Berkumur
Membersihkan dosa mulut dan lidah yang banyak mengumpat dan menyebut perkara yang sia-sia.
Membasuh muka
Wajah akan berseri dengan cahaya ketenangan di akhirat kelak.
Basuh Tangan Kanan
Mencatat amalan kebaikan dan memudahkan perhitungan di akhirat nanti.
Basuh Tangan Kiri
Hindari daripada tercatat amalan keburukan dan memudahkan perhitungan di akhirat kelak.
Basuh Kepala
Melindungi daripada terik matahari di padang mahsyar dan memohon rahmat serta kasih sayang Allah.
Basuh Telinga
Membersihkan telinga daripada mendengar perkataan yang sia-sia dan melalaikan.
Basuh Kaki Kanan
Memohon menetapkan kaki di atas titian Siratul Mustaqim dan memudahkan merentasi laluan.
Basuh Kaki Kiri
Memohon jangan gelincirkan kaki ke dalam api neraka semasa menyeberangi titian Siratul Mustaqim.
