"Semua penulis akan mati. Hanya karyanya yang akan terus abadi. Maka tulislah sesuatu yang akan dapat membahagiakan dirimu di akhirat nanti "
- Saidina Ali bin Abi Talib-


Monday, January 26, 2015

Menyingkap kisah di sebalik tirai besi.

Assalamualaikum
hye semua :)

Dah lama simpan cerita ni dalam draft, hari ni baru teringat nak publish..hehe..
oke la kan..belum basi lagi entry ni :P walaupun dah sebulan kisah ni berlalu..sebelum exam sem 1 lagi ..hehehe..

Usai sudah Program "Journey to Self Maturity" selama 3 hari di Terengganu.
"Menyingkap kisah di sebalik tirai besi"

Anjuran : Pelajar Sarjana Muda Kaunseling sesi 2014/2015 Universiti Malaya.
Kerjasama : Jabatan Penjara Malaysia, Telaga Biru SDN BHD.

Alhamdulillah,perancangan Allah cukup baik :)
kami terselamat dari banjir besar dan segalanya berjalan lancar.

Kali pertama masuk ke Pusat Koreksional Dungun , rasa nervous sangat..
ye ! kali pertama bertemu dengan penghuni penjara, berkongsi cerita bersama mereka dikelilingi pegawai penjara.
Nak masuk pun kena check dulu, tinggalkan semua barang,phone atau apa sahaja yang dibawa di locker. Pakaian perlu sopan.
Time nak menuju ke bilik khas yang menempatkan kami bersama penghuni penjara ni pun kena melalui laluan yang berpagar.

Syira minta maaf kerana apa yang berlaku semasa aktiviti penghuni penjara dan gambar-gambar mereka tidak boleh dikongsi.


Peraturan ini perlu dijaga sebaiknya :)

Tapi untuk entry kali ini Syira hanya ingin berkongsi rasa dan pengalaman.
Perkongsian dengan penghuni di penjara amat memberi kesan. Disebalik persepsi masyarakat, jiwa mereka tidaklah seteruk tanggapan dunia. Selama hayat masih ada, selama itu juga kita diberi pilihan untuk terus melakukan yang terbaik.

Semudahnya penghuni penjara ini "dilabel jahat" oleh manusia di luar gerigi besi sedangkan kisah mereka sebelum ditempatkan di situ tidak kita ketahui.
Kita berkata dan menyebarkan cerita tanpa selidik kisah sebenar di sebalik kejadian yang menimpa.
Percaya tak kalau Syira katakan, ada penghuni penjara yang TIDAK PERNAH tinggal solat dan puasa dari sebelum masuk penjara hingga saat dia berada di penjara. 
Jadi apa perbezaan mereka dengan kita ? :)
Kita TIDAK "dilabel" jahat kerana kita bukan penghuni penjara sedangkan solat, puasa kita..terjaga ??
hmm..itu kena tanya diri sendiri...
Mereka di sana kerana pelbagai kisah hidup, 
Sekiranya kesalahan yang dilakukan itu disengajakan, mereka selayaknya di situ..
tetapi..
ada sebahagian dari mereka yang teraniaya..akhirnya tersilap langkah..

Namun, semuanya hanya urusan antara mereka dengan Allah..
Allah yang selayaknya menghukum, bukan manusia. :)

Kita tidak boleh mengubah apa yang telah terjadi semalam, tetapi kita boleh mencipta memori untuk hari esok.

"Cerita hari ini bermula dari tirai semalam"

"..Dalam dunia ini, tidak pernah ada jiwa yang dilahirkan dengan sikap jahat, tidak pernah ada manusia yang diminta untuk dilahirkan sebagai pesalah dan memilih untuk hidup di balik tirai besi.. Setiap antara kita mempunyai jalan cerita sendiri untuk menentukan pilihan kehidupan yang terbaik, dan pilihan itu membawa kita untuk sedari, jalan putih atau jalan hitam yang kita pilih.. Jika seseorang itu dipandang atas dasar darjat dan kejayaannya, jangan pula ada seseorang yang lain disisih dan dimatikan rasa cintanya kerana sejarah lampau dan sejarah silamnya.."

Terima kasih buat semua yang terlibat menjayakan program ini. ^_^
semoga kalian dimurahkan rezeki !



18 comments:

Unknown said...

pengalaman yang best...

Inani Hazwani said...

seronoknya dapat kutip pengalaman kann :D

Syira Lokman said...

@Nur Amalina sangat best ! macam2 nak cerita tapi ta boleh share gambar and kes mereka..

Syira Lokman said...

@Nur Inani aah ! seronokkkk...rasa nak join lagi aktiviti mcm ni..berfikir di sebalik persepsi manusia..

Unknown said...

wah bestnya dapat pengalaman tuu.. saya penah pegi tengok lokap jee hehe

Pojiegraphy said...

Best experience ever!

QasehnyaRania said...

pengalaman yg cukup brrharga bila dpt selami sendiri hati naluri mereka kan.

nOe suhaimi said...

pengalaman yg x semua org lain dapat...tahniah...bukan senang nak ubah tanggapan masyarakat...

Eimma said...

kampus ima dekat dgn penjara. setiap kali tgk dorang dalam trak, macam2 perkara bermain di minda. benar, kita tak tahu. tak tahu apa sebenarnya yg sedang berlaku :)

drshikinzainal @ ekin said...

Selesai membaca entri ni.
Ermmm...saya pun taktau nak kata apa sebab tak pernah bertentang 4 mata dengan mereka.
Cuma bagi saya, jika kesalahan kerana membunuh, tindakan yang menyebabkan kematian & merogol memang tak dapat dimaafkan jika dilakukan dengan sengaja & dalam keadaan sedar.
Selebihnya wallahua'lam.
- Saya hamba Allah yang hina :(

Syira Lokman said...

pengalaman yang org lain pun tak dpt laluinya :) indah !...membuat kita berfikir semua apa hikmah di sebalik semua yg berlaku..

reezluv said...

best gak dapat melawat penjara, aku dulu melawat hospital bahagia je..itupun rasa syok.ahaha

Yaya Mohd said...

as'salam...
bgusnya...
bnyk prkra boleh bljar daripada sana kan.penglmn yg menarik =)

Unknown said...

betul..takde orang yang nak dilahirkan sebagai pesalah, pembunuh etc etc..

tp lumrah hidup..yang baik,balasan baik..

cuma kita sebagai manusia, kurangkan lah sifat menghukum.kita belum tahu lg apa nasib kita kedepan

dari menghukum baiklah doa yang terbaik untuk mereka. hidayah milik allah

Myra Jay said...

Beruntung Syira dapat merasai pengalaman tersebut..

Mereka 'didalam' menemui jalan pulang, jadi kita 'diluar' usah terus melabel mereka atas kesilapan lalu

Nani said...

semoga ALLAH mmenerima doa2 kita semua..yg baik dijadikan tauladan manakala yg buruk dijadikan sempadan..

Shahrul Yusof said...

Perihal penjara ni saya banyak dapat info dari filem je. Tak dinafikan, memang ada dikalangan banduan yang kita lihat akhlak dan kesabarannya menempuh dugaan, jauh lebih baik dari kita yang berada bebas di luar tembok penjara ni.

Puteri Kenari said...

pengalaman adalah satu perkara yang tidak boleh dibeli.Tahniah Shira Lokman.

DISCLAIMER

Ini merupakan blog peribadi.

Segala ilmu,info,tips,gambar atau apa sahaja dalam blog ini adalah hak milik peribadi, dari pemerhatian dan sumber yang boleh dipercayai.
Tiada yang diambil dari sumber lain melainkan yang telah dikreditkan/dibacklinkkan/dinyatakan sumber asal dibawah setiap artikel bagi menghormati penulis/pemilik artikel asal.

Pemilik tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang masalah dengan info yang anda kongsi di mana mana laman sosial.
Pendapat pemilik mungkin berubah mengikut nilai ilmu.
Mohon bertanya dahulu sebelum membuat sebarang spekulasi atau penyebaran maklumat. :)

Mohon tegur jika salah.
Terima kasih. :)
Daisypath Anniversary tickers

Official Blog Syira Lokman Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah