"Semua penulis akan mati. Hanya karyanya yang akan terus abadi. Maka tulislah sesuatu yang akan dapat membahagiakan dirimu di akhirat nanti "
- Saidina Ali bin Abi Talib-


Wednesday, March 19, 2014

Sayur campur sos tiram.

Assalamualaikum
hye semua !


Syira suka memasak !
sje nak beritahu :P ehhee
Bila mood rajin datang memang macam2 lauk la Syira masak !

so setiap kali Syira masak Syira akan share resepi dengan pembaca setia blog ni ! :D
suka tak ?
yang simple tapi sedap !
so..lepas ni jangan cakap masak tu susah and jangan malas nak masak oke..
yang dah kahwin tu hati hati tau, nanti suami lari and ngorat Syira yang belum kahwin ni
:P hehe..


Resepi hari ini :

Sayur campur sos tiram



Bahan-bahan :

Brokoli
Kobis

*boleh guna apa sahaja jenis sayur, ikut pilihan anda.

Bawang merah
Bawang putih
2 sudu Sos tiram
1/2 sudu Kicap manis
1 cawan kecil Air
1 Cili merah
1 sudu Tepung jagung *
Garam/Gula *
Ajinomoto *

* jika perlu.


Cara-cara :

  1. Panaskan kuali dengan sedikit minyak.Tumis bawang merah dan bawang putih. 
  2. Masukkan sos tiram,kicap dan masukkan juga sedikit air.
  3. Masukkan kesemua sayur yang telah dipotong kecil. 
  4. Tambah sedikit garam, gula, ajinomoto dan tepung jagung
  5. Tabur cili merah.
  6. Gaul sehingga sebati. 
  7. Siap.

Selamat mencuba !


11 comments:

Farah Waheda Wahid said...

ini memang terbaik syira, akak pun suka...

Unknown said...

syira dah boleh kawen neh..dh lulus dah...hehe

Lya Akif Imtiyaz said...

Bagus Bagus ..
B ukan susahpon masak sayur kan ??
Main campak2 jer terus jd hehehe..
Ni dah boleh dah ni jd menantu org ..serba serbi tahu dahh ..

Unknown said...

Rajin msk..:) suka suka .

Dzureen Darwis said...

Kita tak suka sayur hehe

Siti Hajar said...

Sedap. Memang suka sayur mcm ni. Tapi stok sos tiram tahun ni dah habes. Jadi. Buat sayur goreng guna sos ikan. Sedap jugak.

Unknown said...

Zara suka sayur masak ngan brokoli ni.. hehe

Unknown said...

saya pun suka masak, tu pun kalau penyakit malas tak menyeranglah hehehe

Unknown said...

syur msk camni mmg sdap..wajib kawen dh ni...ahhaha

Azurah said...

rajinnya syira masak .. jgn gune ajinomo banyak sangat yer

Mardiah Diana said...

Assalamualaikum dik...wahh...sedapnyer sayur masak sos tiram ni...akak pun suka sayur yang di masak dengan sos tiram...lebih2 lagi sayur brokoli..

DISCLAIMER

Ini merupakan blog peribadi.

Segala ilmu,info,tips,gambar atau apa sahaja dalam blog ini adalah hak milik peribadi, dari pemerhatian dan sumber yang boleh dipercayai.
Tiada yang diambil dari sumber lain melainkan yang telah dikreditkan/dibacklinkkan/dinyatakan sumber asal dibawah setiap artikel bagi menghormati penulis/pemilik artikel asal.

Pemilik tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang masalah dengan info yang anda kongsi di mana mana laman sosial.
Pendapat pemilik mungkin berubah mengikut nilai ilmu.
Mohon bertanya dahulu sebelum membuat sebarang spekulasi atau penyebaran maklumat. :)

Mohon tegur jika salah.
Terima kasih. :)
Daisypath Anniversary tickers

Official Blog Syira Lokman Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah