"Semua penulis akan mati. Hanya karyanya yang akan terus abadi. Maka tulislah sesuatu yang akan dapat membahagiakan dirimu di akhirat nanti "
- Saidina Ali bin Abi Talib-


Monday, February 6, 2017

Resepi Kari Kambing bersama Kentang.

Assalamulaikum.
Hye semua !!

Dah lama Syira tak share resepi dalam blog ni. Mood malas selalu je datang, masak makan masak makan tapi terperap draft resepi. Hari ini, Syira rajin nak berkongsi dengan anda satu resepi special yang Syira masak sendiri. Nak kahwin kan uollss, kena la belajar masak, baru jodoh lekat..hahaa.. ye dak ?? .. ok ok.. Jom belajar resepi Kari Kambing bersama Kentang yang pasti pekat dan lazat :D



BAHAN-BAHANNYA :

500 gram daging kambing dipotong kiub*
1 sudu besar tepung gandum*
1 biji limau nipis, perah jusnya*(*gaul rata dan perap 20 minit, cuci bersih dan toskan)

2 biji kentang, kupas, potong 4 setiap 1 (cuci bersih)
6 biji tomato ceri.
2 sudu besar cili kisar
4 sudu besar rempah kari daging (baba's)
150 ml pati santan
1 sudu kecil gula melaka
Garam secukup rasa
Sedikit air asam jawa *jika perlu
Air secukupnya

BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :

1 biji bawang besar
3 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2 inci halia

BAHAN-BAHAN TUMIS :

3 biji bawang merah kecil, hiris
2 ulas bawang putih, hiris
2 tangkai daun kari, dilurut
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
1 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga


CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Rebus sebentar daging kambing supaya ia mudah empuk ketika dimasak nanti.
  2. Bancuh rempah kari dengan sedikit air, kacau rata hingga menjadi pes.
  3. Panaskan minyak dalam periuk, masukkan bahan-bahan tumis dan masak hingga harum dan bawang keperangan. Tambah cili kisar dan masak hingga cili garing. Tambah pes rampah tadi dan kacau.
  4. Masak hingga rempah garing dan naik minyak. Guna api kecil dan kacau selalu.
  5. Masukkan daging kambing yang telah direbus seketika tadi. Gaul rata dan masak hingga daging kecut. 
  6. Tuang air secukupnya, (Syira masukkan juga sedikit air rebusan kambing tadi). Biar menggelegak, kemudian perlahankan api dan masak hingga daging kambing 3/4 empuk. 
  7. Masukkan kentang. Kacau rata.
  8. Bila kentang empuk, tuang santan dan masukkan gula melaka. Perasakan dengan garam secukupnya. 
  9. Masak dengan api kecil hingga mendidih. Kacau selalu. Masukkan sedikir air asam jawa jika perlu. Akhir sekali masukkan tomato ceri, masak sekejap dan rasa, jika ok boleh matikan api.
  10. Hidangkan dan terus makan la ! :D

Maka dengan ini siaplah Kari Kambing bersama Kentang. :D ingat Syira pandai tulis buku je ke, Syira pandai masak juga tauu :P ahaha.. oke byee..
Selamat mencuba !

8 comments:

Adam Faiz said...

pergh, winnn gile kecur air liur nih :'D
New Update: Random ft SPM result countdown

Busyra Bt Takiyudin said...

wah sedapnya. berselera! tq syira kongsikan resepi ni. nnti boleh cuba ikut resepi ni n tukar dngn daging lembu. sbb busyra tak makan kmbing. hehe

Nadia Johari said...

sedapnya lahai

Nieyl said...

sedapnyaaaa

Zahiya Zainuddin said...

Hi syira. Pandai syira masak. hehe. nnti nak try buatlahh. Tq for sharing :)

fasha said...

baru je pnadai makan kambing actually. ada sorang makcik kantin kat tempat keje dlu masak kari kambing sedap. terus pndai makan kambing,haha

y i e n said...

Wahhh, nampak macam sedap ni.. Thanks 4 sharing recipe :)

Lea Azleeya said...

nampak karinye menyelerakan.. thankz syira sudi kongsi resepi kat sini.. leh try nanti.. :)

DISCLAIMER

Ini merupakan blog peribadi.

Segala ilmu,info,tips,gambar atau apa sahaja dalam blog ini adalah hak milik peribadi, dari pemerhatian dan sumber yang boleh dipercayai.
Tiada yang diambil dari sumber lain melainkan yang telah dikreditkan/dibacklinkkan/dinyatakan sumber asal dibawah setiap artikel bagi menghormati penulis/pemilik artikel asal.

Pemilik tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang masalah dengan info yang anda kongsi di mana mana laman sosial.
Pendapat pemilik mungkin berubah mengikut nilai ilmu.
Mohon bertanya dahulu sebelum membuat sebarang spekulasi atau penyebaran maklumat. :)

Mohon tegur jika salah.
Terima kasih. :)

Official Blog Syira Lokman Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah