LoKMaN said...

thanx lya ^_^
yea zera ! sangat bangga !!
thanx sayang ! sudi komen :)

DISCLAIMER

Ini merupakan blog peribadi.

Segala ilmu,info,tips,gambar atau apa sahaja dalam blog ini adalah hak milik peribadi, dari pemerhatian dan sumber yang boleh dipercayai.
Tiada yang diambil dari sumber lain melainkan yang telah dikreditkan/dibacklinkkan/dinyatakan sumber asal dibawah setiap artikel bagi menghormati penulis/pemilik artikel asal.

Pemilik tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang masalah dengan info yang anda kongsi di mana mana laman sosial.
Pendapat pemilik mungkin berubah mengikut nilai ilmu.
Mohon bertanya dahulu sebelum membuat sebarang spekulasi atau penyebaran maklumat. :)

Mohon tegur jika salah.
Terima kasih. :)

Official Blog Syira Lokman Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah