"Semua penulis akan mati. Hanya karyanya yang akan terus abadi. Maka tulislah sesuatu yang akan dapat membahagiakan dirimu di akhirat nanti "
- Saidina Ali bin Abi Talib-


Friday, February 5, 2016

Surau Hunters Universiti Malaya.

Assalamualaikum
hye semua !

hari ni tiba tiba ada mood nak cerita beberapa aktiviti yang Syira join di universiti.
walaupun dah terlajak beberapa bulan but Syira nak cerita juga sebab rinduuu nak update blog bebanyak :D hari ni Syira share 1 aktiviti, aktiviti lain korang kena tungguuuuu next entry oke ~~~
hehehe..


nampak tak gambar atas tu..8 minggu yang lalu buat pertama kalinya Syira sertai aktiviti Surau Hunters. Actually Syira salah seorang ahli jawatankuasa untuk projek Surau Hunters di bawah Sekretariat Sukarelawan Universiti Malaya and pada minggu Syira bertugas, Syira dan sukarelawan lain ke surau Fakulti Kejuruteraan. Sebenarnya projek ni mudah je, sukarelawan perlu ke surau-surau terpilih sekitar Universiti Malaya dan hanya perlu kemas-kemas, basuh telekung dan pulangkan semula telekung ke surau beberapa hari selepas telekung siap dibasuh. Di universiti, ni la salah satu cara Syira bersosial. Best join projek macam ni sebab dapat kenal ramai kenalan baru, beramal sambil kumpul pahala confirm tak rasa penat bila buat baik :) cuba la !

Projek Surau Hunters ni baru bermula November 2015 dan akan diteruskan pada tahun ini, so buat semua warga Universiti Malaya yang nak join jom baca maklumat di bawah ! :D

::SURAU HUNTERS::
SEKRUM buat julung kalinya, akan menganjurkan projek SURAU HUNTERS! 
SURAU HUNTERS merupakan projek membersihkan tempat beribadat & juga pakaian solat buat Muslimin dan Muslimah sekitar UM. 

Berikut merupakan butiran projek :

HARI : SETIAP SABTU
MASA : 8.00-9.30 AM
TEMPAT : SURAU & MASJID SEKITAR UM 

Untuk makluman, anda semua BOLEH MEMILIH untuk terlibat dalam program ini pada mana-mana Sabtu yang anda berkelapangan ! Menarik bukan??? so tak perlu join setiap Sabtu melainkan korang memang free nak tolong :D
Selain itu, MAKANAN & MINUMAN juga akan disediakan kepada mereka yang terlibat. 
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau berminat untuk menyertai program ini, anda boleh menghubungi : 

Bro Shafiq : 0179079702
Sis Farhana : 0194125846

Jom jadi sukarelawan Surau Hunters ! ^_^

Berkhidmatlah untuk masyarakat walaupun sekecil kecil usaha..Biar gerakannya perlahan tetapi impaknya menggegar dunia :) 

#surauhunters #sekrum #crewsurauhunters #universitimalaya #sukarelawan #sukarelawanum #volunteer #volunteermalaysia #blogger #bloggermalaysia #lifestyleblogger #media #mediateam #blogsyiralokman #projekgivingforhappiness

4 comments:

Sheila Adziz said...

Allhamdulillah... usaha yg sgt murni sis... smg sis n rakan2 dirahmati dan diberkati... :)

Busyra Takiyudin said...

wah.. bagus ni syira.. buat amalan tolong menolong..

Nadia Johari said...

Bagus aktiviti macam ni..alhamdulillah

Yaya Mohd said...

menarik! ^_^

DISCLAIMER

Ini merupakan blog peribadi.

Segala ilmu,info,tips,gambar atau apa sahaja dalam blog ini adalah hak milik peribadi, dari pemerhatian dan sumber yang boleh dipercayai.
Tiada yang diambil dari sumber lain melainkan yang telah dikreditkan/dibacklinkkan/dinyatakan sumber asal dibawah setiap artikel bagi menghormati penulis/pemilik artikel asal.

Pemilik tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang masalah dengan info yang anda kongsi di mana mana laman sosial.
Pendapat pemilik mungkin berubah mengikut nilai ilmu.
Mohon bertanya dahulu sebelum membuat sebarang spekulasi atau penyebaran maklumat. :)

Mohon tegur jika salah.
Terima kasih. :)
Daisypath Anniversary tickers

Official Blog Syira Lokman Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah