"Semua penulis akan mati. Hanya karyanya yang akan terus abadi. Maka tulislah sesuatu yang akan dapat membahagiakan dirimu di akhirat nanti "
- Saidina Ali bin Abi Talib-


Sunday, February 21, 2016

Kenapa ada je yang tak kena ?

Assalamualaikum
hye semua :)


setiap kali nak mula sem baru, mesti tiba tiba muncul satu perasan yang buatkan Syira susah nak tenangkan diri. Rasa macam serabut, banyak kerja, tak boleh nak sesuaikan diri. Yes ! setiap kali nak mula sem..walaupun esok dah mula sem 4 still perasaan sama tu muncul juga..tapi bila dah mula masuk kelas, perasaan tu takde apa pun, biasa je, seronok je jumpa kawan-kawan..
cuma peliknya sebelum nak mula tu, ada je yang tak kena...why ?
still a longggg journey to go. masih berbaki 5 semester and 4 years untuk habiskan sarjana muda kaunseling ni kalau tengah serabut macam ni rasa lama, tapi kalau dah nak exam, rasa macam.."eh, cepatnya habis sem ni" :D habis exam and time cuti sem tu punya la excited...

apa pun, i need to control myself, sem 4 ni Syira betul-betul kena bahagikan masa sebaiknya. Yela..subjek sem ni lebih banyak so confirm lebih banyak assignment. Syira juga join lebih banyak projek kolej so sibuk macam mana pun kerja lama kena jaga juga kan. Gigihla nak study and cari rezeki sekarang ni..kena fokus juga pada blog, business koleksi "Butterfly by Syira Lokman", buku Serenity, and job lain.
Asyik risau je kot tak mampu nak survive, biasa la perempuan, banyak sangat fikir kadang kala benda yang tak perlu nak fikir pun, dia sibuk nak fikir..

kuliah di UM bermula 22 Februari tapi Syira dah berada di kolej sejak 18 Februari untuk persediaan program outbound di Jakarta, Indonesia, so minggu pertama kuliah (21 Februari hingga 29 Februari) Syira bersama 20 rakan yang lain berada  di Universitas Indonesia.
Guys ! d0akan Syira. Semoga misi kami di Universitas Indonesia tercapai. Cepat follow instagram ni (klik) untuk ikuti perkembangan team outbound kaunseling di Indonesia ^_^
Jangan rindu rindu tauuu...hehehe..
Cari ilmu sanggup merantau gituuu..hehhee..29 Februari balik Malaysia, banyak lagi tugas menanti =='
Semoga diri ini tabah ! makin lama makin susah tapi peluang tak sentiasa hadir kan ? why not grab ape yang ada and hargainya before terlambat..anasir negatif tu tolak jauh jauh dengan doa ! ini tips ! ^_^ jangan tolak dengan marah sebab hati makin panas, tapi tolak jejauh dengan doa yang akan buatkan rasa tenang lebih banyak dari rasa sakit hati..
hehee..tahun ni keinginan nak ambil kursus kahwin anjuran universiti macam tergendala lagi...macam belum tiba masa nak kahwin je :P hahaa..takpe takpe..takde tahun ni, tahun depan i ambil uolls...
bila nak kahwin tu kasi rahsia dulu..jodoh siapa tau kan ? :D

oke laa...just Syira minta korang doakan kejayaan dunia akhirat buat Syira. And Syira sentiasa doakan semua :) jaga diri ! jumpa lain kali di next entry guys ^_^

13 comments:

Busyra Takiyudin said...

syira study baik2 ye. busyra doakan syira sntiasa sihat dan dapat selesaikan perjuangan. busyra pun 29 ni dh start kuliah.

Zayani Zulkiffli said...

Good luck Syira!
Yani dulu practical kt negara orang best jugak. Amik pengalaman tu untuk apply nanti bila kita dah mula bekerja.

Jemput baca: http://nurulzayani.blogspot.com/

Lya Amie said...

Woww bestnya nk ke indon. Timba pengalaman banyak2, nanti share sini ya !

Khamsi Abdullah said...

Jom join GA saya:
http://www.stanzaku.com/2016/02/ga-header-blog-logo-atau-cover-photo-fb.html

Munirah Rafiuddin said...

salam perkenalan...
saya datang singgah & follow di sini...

Inspirasi Huda said...

Nak mulakan sesuatu yang baru, tentu banyak perkara bermain di fikiran. Bila dah berada dalam suasana, perkara tu jadi biasa je. Tapi ia akan jadi luar biasa bila kita punya target yang luar biasa untuk sesuatu yang baru.

amira faqihah said...

bestnya dpt bound dgn uni indon !goodluck :D

dorsett pink said...

good luck dik.. degree tu kacang jer.. hahahaha (dah habis degree boleh la cakap macam tu kan).. apa2 pun, jgn lupa doa & jgn tinggal solat.. InshaAllah segala urusan dipermudahkan dan semoga istiqomah & sehingga sambung ke phd satu hari nanti

Abam Kie said...

as salam. wah! nak ambik kursus kahwin ye? selamat menempuh alam rumahtangga,

Yaya Mohd said...

salam..
hi syira..lama yaya xsinggh sini..
syira sihat..?

no wory ok..positif je dgn sgla pkra yg bkal mndatang tu..
dan perlu sentiasa bsemangat,ok! hehe

Nadratul Syazwana said...

Wow aktifnya Syira! Hahhaha Nad dekat u tu study jelah takde join memacam malas hehehe. Nad pulak bila awal awal ni semangat over sikit hahahahha sampai ke hujung sem tu terpaksa meng-semangat-kan diri pulak haha.

Mrs. A said...

Semoga berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi

Fyda Noh said...

In sha Allah Syira.. tenangkan hati, minta Allah bagi petunjuk

DISCLAIMER

Ini merupakan blog peribadi.

Segala ilmu,info,tips,gambar atau apa sahaja dalam blog ini adalah hak milik peribadi, dari pemerhatian dan sumber yang boleh dipercayai.
Tiada yang diambil dari sumber lain melainkan yang telah dikreditkan/dibacklinkkan/dinyatakan sumber asal dibawah setiap artikel bagi menghormati penulis/pemilik artikel asal.

Pemilik tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang masalah dengan info yang anda kongsi di mana mana laman sosial.
Pendapat pemilik mungkin berubah mengikut nilai ilmu.
Mohon bertanya dahulu sebelum membuat sebarang spekulasi atau penyebaran maklumat. :)

Mohon tegur jika salah.
Terima kasih. :)
Daisypath Anniversary tickers

Official Blog Syira Lokman Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah